Gelap

Abang Superbike 3

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Abang Superbike 3

. HONDA CBR 250 itu ditenung lama.
Dia terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk menjaga motorsikalnya.
Safina segera mencapai sabun lalu dituangnya ke dalam baldi yang terletak di bawah pili air di halaman rumahnya sebelum dia membuka pili air itu.
Cukup setengah baldi, dia menutup semula pili air.
Diangkat baldi menuju ke motorsikalnya.
Bahang matahari langsung tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan niat mencuci 'Baby' kesayangannya.
Dengan hanya mengenakan hot pants dan sport bra, Safina mencapai span lalu mengosok lembut badan superbike kesayangannya.
Tembok separas bahu yang menjadi pemisah antara rumah membuatkan Safina langsung tidak peduli akan orang sekeliling.
Tubuhnya mula basah bermandikan peluh.
Sesekali kedengaran siulan nakal dari kutu rayau yang melepak di taman yang terletak di depan rumahnya.
Hanya di pisahkan dengan sebatang jalan.
"Hai cik adik, nak abang tolong ke?" Usikan nakal mula kedengaran.
Safina buat pekak telinga.
Ekor matanya menangkap kelibat Shakilla yang sedang menjemur baju.
Shakilla seorang ibu tunggal kepada dua orang anak.
Kedua-dua anaknya membesar bersama bekas suaminya sejak mereka bercerai.
Tinggallah dia bersendirian dirumah itu.
Sesekali anak-anaknya akan datang menjenguk.
Berusia penghujung empat puluhan tapi gayanya kalah anak dara.
Bertubuh agak gempal, manis wajahnya.
Namun kemanisan wajahnya tidak langsung menyenangkan Safina.
Kata-katanya cukup pedas.
Langsung tidak menghiraukan perasaan orang lain apabila berkata-kata.
Antara mak cik bawang yang popular di kawasan perumahan mereka.
"Adoi, pakaian tak senonoh.
Baik telanjang je kalau dah pakai macam tu.
" Berdesing telinga Safina.
Namun, dia buat tak peduli.
Safina masih meneruskan kerjanya.
Getah paip dicapai lalu disiramnya ke arah motor agar hilang segala air sabun.
"Pekak gamaknya.
Tak sangka pula aku bercakap dengan tembok.
" Safina buat muka menyampah.
Malas mahu melayan.
Walau pun dia sedar cara pemakaiannya tidak sopan, dia tidak peduli.
Sudah menjadi prinsip hidupnya untuk tidak mengganggu orang sekeliling.
Dia selesa dengan apa adanya dia.
Pili air ditutup sebelum dia menoleh memandang Shakilla yang kelihatan masih tak puas hati.
"Kak, jangan nak meroyan sangat.
Kang tak laku.
" Pedas sekali kata-kata Safina menampar gegendang telinga Shakilla.
Ikutkan hati, mau diganyangnya Safina ketika itu.
Safina tersenyum senget melihat reaksi Shakilla sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
Puas rasa hatinya ketika itu.
Selama ni dia diam je bila disindir.
Entah mengapa hari ni, mulutnya gatal mahu menjawab.
Kelakar pun ada juga bila teringat balik muka Shakilla yang merah menyala macam udang kena panggang.
Safina melangkah ke dapur.
Peti sejuk di buka lalu dicapaikan setin 100 plus.
Panas-panas macam ni dapat minum 100 plus, memang terasa segar badan.
Safina melangkah ke ruang tamu lalu menghenyak punggungnya di atas sofa.
Iphone 11 plus dicapai.
Kelihatan notifikasi Whatsapp dari Wawa.
Dia segera membuka pesanan Whatsapp itu.
Petang ni tak payah ambil aku.
Aku nak keluar dengan budak-budak office.
Nanti balik aku terus pergi restoren.
Kau jangan gatal-gatal tercegat depan office aku.
Aku pelangkung kepala kau nanti.
~ Wawa Tersengih Safina membaca pesanan Wawa.
Pernah satu hari dia langsung tak buka Whatsapp kerana terlalu sibuk.
Cukup masa, dia terus bergegas ke tempat kerja Wawa.
Apa lagi, mengamuk sakanlah Wawa bila dia muncul.
Telefonnya diletakkan semua di atas meja setelah membalas pesanan Wawa.
Habis setin minumannya, Safina melangkah naik ke bilik untuk membersihkan diri.
Dia perlu bersiap untuk ke galerinya.
Ada beberapa kerja yang perlu diselesaikan.
* * * * * AHMAD FARID membelek file yang berada di atas meja.
Baru cuti dua hari, dah bertimbul kerja yang perlu diselesaikan.
"Encik Farid, ada orang nak jumpa.
" Kedengaran suara setiausahanya melalui interkom.
Ahmad Farid kerut dahi.
Tangannya lincah mencapai diari yang terletak di atas meja.
Walau pun segala jadualnya diuruskan oleh Linda, namun dia tetap membuat cacatan jadual sehariannya.
"Siapa?" Lama Ahmad Farid menunggu jawapan dari Linda.
"Katanya kawan lama yang dah lama tak jumpa.
Encik Farid ada hutang dia.
" Berkerut dahi Ahmad Farid mendengarnya.
Ah... sudah.
Dia berhutang dengan siapa pula ni? "Bagi dia masuk.
" Akhirnya Ahmad Farid mengalah.
Tidak mahu membebankan otaknya untuk bermain dengan teka teki.
Tak sampai seminit kedengaran bunyi ketukan di pintu pejabatnya.
"Ma Namun matanya masih meneliti fail yang berada di depan mata.
"Busy sangat ke sampai tak nak pandang aku?" Ahmad Farid angkat muka.
Tercengang dia melihat figura di depan matanya.
Tak tunggu lama, dia terus menerpa ke arah figura itu.
Dipeluk erat bagai melepaskan kerinduan yang telah lama terpendam.
"Dua tahun bro... Mana kau menghilang?" Tubuh figura itu di tarik supaya seiring berjalan dengannya menuju ke arah sofa yang terletak di sebelah kanan.
"Macam aku cakap, aku pergi demi sebuah kejayaan.
" Ahmad Farid menepuk lembut bahu figura itu.
"Kau tak perlu menghilang selama ni, Daus.
Aku tahu kau boleh berjaya.
" Firdaus tersenyum lebar.
Dia tahu Ahmad Farid tak pernah memandang rendah akan apa yang dia usahakan.
"Macam mana?" soal Ahmad Farid teruja.
"Aku dah buka empat cawangan.
" Ahmad Farid tersenyum lebar.
Bangga dengan pencapaian Firdaus yang bermula dari bawah.
"Syukur.
Aku tahu kau boleh berjaya.
Okey sekarang ni aku nak tanya, apa yang aku hutang kau?" Wajahnya sengaja seriuskan.
"Kau hutang aku kopi ais.
Jom lepak minum.
" Ahmad Farid menjeling sekilas jam dipergelangan tangannya.
"Aku ada setengah jam lagi nak balik.
Kalau kau tak kisah nak tunggu, bagi aku siapkan sikit lagi kerja aku.
" Firdaus mengangguk faham.
"No problem.
Aku tunggu sini kalau kau tak kisah.
" Lebar senyum Ahmad Farid ketika itu.
"Okey.
" Hatinya berbunga riang apabila sahabat yang dirindui selama ini akhirnya muncul juga.
Dua tahun menghilang tanpa khabar berita.
Bukan dia tak pernah mencari tapi Firdaus hilang tanpa jejak.
Tak sabar dia ingin mendengar cerita kejayaan Firdaus.

Sumber:Internet