Gelap

Abang Superbike 4

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Abang Superbike 4

. SAFINA melangkah masuk ke galeri selepas menyapa krew restorannya.
Tersenyum dia memandang sekeliling.
Bukan mudah untuknya mencapai apa yang ada ini.
Modalnya tidak besar tapi berkat kecekalan, keazaman dan paling penting doa dari kedua orang tuanya, dia ada apa yang dia punya kini.
"Boy, stok bila sampai?" Safina menyoal Boy yang sedang sibuk menyusun stok helmet Shoie dan Arai yang ditempahnya beberapa hari lalu.
Helmet yang sering mendapat permintaan dari penunggang motorsikal.
Dia juga mempunyai koleksinya sendiri.
Shoie antara jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dikalangan penunggang Malaysia.
Shoie juga antara pengeluar helmet pertama menggunakan keviar sebagai material pembuatan yang biasa digunakan dalam penghasilan baju kalis peluru.
Aspek keselamatan dan keselesaan ditawarkan meletakkan Shoie sebagai jenama helmet dengan kelompok peminat setia paling ramai di dunia, dan pelumba sensasi MotoGP, Marc Marquez adalah salah seorang dari mereka.
Shoie RF-1200 adalah helmet pilihan pertama penunggang motosikal seluruh dunia kerana lapisan luar atau shell ringan dan kukuh, beserta pelapik EPS Liner duaan iaitu lapik kusyen dalam, helmet ini menawarkan struktur pembuatan yang terbaik.
"Semalam Fie.
Kau sibuk sangat dekat bawah.
Aku dah tolong record dekat dalam log book.
Nanti kau double check balik ye.
" Safina tersenyum.
Senang dia dengan hasil kerja Boy.
Tak perlu disuruh, dia akan buat sendiri.
Adakalanya kerja orang lain pun dia tolong buat.
Galeri tu taklah besar mana.
Tapi cukup untuk beri kepuasan pada Safina.
Apatah lagi apabila dapat memberi peluang pekerjaan pada orang yang memerlukan.
Dengan keluasan 6,400 kaki persegi, Safina menggunakan ruang yang ada sebaik mungkin.
2,000 kaki persegi telah di ambil untuk dibuat pejabat.
Boy merupakan pekerja pertamanya di galeri itu.
Perkenalan singkat antara dia dan Boy, akhirnya berjaya menarik Boy keluar dari dunia pelumba jalanan.
Selepas lebih setahun bekerja dengan Safina, akhirnya Boy berjaya keluarkan superbike yang menjadi idamannya selama ini.
Dia bersyukur mempunyai majikan sebaik Safina yang sanggup bayarkan wang pendahuluan untuknya.
Tak mungkin Boy dapat membalas kebaikan Safina.
Bahkan kerana Safina jugalah dia tidak lagi dipandang serong oleh keluarganya.
"Fie, aku nak minta cuti esok boleh?" Berkedut dahi Safina.
Belum pernah Boy memohon cuti sepanjang berkerja dengannya walau pun telah berkali-kali dia minta Boy mengambil cuti.
"Aik... Selalu susah sangat nak ambil cuti.
Nak pergi dating ke?" Safina tersengih memandang Boy.
Boy menggosok belakang tengkuknya.
"Haa.. aku nak dating dengan orang tua aku.
Esok hari jadi mak aku.
Selama ni aku tak pernah bagi apa-apa pada dia.
Esok aku nak bawa dia pergi jalan-jalan.
Tu pun kalau kau tak kisah aku ambil cuti.
" Safina ukir senyum.
"Cutilah.
Apa ada hal.
Small matter, bro.
Malam kang sebelum balik, jumpa aku dulu ye.
" Safina terus melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
Walau pun kecil, tetap selesa baginya.
Beberapa file yang berada ditenung lama sebelum dia mencapai satu file lalu menyelak helaian demi helaian.
Tersenyum lebar dia melihat rekod jualan yang tercatat.
Tangannya pantas menekan suis komputer.
Safina seorang yang sangat teliti.
Setiap aliran keluar dan masuk akan direkod.
walau pun hanya satu sen.
WAWA berdecit geram.
Sudah hampir setengah jam dia menunggu, bayang Safina tidak juga kelihatan.
Berang dengan kerana dibiarkan terus menanti, Wawa segera mengambil teksi menuju ke restoran Safina.
Memang sudah menjadi kebiasaan Wawa akan membantu Safina di restoran sebaik saja Selesai bekerja.
Dapatlah juga dia sedikit duit tepi apabila membantu Safina di sana.
Lima belas minit perjalanan, akhirnya dia sampai ke destinasinya.
"Kak Fie mana?" soal Wawa pada Jun.
Pelayan yang baru bekerja sebulan.
Kecil molek orangnya.
Datang dari keluarga yang berantakan.
Ibu bapanya bercerai ketika dia berusia lima belas tahun.
Ayahnya seorang kaki pukul, pemabuk dan kaki judi.
Akibat tidak tahan dengan sikap ayahnya yang tidak pernah berubah, akhirnya ibu Jun membuat keputusan untuk bercerai dan sehingga ke hari ini ayah Jun tidak boleh mendekati mereka kerana kali terakhir dia dipukul setengah mati oleh ayahnya.
Mujur ibunya sempat membawanya ke hospital.
"Kak Fie tak turun lagi.
Ada dekat atas," jawab Jun sopan.
Wawa tersenyum manis lalu beredar setelah mengucapkan terima kasih.
Langkah kakinya diatur menuju ke galeri yang terletak ditingkat atas restoran.
"Eh... princess baru sampai?" Wawa memberikan jelingan maut apabila disakat oleh Boy.
Moodnya tak berada baik jadi, dia tak berniat untuk bergurau senda dengan Boy.
Terpinga Boy melihat reaksi Wawa.
'Datang bulan kot.
' Boy membuat tanggapan sendiri.
Wawa terus saja merempuh masuk ke dalam pejabat Safina.
Kelihatan Safina sedang leka menyiapkan kerjanya.
"Kau ni, kalau sibuk bagitahulah.
Ni buat aku tunggu macam tunggul kayu kenapa?" Wawa melepaskan amarahnya yang terbuku di hati.
Beg tangannya dicampak ke atas sofa yang berada di sebelah kiri pejabat Safina.
Memang ruang itu khas untuk dia berehat.
Safina kerut dahi mendengar bebelan Wawa.
Telefon yang diletakkan di dalam laci segera dicapai.
Setelah pasti dengan apa yang dia lakukan, dia melangkah ke arah Wawa.
"Kau nak berangin satu badan ni kenapa? Aku dah WhatsApp kau bagitahu aku tak boleh ambil.
Kau jawab okey ni apa benda?" Wawa tercengang.
Kepala yang tidak gatal digarunya.
Telefon Safina dirampas bagi mendapatkan kepastian.
"Bila pula aku reply?" Safina tepuk dahi mendengar pertanyaan Wawa.
Entah apa yang dah merasuki Wawa, dia sendiri tak tahu.
"Kau ni, aku lempang baru tahu.
Nak berangin satu badan.
Salah sendiri.
" Safina pula membebel.
Wawa tersengih.
Namun dalam fikirannya masih lagi tinggal tanda tanya bila dia balas WhatsApp Safina.
Safina menggeleng kepala lantas menyambung semula kerjanya yang tergendala.
Wawa Tarik muncung itik lalu melangkah keluar meninggalkan Safina bersama kerja-kerjanya.

Sumber:Internet