. AHMAD FARID tersenyum melihat Firdaus di depan matanya.
Dari seorang yang penakut untuk membonceng motor, akhirnya menjadi penunggang tegar motorsikal berkuasa tinggi.
"Aku kenalkan, ni Jamal, Deen, Ikram.
" Ahmad Farid memperkenalkan rakan-rakannya kepada Firdaus.
"Nilah Daus yang aku ceritakan tadi.
" Firdaus kerut dahi mendengar kata-kata Ahmad Farid.
"Kau kutuk aku eh?" soal Firdaus bersahaja.
Ahmad Farid angkat kening.
"Aku takde masa nak kutuk kaulah.
Banyak lagi benda berfaedah yang aku boleh buat.
" Firdaus ketawa lucu.
Ahmad Farid memandang Ikram.
"Mana bro?" Ahmad Farid menyoal.
Dia masih belum tahu kemana arah tuju mereka.
"The boyish Restaurant and gallery's.
" Ahmad Farid mencebik.
Punya banyak tempat, restoran tu juga yang menjadi pilihan Ikram.
Masing-masing bersiap sedia untuk bergerak.
Firdaus hanya ikut dari belakang memandangkan dia tidak tahu di mana tempat yang ingin di tuju.
Setengah jam perjalanan, akhirnya mereka sampai.
Tersenyum Firdaus melihat suasana restoran itu.
"Kalau kau nak tengok aksesori motor, atas restoran tu ada galeri.
Pergilah.
Barang memang tip top.
Harga pun berpatutan.
Aku selalu nak cari barang dekat sinilah.
" Ikram memulakan mukadimah apabila melihat Firdaus seakan terpesona dengan persekitaran restoran itu.
"Thanks.
Mungkin lain kali.
" Firdaus tersenyum.
Ahmad Farid menumbuk lembut bahu Firdaus sebelum mereka sama-sama mendapatkan tempat.
Riuh rendah dengan suara pengunjung restoran itu.
Kebanyakkan dari mereka adalah dari golongan peminat motor berkuasa tinggi.
"Order?" Safina meletakkan menu di hadapan mereka.
Ahmad Farid menolak kasar menu yang diletakkan oleh Safina.
'Asal datang sini je, mamat ni mesti datang bulan.
Malang betullah perempuan yang jadi bini mamat ni.
' Safina mengomel dalam hati.
Namun bibirnya tetap mengukir senyum.
"Dah elok-elok jadi perempuan, buat cara perempuan.
Tak payah nak bergaya macam jantan.
" Pedas sekali kata-kata Ahmad Farid.
Yang lain hanya tersenyum.
Dah biasa melihat pertengkaran Safina dan Ahmad Farid.
Namun Firdaus kelihatan tercengang.
"Bro, datang sini jadi pengkritik ke? Kalau ye, dekat sini bukan tempat nak mengkritik.
" Selamba Safina menjawab.
Firdaus kulum senyum.
Belum pernah ada sesiapa yang berani melawan kata-kata Ahmad Farid.
Lelaki yang berego tinggi.
"Aduh kau ni, makin hari makin kuat menjawab pula.
Mana manager kau? Susah sangat nak jumpa.
Apasallah ambil pekerja yang biadab macam kau.
" Suara Ahmad Farid semakin meninggi.
Banyak mata yang mula memandang ke arah mereka.
"Fie, dahlah tu.
Customer kan tu.
" Wawa cuba mengenangkan Safina.
Dia segera bergegas ke situ sebaik saja dimaklumkan mengenai kekecohan itu.
Safina pandang Wawa tak puas hati.
Berang dengan sikap Ahmad Farid yang langsung tak tahu menghormati orang.
"Customer has right but customer not always right! Engkau takde hak nak mengkritik penampilan aku.
Aku tak minta makan pun dekat kau.
Sikit pun aku tak susahkan kau.
" Safina terus berlalu menuju ke dalam.
Helmet dicapai sebelum berlalu pergi.
Melihat Safina yang sudah memanaskan enjin motor, Ahmad Farid turut mencapai helmetnya.
Tanpa menunggu lama, dia segera memecut mengejar Safina yang telah pun meninggalkan kawasan restoran.
Buntang mata Ahmad Farid melihat cara menunggang.
Bukan main lagi Safina mencelah.
Lancar sekali cara penunggangannya.
Bukan calang-calang orangnya.
Dalam diam, Ahmad Farid mengagumi Safina.
Safina berhenti di Bukit Ampang.
Tempat yang sentiasa menenangkannya.
Kalau stress sinilah hala tujunya.
Ramai juga lepak dekat Bukit Ampang ni.
Safina menghirup udara segar malam itu.
Dia mengukir senyum, namun tidak lama.
Senyumannya mati saat terpandang Ahmad Farid yang berhenti di sebelahnya.
"Kau ni memang jenis suka lawan fitrah Allah ke?" Berdesing telinga Safina mendengarnya.
Dia tidak tahu apa yang membuatkan Ahmad Farid sering kali cari pasal dengannya.
"Kau tuhan ke suka hati je nak jatuhkan hukum pada orang? Jangan sampai kata-kata kau jatuh fitnah! Merangkaklah kau kat akhirat nanti cari aku sebab nak minta ampun.
" Ahmad Farid ketawa lucu.
"Hebat kau menunggangkan? Tak padan dengan perempuan.
" Wajah Safina semakin tegang.
Lepas pertikaian dia melawan fitrah, di persendakan pula cara dia menunggu hanya kerana dia seorang perempuan.
"Cakap jangan sebarang cakap eh, bro.
Jangan suka sangat pandang perempuan ni lemah.
Jangan ingat lelaki je yang hebat nak handle superbike ni.
Bersepahlah pompuan bawa superbike sekarang.
Sadis betul hidup kau.
Memang bergaul dengan kaum sejenis je ke?" Pedas sekali kata-kata Safina.
Ahmad Farid terkaku.
Bukan dia tidak tahu ramai je perempuan yang mahir mengendalikan motor berkuasa tinggi ni.
Tapi dia sengaja ingin membakar hati Safina.
Tapi tak sangka pula mulut Safina semakin lancang menjawab.
"Amboi, makin lancang pula mulut kau kan.
Kalau dekat restoran takde pun lancang macam ni.
Mesti takut kena buang kerja, kan?" Ahmad Farid masih cuba menyimbah minyak pada api yang semakin marak.
"Apahal pula aku nak takut kena buang kerja? Tu restoran aku.
Sukatiย akulah nak buat apa pun!" Meledak ketawa Ahmad Farid mendengar kata-kata Safina.
"Jauh sangat kau berangan ni.
Entah-entah kau ni kutu rayau.
Kalau tak kerja kat sana, entah manalah kau merempatkan?" Safina geleng kepala.
Malas mahu terus berbalah dengan lelaki itu.
Mental gamaknya.
Tanpa menunggu lebih lama, Safina terus menyarung helmet.
Lagi lama dia di situ, boleh hilang sabar dibuatnya.
Enjin motorsikalnya dihidupkan sebelum memecut laju meninggalkan Ahmad Farid.
Safina tidak mengerti mengapa Ahmad Farid sering kali cari pasal setiap kali mereka bertemu sedangkan mereka langsung tidak mengenali antara satu sama lagi.
Safina sungging senyum apabila mengenangkan yang Ahmad Farid sering kali meminta untuk bertemu dengan pengurus restoran setiap kali mereka bertekak.
'Sedap mulut je kata aku kutu rayau.
' Sempat Safina membebel dalam hati.
Tidak mahu ketinggalan jauh, Ahmad Farid turut menghidupkan enjin motorsikalnya lalu mengejar Safina.
Tersenyum dia mengenangkan pertengkaran mereka tadi.
Sumber:Internet