Gelap

Abang Superbike 7

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Abang Superbike 7

. AHMAD FARID panas punggung.
Wajah tenang Tuan Lukman sedikit pun tidak menenangkan Ahmad Farid.
Safina yang duduk di sebelah Tuan Lukman memandangnya dengan pandangan yang tajam.
"Jadi inilah lelaki yang suka cari pasal dengan anak ayah?" soal Tuan Lukman tenang.
Safina menghela perlahan nafasnya.
Apa yang berlaku di situ pasti akan sampai ke pengetahuan Tuan Lukman.
Sikit pun dia tidak boleh lari.
"Saya minta maaf, tuan.
Saya tak tahu yang dia ni anak tuan.
" Ketawa besar Tuan Lukman mendengar kata maaf dari Ahmad Farid.
"Jadi jika dia bukan anak saya, kamu akan buat sesuka hati kamu?" soal Tuan Lukman sekadar ingin menduga.
Ahmad Farid kehilangan kata-kata.
"Banyak yang saya dengar dari mulut pekerja sini.
Saya juga pelanggan tetap restoran ni.
Malah galeri di atas ini juga galeri kegemaran saya apabila saya mencari aksesori untuk saya mahupun anak-anak saya.
Pasti kamu tahu saya tidak punya anak perempuan.
" Ahmad Farid terdiam tanpa kata.
Sememangnya dia sedia maklum bahawa lelaki itu tidak punya anak perempuan tetapi apabila Safina sendiri memanggilnya ayah, Ahmad Farid sedikit goyah.
"Safina anak angkat saya.
Malah pekerja di sini juga anak angkat saya.
Kebanyakkan pekerja di sini datang dari keluarga yang tidak bernasib baik tetapi pemilik restoran dan galeri ini mengambil mereka bekerja tanpa mengira latar belakang dan pelajaran mereka.
Dia buka peluang pada mereka saat masyarakat sekeliling memandang serong pada mereka.
" Tersenyum Tuan Lukman memandang Safina.
"Jadi betullah Safina ni kutu rayau sebelum ni?" Lancang sekali mulut Ahmad Farid menyoal.
Buntang mata Safina ketika itu.
Tuan Lukman pula menggeleng.
"Kamu cepat sangat menjatuhkan hukum tanpa kamu selidik siapa orang tu.
Dengan cara kamu macam ni, tak mudah untuk pesaing jatuhkan kamu.
" Tuan Lukman tersenyum sinis.
"Tak kisah apa pun yang kamu anggap.
Tapi ingin saya tegaskan di sini, jangan sesekali kamu mendatangkan kecederaan kepada Safina lagi.
Jika tidak saya takkan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
" Tenang sekali kata-kata Tuan Lukman namun, cukup membuatkan dada Ahmad Farid dilanda badai.
"Ayah, Fie minta diri dulu.
Fie nak kemas kedai.
Kejap lagi nak tutup.
" Safina cuba untuk melarikan diri.
Dia tidak betah berlamaan di situ.
"Biar yang lain uruskan.
Kamu tak perlu buat semua tu.
Nanti ayah hantar kamu dan Wawa balik.
" Ahmad Farid hanya memerhatikan mereka.
"Tuan anggap dia sebagai anak, tapi kenapa tuan biarkan dia bersekedudukan?" Berkerut dahi Tuan Lukman dibuatnya.
Entah apa yang bermain difikirannya ketika itu.
Ahmad Farid kelihatan cukup tenang kali ini.
"Apa maksud kamu?" Tuan Lukman menyoal kerana kurang jelas dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Ahmad Farid.
Sejak bila pula Safina bersekedudukan? Safina terkedu tanpa kata.
Apatah lagi apabila melihat Tuan Lukman merenungnya tajam.
"Dia dengan perempuan tu bersekedudukan.
" Ahmad Farid memandang Wawa  yang berdiri bersebelahan dengan Boy di kaunter.
Tuan Lukman memusingkan tubuhnya untuk melihat siapa yang dimaksudkan.
"Wawa... Perempuan tu namanya Wawa.
Kalau duduk dengan perempuan kamu kata bersekedudukan, kalau duduk dengan lelaki ajnabi itu dipanggil apa?" Ahmad Farid terkedu.
Terasa dirinya bodoh ketika itu.
"Wawa dan Safina berkawan sejak sekolah lagi.
Jatuh bangunnya Safina, Wawa sentiasa ada.
Malah dialah yang sering menjadi penguat semangat Safina selain dari keluarga dia.
" Safina tersenyum mendengar kata-kata Tuan Lukman.
Ya, banyak yang Tuan Lukman ketahui mengenai dirinya.
Malah Tuan Lukman juga amat baik kepada keluarganya.
"Jadi celah mana yang kamu kata Safina ni bersekedudukan?" Berkerut dahi Tuan Lukman minta menjelasan dari Ahmad Farid.
"Tapi dorang amalkan hubungan songsang.
" Mengucap panjang Tuan Lukman ketika mendengar jawapan Ahmad Farid.
"Mulut kau memang elok aku hentak pakai helmet.
Tak habis-habis nak malukan orang.
Kau ada bukti yang aku ni amalkan hubungan songsang.
Mulut mak cik 'bawang' aku tak kuasa nak tibai sebab dah tahu memang mulut perempuan macam tu.
Tapi kau ni, kepala otak ada tak nak guna.
" Tuan Lukman tersengih melihat reaksi Safina.
Selalunya dia bersikap tenang walau apa pun yang orang perkatakan tapi bila kena dengan Ahmad Farid, cepat betul dia melenting.
"Dah berkepit siap berpeluk naik motor, tu apa benda.
Dah terang lagi bersuluh.
" Ahamad Farid tak mahu kalah.
Tuan Lukman seakan tiada di situ baginya.
"Memang bodoh bebellah kau.
" Safia terus melangkah terhincut-hincut meninggalkan mereka.
Tuan Lukman hanya membiarkan Safina berlalu pergi.
Hati anak itu perlu dijaga juga.
"Farid, saya tak tahu apa masalah kau dengan Safina tapi apa yang kamu fikirkan tentang Safina dan Wawa, sama sekali tak benar.
Saya kenal mereka walau pun mereka bukan anak kandung saya.
Safina memang begitu sejak dari sekolah lagi tapi dia bukan songsang.
Jadi sebelum kamu lebih banyak menyakiti dia, lebih kamu kamu selidik tentang dia.
Kita bukan sesiapa untuk menjatuhkan hukum pada orang lain.
" Lembut sekali Tuan Lukman menasihati Ahmad Farid.
"Banyak yang kamu tak tahu mengenai Safina.
Saya dengar kamu nak jumpa manager restoran ni sebab nak adu tentang Safina, kan? Tapi kamu tak tahu yang kamu dah jumpa dengan owner restoran ni.
" Ahmad Farid memandang Tuan Lukman seraya tersenyum.
"Jadi restoran ni milik tuan?" soal Ahmad Farid teruja.
Tuan Lukman menggeleng.
"Macam saya katakan tadi, saya pelanggan tetap restoran dan juga galeri yang terletak di atas.
" Ahmad Farid garu kepala.
Jadi siapa pula pemilik restoran itu?
Sumber:Internet