Gelap

Abang Superbike 8

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Abang Superbike 8

. WAWA menghenyak punggungnya di atas sofa.
Safina sudah terbaring.
Memang itulah port kegemaran Safina.
Asal balik je, pasti akan baring di sofa panjang itu.
Selalu sangat terlelap sampai ke pagi.
Katil ada, sofa juga yang dia selesa.
"Geram betul aku dengan mamat tadi tu.
Mana dia letak otak dia eh? Berani betul dia tanya ayah macam tu.
" Safina jungkit kening mendengar bebelan Wawa.
"Wa, orang sekeliling pun anggap kita macam tu Wa.
Dah kau pun hari-hari pergi balik kerja dengan aku.
Maaflah kalau sebab aku, kau kena hadap semua ni.
" Wawa mencampak sebiji bantal kecil ke arah Safina.
Geram pula dia mendengar kata-kata Safina.
"Selama ini, aku tak hairan pun apa orang nak cakap.
Masalahnya dia tu sampai memalukan orang.
Orang sekeliling kita ni kalau cakap pun, takde la sampai nak malukan kita depan orang ramai.
" Peristiwa tadi masih segar difikirannya.
"Mulut orang, Wa.
Bukannya mulut tempayan.
Esok lusa penat, dia diamlah.
" Safina acuh tak acuh.
Lukanya mula terasa pedih.
Kakinya juga mula membengkak.
"Ah... Kau pandai cakap.
Tapi kau dengan dia pun dah macam anjing dengan kucing.
Pantang jumpa mesti bercekau je.
" Safina buat tak dengar.
Matanya dipejam rapat.
"Fie, bangun mandi.
Pergi tidur dalam bilik sana.
" Safina berdecit.
Baru ingin melelapkan mata dah diarah itu ini.
Dengan penuh kepayahan, Safina melangkah naik ke biliknya diperhatikan oleh Wawa.
Keluhan berat dilepaskan.
Melihat Safina adakalanya membuatkan dia simpati.
Bermacam perkara yang telah dilalui oleh Safina, namun gadis itu kekal cekal dan tabah.
Dia bersyukur kerana menjadi sahabatnya.
Sungguh pun Safina begitu, dia punya hati yang tidak dimiliki oleh ramai orang.
* * * * * SAFINA menghempas tubuhnya ke atas tilam.
Apa yang berlaku tadi benar-benar membuatkan dia hilang rasa hormat pada lelaki itu.
Tubuhnya ditegakkan.
Dia duduk di birai katil.
Luka di lengan dan kakinya dibelek sekilas.
Berdecit dia.
Belum pernah seumur hidupnya jatuh dari motorsikal.
Ini pengalaman pertama.
Janganlah berita ni sampai kepada mak dan ayahnya di kampung.
Mau tujuh hari tujuh malam dia kena ceramah.
Tanpa menunggu lama, Safina bangun mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Terasa segar saat pancuran air menyentuh tubuhnya.
Hilang rasa sakit hati dan marahnya ketika itu.
Setelah hampir setengah jam di dalam bilik air, Safina melangkah keluar.
Hampir saja dia menjerit apabila Wawa tiba-tiba berdiri di depan pintu bilik air.
"I kau ni.
Kalau aku ada sakit jantung, confirm aku dah mati keras!" marah betul Safina ketika itu.
Mana taknya terpacak je depan pintu, siapa je yang tak terkejut.
Sudahlah fikirannya menerawang jauh ke Planet Pluto sana.
"Aku ingatkan kau pengsan ke apa dalam bilik air ni.
Berapa kali aku ketuk kau tak menyahut.
" Wawa berpeluk tubuh.
'Orang risaukan dia, boleh pula kena marah balik.
' Sebal terasa dalam hati.
Safina tersengih.
Manalah dia nak dengar kalau dah asyik mengelamun je masa mandi tadi.
"Kau okey tak?" Wawa menyoal.
Langkah diatur sama menuju ke katil Safina.
"Okey je.
Tapi tulah, pedih siot.
Aku syak mamat tu ada masalah mental.
Entah apalah yang dia tak puas hati sampai terajang motor aku.
" Wawa terdiam seketika.
Jujurnya dia juga memikirkan hal yang sama.
Apa sebab musabab Ahmad Farid terajang motor Safina.
Mujur saja ketika itu Safina tidak memecut laju kalau tak, dia sendiri tak mampu membayangkan nasib sahabat baiknya itu.
"Aku nak tidur dengan kau malam ni boleh tak?" Safina tersengih lalu mengangguk.
Riang hati Wawa ketika itu.
Dia tahu andai Safina dalam kesakitan, gadis itu akan sering meracau dalam tidur.
Dia bimbangkan keadaan Safina.
* * * * * AHMAD FARID termenung di tepi gazebo yang terletak berhampiran kolam ikan milik mamanya.
Apa yang berlaku tadi benar-benar menyesakkan dadanya.
Rasa bersalah menggigit tangkai hati.
"Safinalah owner restoran dan galeri ni.
Macam-macam yang dia lalui untuk sampai ke tahap sekarang.
Mungkin kecil bagi kamu yang ada bisnes besar.
Tapi besar pada dia yang datang dari keluarga yang susah.
" Tuan Lukman buka cerita.
Ahmad Farid terkedu.
Kenapa dia tak nampak semua tu? Safina macam pekerja biasa.
Perwatakkannya langsung tidak menggambarkan siapa dirinya yang sebenar.
"Safina ni satu masa dulu pernah kutip tin je dekat dalam tong sampah.
Apa je yang dia tak buat demi mendapatkan rezeki yang halal.
Orang tak tahu macam mana strugglenya dia untuk berada di tahap sekarang ni.
Tapi saya bangga dengan dia sebab dia ada satu azam untuk membantu orang lain.
Ada sisi baik dia yang orang lain takkan nampak.
Kalau kamu kenal dia, kamu akan tahu siapa dia.
" Tuan Lukman terdiam seketika.
Kopi yang telah sejuk dihirup perlahan.
"Saya rasa dah banyak yang saya bercerita pada kamu tentang Safina.
Saya harap sangat yang saya takkan dengar lagi kamu cari pasal dengan dia.
Macam mana pun, dia tetap seorang perempuan yang patut dihormati dan bukan tugas kita untuk menghukum orang.
Saya minta diri dulu.
" Tuan Lukman bangun dan menuju ke kaunter.
Setelah membuat bayaran dan berbual seketika dengan Boy, kelihatan Wawa melangkah ke belakang memanggil Safina untuk pulang bersama Tuan Lukman.
Wajahnyanya diraup kasar.
Cerita Tuan Lukman mengenai Safina membuatnya rasa sangat bersalah.
Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia suka mencari pasal dengan gadis itu.
Namun satu perkara yang dia sedar, rentak jantungnya pasti tidak keruan setiap kali berdepan dengan Safina.
Ya... gadis tomboy itu punya aura yang sangat luar biasa sehingga mampu membuatkan hatinya tidak keruan.
Tanpa sedar, dia mengukir senyum apabila terbayangkan wajah manis Safina.

Sumber:Internet