Gelap

Adik Best 1

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Adik Best 1

. "Adik nak jugak!" Aku menghentak-hentakkan kaki sekuat kaki.
Saja nak protes.. "Ain..Ain janganlah macam ni, nanti mama belikan lah" Puan Roshidah menggeleng kepalanya.
Pening dengan sorang anak dara dia ni, macam budak-budak.
"Hish, Adik dah lama mintak kan! Mama ni tipu je, dah dua hari adik tanya.
Mama kata esok, esok.
Mana ade mama tunaikan pun!" Aku peluk tubuh sendiri.
Bukan nak biadab tapi nampaknya mama makin tak peduli dengan aku, selalunya aku mintak esok terus dapat tau tak.
Ala, aku mintak kasut sneaker baru je pun.
Bukan aku nak sangat tapi aku cuma nak pastikan betul ke tidak perkara yang sedang aku andaikan tengah berlaku dalam rumah ni.
"Ya Allah Ain.. Mama kata nanti, nanti lah.
Dahlah macam budak kecik la kamu ni.
Dah masuk 19 tahun pun masih mengada-ngada!" Puan Roshidah mencerlung tajam.
Tangannya masih sibuk menaip di telefon, entah apa yang bizi sangat pun tak tahula.
Aku terdiam.
Mama dah tak sayang aku la tu.
Kenapa ek semua orang dalam rumah ni? Semalam aku mintak kat papa, acuh tak acuh je dia layan aku.
Apa masalah semua orang ni? Aku berlari naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik hujung.
Bilik aku la sape lagi.. sob sob.. Pintu aku kunci.
Tingkap dalam bilik aku buka seluas mungkin, lantak ah nak masuk nyamuk pun masuk ah! Maleh aku nak pikir.
Kerusi di depan meja belajar aku tarik dan letak di hadapan tingkap.
Angin sepoi sepoi je malam ni.
Hmm.. rasa macam masuk habuk pulak mata ni.. Aku labuhkan punggung di atas kerusi sambil tongkat dagu tengok luar.
Rasa macam nak menangis tapi.. takpelah.
Tuk tuk.. Aku pusing pandang pintu.
Em.. papa la "Adik.." Lembut suara Encik Hariz memanggil.
Halah nak pujuklah tu.. aku mencebik.
Taknok! "Ain sayang.. bukalah pintu.
Kan papa dah janji nak belikan Ain kasut tu?" Kalau ikutkan hati, aku bukan nak sangat kasut tu tapi.. sebenarnya semalam hari jadi aku.. yang paling menyedihkan, dorang tak ingat lang Kenapa macam ni? Tahun lepas meriah tau sambutan hari jadi aku walaupun sambut bertiga je kat rumah.
"Ain?" Pintu diketuk semula.
Haih.. aku mengeluh.
"Papa, ain tengah tidur.
Papa pergilah telefon kawan papa tu sembang je sampai pagi, takpe ain okay" kecik pulak hati aku.
Ni yang pantang kena pujuk ni.
Makin menjadi pulak rasa nak majok.. "Eh orang tidur mana boleh menyahut.
Tu ain menyahut tu mesti ain tak tidur lagi kan?" Encik Hariz ketawa dibalik pintu.
Puterinya yang sorang ni memang suka buat hal lah.
Fine! Aku bangun.
Tombol pintu aku capai dan pulas laju.
Tersembul muka papa yang masih tersenyum memandang aku.
"What?" Aku bertanya bosan.
Sempat jugak mata aku menjeling ke belakang papa, yelah mana tau mama ade ikut pujuk aku sekali kan.
huhu harapan je la.
Mama sekarang mana kesah pasal aku dah.
"Alolo puteri papa ni... maaf tau papa dengan mama terlupa yang semalam hari jadi Ain" pipi aku dicubit.
Auch! Aku mula buat muka monyok.
Muka kena main peranan gais.
Ha pujuk la lagi.. "Sebenarnya semalam kami sibuk siapkan hadiah paling besar untuk Ain.
InsyaAllah esok hadiah Ain sampai" Encik Hariz mengangkat keningnya.
Teruja sangat riak wajah dia.
Aku berkerut.
Okay.. hadiah besar takpe jangan yang kecik Aku mengangguk setuju.
"Orait, papa masuk tidur dulu ye sayang" satu kucupan singgah di dahi aku sebelum papa beredar.
Entahlah.. yang penting esok aku dapat hadiah.
YES! Aku tersenyum suka.
Ayuh tidur ain.. finally.. ______________.
Sumber:Internet