. Dah nak dekat 15 minit aku berdiri kat belakang pintu bilik sendiri.
Mana taknya, si mamat mata kuyu tu boleh pulak nak duduk bilik yang bertentangan dengan bilik aku.
Masalahnya sekarang,aku tak sanggup nak keluar bilik.
"Ain!""Ain Sara!""Ain datanglah kat bilik abang sekejap" Nampak tak? Haih.. Aku memusingkan tubuh.
Melekatkan belakang badan pada pintu kayu bilik.
"Adik" tuk tuk tuk.. Membulat mata aku mendengar ketukan pintu.
Oh shet.. "... abang..abang nak apa ni?" Aku bertanya dari balik pintu.
Maleh aku nak bukak.
"Kenapa Ain tak bukak pintu ni?" Aku pandang tombol pintu yang berpusing-pusing kerana cuba dipulas dari luar.
"Abang, Ain nak tidur lah" aku mengeluh.
Mamat ni malam-malam buta panggil aku.
"Oh.. okaylah macam tu.." Suara Aqil mengendur.
Derapan kaki lelaki itu mula menjauh.
Hek, selamat malam abang.
Aku melompat ke atas katil.
Yes Yes! Rumah baru yuhoo.
---------------------- Pagi.
Aku terjaga apabila terdengar bunyi riuh rendah orang ketawa.
Shet, siapa pulak memekak pagi-pagi ni.. Nak tak nak terpaksa aku bangun.
Kaki aku turunkan ke atas lantai, erh sejuk! Dengan zero energy, aku berjalan menuju ke pintu dan PAP! Aku buka kasar.
"Bunyi tu datang dari bawah?" Berkerut dahi aku.
Adumak, takkan si mamat mata kuyu tu buat party new home kut.
Perlahan-lahan aku menapak demi setapak menuruni anak tangga.
Takut kantoi.. Sampai ke anak tangga pertengahan,aku bongkokkan badan.
Kat situ dah boleh nampak view ruang bawah.
Eh?!Mama? "Mama buat apa kat sini?" Aku tanya diri sendiri.
Mana ada orang lain kat sini huhu.. Mama sedang tersenyum-senyum melihat papa yang asyik bercakap entah pasal apa aku tak tahulah.
Terjengket-jengket aku naik ke atas semula.
Wuish, seram nak turun.
"Ain?" Terus mendongak kepala aku pandang ke anak tangga paling atas.
De hell?! Aqil sedang berdiri memeluk tubuh memandang aku dengan muka berkerut dia.
Aduh mamat ni.. "Abang.." aku sapa perlahan sambil tersengih.
Tak nak mama tahu aku ada kat sini.
Aqil menggeleng kan kepala, mungkin tengah mengucap tengok muka aku baru bangun tidur kut.. lantak kau lah.. "Bye, Ain nak sambung tidur" aku melambai tangan seiring kaki aku melangkah melepasi abang.
"Okay, jangan turun selagi Aqil tak panggil.
Mama nak breakfast kat sini" Membuntang mata aku mendengar apa yang Aqil katakan.
Aku toleh tengok Aqil yang sudah mengangkat kedua keningnya.
Ala, laparlah aku nanti.. "Kenapa? Jangan risau, nanti Aqil bawakkan makanan untuk Ain" Seakan tahu isi hati aku,Aqil senyum sehingga menampakkan lesung pipit yang tak berapa dalam.
Aik?Dahi aku berkerut.
Sejak bila dia ada lesung pipit? Manis do.. aku merenung pipi Aqil.
Nak tengok betul ke tu lesung pipit.. "Ain?" Bahu aku digoncang perlahan.
"Hah? Ah ye ye.
Okay okay terima kasih abang" aku sengih lebar.
Malu gais.. "Hensem sangat ke abang sampai tengok macam tu? Tu meleleh air liur dari mulut Ain tu" Jari telunjuk Aqil menunjuk tepi bibir aku.
Dengan laju aku mengelap.
Eih? Betullah meleleh wei! Ya Allah malunya aku! Sepantas kilat aku berlari masuk ke dalam bilik dan menutup pintu.
Gelak ketawa Aqil semakin besar dapat aku dengar dari belakang pintu bilik.
Cis, memalukan lah aku ni.. haih.
Sumber:Internet