Gelap

Adik Best 3

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Adik Best 3

. Usai mandi, aku turun ke tingkat bawah.
Mama dengan papa tengah sibuk main telefon kat ruang tamu.
"Hi ma, pa" Aku tegur.
Papa angkat kepala pandang aku.
Cermin matanya dilorotkan ke hidung.
"Ain nak pergi mana ni? Nak keluar lagi ke?" Papa mulakan sesi soal jawab.
Mana ade.
Aku geleng.
Tujuan aku turun ni nak makan je sebenarnya.
"Abang mana?" Mama menyoal tanpa memandang wajah aku.
"Entah, kat bilik dia la kut" Aku menjawab sepintas lalu.
Kaki aku menapak menuju ke meja makan.
Well I'm hungry now.. "Mama masak ape hari ni?" "Mana ada masak.
Tadi kami makan kat luar, tu la bangun lambat.
Anak dara jenis apa la kamu ni, lepas ni kalau bangun lambat lagi pergi masak sendiri" Puan Roshidah membebel lagi.
Huh? Seriuslah? Aku tercengang.
Dorang makan kat luar tak ajak aku? Ni pertama kali aku kena macam ni.. apa dah jadi ni? Encik Hariz bangun dari sofa dan berjalan menuju ke anaknya.
Diam-diam dia menunjuk ke arah tudung saji di atas meja.
Hm? Okay pa.
Mulut aku menjawab tanpa bersuara.
Tudung saji aku angkat, pergh ade makanan wei! Thanks! Aku bagi flying kiss kat papa.
Papa senyum sambil mengangguk dan berlalu naik ke tingkat atas.
Baik aku makan kat belakang rumah, boleh tengok kehijauan alam.
Takdelah otak aku ni tepu sebab asyik kena perli dengan mama je dua tiga hari ni, mentang-mentang ade anak baru hmm.
Tombol pintu belakang aku pulas.
Wah.. tenangnya.. meliar mata aku tengok pokok-pokok hijau yang mama tanam.
Dah dewasa eh semua haha.
Yup, my favourite spot.
Buaian.
Nasib baik ade buaian kat belakang rumah, tempat tu lah aku selalu lepak kalau sedih, bosan or merajuk ke.. Pintu belakang aku tutup semula, takut mama perasan nanti.
Em sedapnya bau nasi goreng ni.
Berkeroncong hebat dah perut ni.
Baik aku melantak sekarang.
Baru beberapa suap, pergerakan aku terhenti.
Tuk tuk Bunyi ape tu? Aku toleh belakang.
Bunyi tu datang dari tingkap dapur.. Sape tu? Aku mengerutkan dahi.
Muka orang kat tingkap tu tak jelas sangat.. em yela sebab cermin ni memang jenis gelap dari luar.
Entah-entah mama tak? Habislah kantoi.. Clak.. Pintu belakang terbuka.
Tersembul muka Aqil yang tengah tersenyum memandang aku.
Ya Allah, kus semangat aku lah dia ni! "Abang buat ape kat sini?" Aku bertanya malas.
Sibuk naw! "Ain kenapa makan kat luar?"Aqil ambil tempat duduk di sebelah aku.
Jarak antara kami agak rapat.
Berdebar pulak jantung aku ni.. aish.
Sekejap-sekejap mata dia tengok muka aku.
Dah apasal? "Ain memang suka makan kat sini, eh abang nak makan ke?" Aku mempelawa.
Kang tak pelawa kata aku kedekut pulak.
Mamat tu cuma menggeleng perlahan.
Kaki Aqil mula menolak buaian supaya bergerak.
Ah sudah nak main buaian la pulak.
Aku tengah makan ni kang melambung makanan ni sape nak jawab? Muka Aqil aku jeling.
Masih gementar sebenarnya.. tak pernah aku duduk serapat ini dengan mana-mana lelaki kecuali papa.
Saja je aku buat-buat takde perasaan depan dia.
"Abang ingat nak ajak Ain keluar hari ni.
Nak tak?" Muka aku dipandang.
Huh? Keluar? Berdua je ke? Alamak... "Ain?""Setuju tak?" Aqil mengangkat keningnya meminta jawapan.
Matanya lama memandang mata aku.
Aku mula rasa tak selesa, macam.. macam ada satu connections.. Aku telan air liur.
Weh.. tengok kau pun aku dah kenyang sekarang ni huhu.. "Ain, abang tanya ni" Aqil memanggil lembut.
Suara lunak itu menyedarkan aku dari lamunan.
Err.. aku sengih.
Makin lama pulak mamat ni pandang aku.
Malulah.
Kalini muka mamat tu dah berkerut.
Pelik la tu tengok aku macam orang gila tengok kau? Aduh, jangan pandang aku boleh tak? Mata kau tu.. argh! Kau abang aku, tolonglah asal aku rasa macam ni?! "Takpelah kalau Ain tak nak.
Abang keluar sendiri jela" Aqil menghela nafas panjang.
Wajahnya sengaja dimonyokkan.
Pandangan dihalakan semula ke arah pokok pokok di hadapan.
Buat muka kesian pulak, ingat aku 'beli' la muka macam tu? Em.. tapi memang aku nak pun haha.
"Ha haih bolehlah.
Nak keluar pukul berapa? Nak pegi mana?" Aku mengalah.
Kesian pulak tengok, mesti rindu dengan Malaysia.
"Pukul 12 ni kita keluar.
Em pergi je la mana mana.
Kita boleh jugak jalan-jalan kat KLCC nanti" bibir Aqil tersenyum lebar.
Lelaki tu bangun dan cup! Satu ciuman singgah di dahi aku.
Kemudian tangannya naik mengusap rambut aku persis anak kecil.
"Thanks! Abang masuk dulu tau.
Jangan duduk luar lama-lama.
Panas ni" Sempat dia pesan sebelum berlalu masuk ke dalam.
Aku kat situ dah kaku.
Mende sia?! Dia kiss aku wei! Kiss aku! Argh malu malu.
Pinggan kat tangan aku letak tepi.
Terus aku tekup mulut sendiri.
Maigod seriously? Ahhh!!! Aku menjerit dalam hati.
Gila wei.. Ain kau jangan nak minat kat dia pulak.
Dia abang kau.
Ingat ABANG.
Stres aku kalau macam ni lama-lama.
huhu.. /pena appreciate sangat kalau readers semua komen.
it's make me more motivated, thank you!/
Sumber:Internet