. Rizuan, berusia 38 tahun dan merupakan seorang suami kepada Izati.
Rizuan bekerja sebagai seorang anggota polis.
Walaupun umurnya hampir mencecah 40 tahun, Rizuan merupakan seorang yang aktif dan memiliki tubuh badan yang besar dan tegap kerana selalu workout di gym untuk memastikan dirinya sentiasa kuat.
Dengan ketinggian 183 cm dan badan yang tegap, Rizuan kelihatan sangat gagah dan sebagai anggota polis, Rizuan dilihat sebagai seorang yang digeruni.
Ini ditambah pula dengan wajahnya yang berjambang dan dipotong kemas, kelihatan agak kacak dan tegas.
Sewaktu muda, Rizuan pernah cuba untuk menceburi bidang perniagaan tetapi gagal.
Disebabkan itu Rizuan terpaksa menanggung hutang yang banyak.
Rizuan agak bernasib baik kerana isterinya itu berasal dari keluarga yang kaya.
Kini, Rizuan duduk bersama isteri dan adik iparnya di apartment yang diberikan oleh bapa mertuanya.
Isterinya juga sedikit sebanyak membantu Rizuan untuk menampung perbelanjaan rumah dan perbelanjaan supplement workoutnya.
Kadang kala, apabila kewangan Rizuan terlalu sempit, Rizuan juga ada meminjam duit dari adik iparnya kerana terlalu malu untuk minta dari isterinya.
Izati, berusia 34 tahun dan merupakan isteri kepada Rizuan dan kakak kepada Afif.
Izati mempunyai ketinggian 174cm dan fizikal yang sedikit berisi, tetapi Izati pandai bersolek dan berfesyen oleh itu dia sentiasa kelihatan cantik dan bergaya.
Izati berasal dari keluarga yang kaya dan banyak membantu suaminya di dalam perbelanjaan rumah.
Izati juga membantu Rizuan di dalam perbelanjaan supplement workout agar suaminya itu kelihatan tegap dan gagah di matanya.
Izati juga mempunyai perniagaan tudung yang berjaya dan memiliki butik sendiri.
Oleh itu, Izati tidak terlalu mengharapkan duit dari suaminya.
Afif, berusia 18 tahun dan baru memulakan pelajarannya di universiti swasta.
Afif merupakan adik bongsu kepada Izati, dan sekarang duduk bersama kakaknya dan abang iparnya, Rizuan.
Afif mempunyai perwatakan nerd, dengan ketinggian 170 dan berbadan slim dan berwajah jambu.
Afif merupakan seorang yang pendiam dan banyak menghabiskan masanya bersendirian di dalam bilik.
Walaupun umurnya masih muda, tetapi Afif mempunya youtube channel dan facebook channel yang digunakan untuk review game-game online.
Youtube dan facebook channelnya agak terkenal, dan disebabkan itu sedikit sebanyak memberikan pendapatan kepada Afif.
Afif juga kadang kala ada memberikan duit kepada Rizuan apabila Rizuan terlalu kesempitan duit.
Sumber:Internet