Gelap

Aku Skandal 2

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Aku Skandal 2

. "Dahlia Hana" Dua patah kata nama itu disebut perlahan lalu bibirnya mengukir senyuman.
Nama itu secantik tuan empunya nama.
Mata yang bundar dengan alis mata yang kemas tersusun rapi tanpa perlu dibentuk, solekan yang nipis cukup menyerlahkan keanggunan wajahnya yang bersih.
Dia merenung tajam ke arah skrin monitor di depannya sambil sebatang pen dimainkan pada jari.
Tabiat yang dia tidak boleh ubah sejak dari zaman remaja lagi.
Pen selalu menjadi mainan jemarinya.
Selagi pen itu tidak terpelanting, dia akan tetap memusingkan pen itu menggunakan skill yang dia ada.
Hafiz Mikael bersandar perlahan pada kerusi lalu mata dipejamkan.
Dadanya berdebar apabila teringatkan kejadian malam itu.
Saat matanya bertemu dengan mata wanita itu, jantungnya terus berdegup kencang.
Seolah-olah bekerja keras untuk mengepam darah bagi disalurkan ke segenap urat di tubuhnya.
Malam itu, kereta yang dipandunya diparkir bersebelahan kereta Aqilah.
Sebaik keluar dari kereta, Hafiz perasan tayar kereta yang pancit.
Ingin dia mencari pemilik kereta itu namun dia tidak pasti siapakah gerangannya.
Jadi Hafiz mengambil keputusan untuk makan di kedai makan dekat dengan parkir kereta supaya mudah untuk dia nampak pemilik kereta itu nanti.
Fikirnya mungkin pemandu kereta tidak sedar akan tayar sebelah kiri yang pancit itu.
Tidak dia sangka, dua orang wanita yang duduk selang dua meja darinya merupakan pemilik dan penumpang kereta itu.
Sebaik melihat dua figura itu menuju ke kereta, Hafiz segera mengekori mereka dari belakang.
Semasa di kedai makan tadi, dia tidak nampak wajah pemilik nama Dahlia Hana kerana wanita itu membelakangkannya.
Mana tahu dia seperti bertemu dengan bidadari syurga apabila terlihatkan wajah mulus Hana.
Hafiz tersenyum lagi.
"Hoi! Berangan!" Hampir saja dia terjongkang ke belakang apabila disergah sebegitu.
Cepat-cepat Hafiz buka mata.
Johan sudah ketawa mengekek-ngekek melihatkan keletah Hafiz.
"Kurang asam betullah kau ni.
Kacau mimpi aku" "Hello bro! Ni office.
Bukan katil kau.
Nak mimpi, pergi balik rumah.
Tidur" Hafiz mencemik.
Geram juga dengan sikap Johan yang suka sergah dia tak kira masa.
Nasiblah jantung dia masih kuat lagi.
Kalau tak, dekat situ juga rakan sepejabat kena buat kenduri arwah.
"Jom lunch.
Aku lapar ni", ajak Johan sambil mengusap perutnya beberapa kali.
Hafiz kerling jam di tangan.
Patutlah dia pun berasa lapar, sudah pukul 1 petang.
Memang masa untuk makan tengah hari.
Tanpa menjawab ajakan Johan, Hafiz segera mengemas meja kerjanya.
iPhone X yang baru dibeli sebulan lalu dicapai lalu dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
"Jom!" Johan memegang dan meramas lembut bahu Hafiz sewaktu mereka beriringan menuju ke lif di luar ruang pejabat untuk ke tingkat bawah.
Hafiz menoleh memandang Johan yang sudah tersengih macam kerang busuk.
"Kau kenapa?", soal Hafiz pelik.
Berkerut dahinya memandang Johan.
Senyum Johan melebar.
"Siapa pulak kali ni?", soal Johan pula seakan berbisik.
Hafiz menyiku perut Johan membuatkan lelaki itu mengaduh sakit.
"Aku tanya je.
Kau jangan macam-macam.
Kalau kantoi lagi, naya kau", suara Johan mengingatkan Hafiz.
Bukan dia tidak tahu perangai kasanova kawan sepejabatnya ini.
Dulu, pernah sekali kantoi bermain cinta dengan staff praktikal.
Sikit lagi isteri Hafiz nak serang budak tu.
Nasib baik tak sempat sebab budak tu dah habis latihan praktikal di pejabatnya.
Jika betul andaian Johan bahawa Hafiz sedang mengenali wanita lain, nampaknya lelaki ini memang tidak pernah serik.
"Kau tak tahu apa-apa diam je lah.
Kalau kantoi pun, bukan susahkan kau.
Jangan kau je yang pecah lubang.
Diam-diam sudah", balas Hafiz sinis.
Bukan dia tidak beringat, tetapi kali ini dia yakin isterinya tidak boleh mengamuk bagai orang gila sepertimana sewaktu dia kantoi dengan Fira, budak praktikal setahun lalu.

Sumber:Internet