. HAFIZ MIKAEL melabuhkan punggung pada sofa empuk dekat ruang tamu rumahnya.
Matanya dipejam rapat sambil jemarinya mengurut lembut kepala yang sedikit berdenyut.
Adegan tengah hari tadi bermain-main di mindanya.
"Lelaki tu nampak macam dah tua" Hafiz bermonolog dalam hati.
Terbayang kembali gelak tawa dan wajah ceria wanita yang masuk ke dalam mimpinya hampir setiap malam sejak seminggu lalu.
"Takkan officemate kan? Sebab aku tak pernah nampak pun dia" Dia pernah bertembung dengan lelaki tua itu beberapa kali di dalam lif ataupun di lobi bangunan pejabatnya.
Namun tidak pernah walau sekali pun dia bertembung dengan Dahlia Hana.
"Bini nombor dua kot.
Patutlah dia tak contact aku langsung", bisik Hafiz lagi.
Dengusan kasar dilepaskan.
Melepaslah dia untuk mengenali wanita cantik itu.
Skrin iPhoneX nya ditenung lama.
Seminggu dia menanti wanita itu menghubunginya namun hampa.
"Bodoh jugak kau ni! Patutnya kau minta je nombor dia hari tu" Hafiz memarahi dirinya sendiri.
Selepas dia membantu dua wanita itu menukar tayar yang pancit, dia terus memberikan kad namanya pada Hana.
Fokusnya ketika itu hanya pada Hana walaupun tayar kereta yang ditukar itu adalah kereta Aqilah.
Hafiz berbaring atas sofa.
Lengan kanan diletakkan atas dahi.
Matanya tajam merenung kipas siling yang berputar laju.
Sebelah tangan diletakkan atas perut.
Jari telunjuk diketuk-ketuk pada perut yang sedikit buncit.
Otaknya masih ligat memikirkan Dahlia Hana.
Entah kenapa wajah wanita itu seakan melekat dalam kotak memorinya.
Tidak seperti wanita-wanita lain yang pernah mendampinginya.
"Ah aku tak kira.
Aku kena cari dia sampai jumpa.
Kalau kena berdepan dengan orang tua tu pun aku sanggup!", gumam Hafiz tekad.
"Jauh menung teringat awek yang mana pulak?" Berterbangan jauh lamunan Hafiz tentang Hana apabila mendengar soalan sinis dari isterinya.
Hafiz melirik memandang Rina yang baru melabuhkan punggung di sofa sebelah Hafiz.
"Kalau tak perli I tak boleh eh? Tak habis-habis nak ungkit benda sama.
Bosanlah!", balas Hafiz garang.
Dia bingkas bangun dan meninggalkan Rina untuk ke bilik tidur.
"I cakap sikit je dah nak melenting.
Dah memang perangai you macam tu kan? Tak ada benda lain dalam kepala otak you tu selain perempuan!" Langkah kaki Hafiz terhenti lalu dia berpaling memandang wajah selamba Rina.
Dengan wajah bengisnya, langkah diatur menghampiri si isteri yang masih beriak selamba.
Sikit pun Rina tidak takut dengan perubahan riak wajah Hafiz itu.
Hafiz merapatkan tubuhnya pada Rina hingga wanita itu tersandar pada sofa.
Jarak antara wajah mereka hanya seinci hingga hembusan nafas mereka menjadi satu.
"Kalau you pun tak boleh bagi apa yang I nak, jangan nak persoalkan apa yang I buat.
Faham?", kata Hafiz keras.
Suaranya sengaja dikeraskan supaya Rina mengerti akan maksudnya.
Rina menolak kasar badan Hafiz membuatkan lelaki itu hampir jatuh terduduk.
Rina mengambil peluang itu untuk lari dari Hafiz.
"You ni memang dah gila la, Hafiz! Seronok you seksa I macam ni kan?", soal Rina.
Ada getar dalam tutur katanya.
Matanya mula menerbitkan titis-titis jernih.
Hafiz tersenyum sinis memandang riak Rina itu.
Sikit pun dia tidak terkesan dengan drama air mata Rina.
Memang dasar Drama Queen! "Ya, Rin.
Memang I nak seksa you.
Baru puas hati I!" Hafiz terus berlalu melepasi Rina menuju ke bilik tidur utama.
Tangisan Rina yang mula kedengaran di halwa telinganya tidak diendahkan.
Rina berlari masuk ke bilik tamu.
Menghamburkan segala derita di hatinya dengan air mata.
Sumber:Internet