Gelap

Aku Skandal 4

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Aku Skandal 4

. Ting! Bunyi notifikasi menandakan ada mesej masuk hanya dibiarkan sepi.
Matanya fokus membaca coding di skrin monitor.
Sesekali dia menukar coding itu dan dilancarkan semula untuk mendapatkan hasilnya.
Jemari diketuk beberapa kali atas meja tatkala menunggu sistem kembali seperti sedia kala.
Kalut juga dia petang ini apabila laman web di bawah seliaannya tiba-tiba tidak dapat diakses oleh pengguna.
Nasib baik hanya kesilapan kecil saja.
Jika tidak, sudah tentu malam ini dia terpaksa bermalam di pejabat.
Hafiz mencapai telefonnya sementara menunggu keputusan pengkodan dia tadi.
Skrin telefon dinyahaktif.
Matanya tertancap pada satu pop-up mesej dari nombor yang tidak dikenali.
Namun yang menarik perhatiannya bukanlah nombor telefon itu, tetapi isi kandungan mesej dari nombor tersebut.
Bibirnya mengukir senyum lalu mesej itu dibuka.
"Yes!" Bagai terkena jackpot, Hafiz menjerit kuat sehingga rakan sepejabat yang berada berdekatannya memandang ke arahnya.
"Hoi! Kau dah kenapa?", tanya seorang rakan sekerja yang duduk di hadapannya.
Hafiz menyeringai, menampakkan garisan gigi atasnya yang tersusun cantik.
Tidak sedar bahawa terujaannya itu mengganggu ketenteraman orang lain.
"Errr.. Nothing! The website is back to normal", bohong Hafiz.
Dia berpura-pura menaip sesuatu pada papan kekunci dengan wajah yang serius.
Hakikatnya, dia bagaikan mahu menari cha-cha apabila akhirnya dia dapat nombor telefon wanita yang menjadi idamannya kini.
Senyuman Hafiz kembali melebar.
Telefon pintar yang diletakkan di sebelahnya tadi dicapai lalu jemarinya pantas menaip sesuatu.
'Hai Cik Dahlia Hana 😉.
Lama saya tunggu mesej awak' Mesej dihantar.
Hanya double tick.
Mungkin belum dibaca.
Agak lama juga dia ambil masa untuk membalas mesej pertama Hana tadi.
'By the way, no need to thank me.
Saya ikhlas tolong awak berdua' Satu lagi mesej dihantar.
Kali ini bluetick untuk kedua-dua mesej yang dihantarnya tadi.
Hafiz menanti penuh debar apabila melihat perkataan 'typing' di bawah nombor telefon Hana.
'Thanks once again ☺️' Melebar senyumnya melihat emoji senyum itu.
Dia membayangkan Hana tersenyum manis padanya.
'Ala Hana kau dah buat aku angaukan kau tahu tak?', kata Hafiz di dalam hati.
Mesej itu direnung lama.
Mati akal pula untuk membalas.
Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
"Apa hal aku stuck tiba-tiba ni?!", getus Hafiz.
Tidak pernah dia rasakan begini apabila berbalas mesej dengan perempuan.
Setiap baris kata yang dia terima selalunya senang saja dia membalas.
Tetapi dengan wanita ini, dia menjadi bingung.
'Hari tu saya nampak awak dekat restoran Arab.
Yang lelaki tu suami awak ke?' Jemarinya berhenti menaip atas skrin telefon.
Berkerut dahinya apabila membaca semula mesej yang ditaip.
Hafiz kemudian menggeleng dan memadam mesej itu.
"Gila nak main terjah je.
Ingat aku ni Naz Melodi ke? Huh!" Dia kembali menaip mesej yang baru.
Sambil itu badannya disandarkan pada kerusi.
'Thanks je ke? Kuih-kuih takda?' Hafiz merengus kasar apabila membaca kembali ayat yang dia taip tadi.
Mesej itu dibiarkan tidak dihantar.
"Ahhh! Apa kena dengan aku ni?" Hafiz meramas rambut belakang kepala dengan kasar.
Dia menongkat dagu dengan tangan.
Skrin telefon yang menunjukkan ruangan chatnya dengan Hana masih direnung.
Entah kenapa dia menjadi serba tak kena.
Hilang segala skill mengoratnya apabila Hana mula menyapa ruang hatinya yang sudah lama dibiarkan sepi.
Sejak kisahnya bersama Fira menjadi kecoh satu pejabat malah sampai ke pengetahuan isterinya, Hafiz terus berdiam diri.
Kononnya ingin bertaubat dari terus mempunyai skandal.
Akan tetapi sebenarnya Hafiz hanya mahu meredakan keadaan dulu.
Dan selepas setahun, kini seorang wanita sedang perlahan-lahan menyelusup masuk ke dalam hatinya.
Jarinya terus menekan pada gambar profile WhatsApp Hana.
Gambar Hana berbaju kurung cotton bercorak bunga kecil berona kuning.
Hanya solekan nipis menghiasi kulit wajahnya.
Senyuman yang tidak keterlaluan tapi masih nampak menawan.
Namun, ada satu yang mengganggu fikiran Hafiz tatkala melihat gambar itu.
Mata Hana.
Pandangan matanya tiada sinar.
Seperti seseorang yang sedang memendam seribu macam permasalahan.
"There must be something special about you, Dahlia Hana.
And I will find it" *** Sesudah memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh, Hana terus mengemas dapur pula.
Pinggan yang banyak dalam rak pinggan tepi sinki diambil lalu dilap sebelum disimpan dalam kabinet.
"Pelik aku.
Rumah ni ada dua orang je, tapi pinggan macam ada 10 orang!", rungut Hana.
Selalu saja dia yang menjadi tukang simpan pinggan mangkuk dalam kabinet.
"Yang dia ni pun satu, tiap kali nak pakai pinggan, gatal tangan ambil dalam kabinet.
Yang banyak-banyak dalam rak ni tak nampak ke?", bebel Hana lagi.
Dalam pada itu, tangannya masih pantas menyusun pinggan ke dalam kabinet.
Selesai menyimpan pinggan mangkuk, dia lap bahagian dapur pula.
Menggeleng dia melihat keadaan dapur yang berminyak.
Hana sudah lama tidak memasak.
Sejak dia selalu balik lewat kerana bebanan kerja yang banyak, dia lebih suka makan di kedai selepas balik kerja.
Paling tak pun, dia akan bungkus dan makan di rumah.
Selalunya dapur akan digunakan oleh suaminya jika lelaki itu ada di rumah.
Memasak itu sudah bagus meski dia hanya masak untuk diri sendiri, tetapi apabila dapur tidak dikemas selepas digunakan, itu yang buat Hana meradang.
"Kitchen is women's teritory.
Dia ni tak faham-faham ke eh? Pandai guna, pandailah kemas.
Eeeee... geramnya aku!", rungut Hana.
Bukan dia tidak ikhlas lakukan semua itu, tetapi dia sudah penat.
Meski hatinya seolah tidak ikhlas, tapi dia tetap buat semua itu hanya kerana dia mahu rumah berada dalam keadaan kemas dan bersih.
Tubuh dihenyak kasar pada sofa selepas semua tugasnya selesai.
Penat.
Dia mahu berehat sebentar sementara menunggu waktu Isyak.
Telefon pintar jenama Samsung yang diletakkan atas meja kopi dicapai.
Sekadar membuang masa, Hana membuka aplikasi Facebook.
Tiada apa yang menarik.
Aplikasi itu ditutup kemudian dibuka pula aplikasi Instagram.
Beberapa gambar kenalannya diberikan tanda 'like'.
Aplikasi itu kemudiannya ditutup.
Aplikasi WhatsApp menjadi persinggahan terakhir sebelum dia menunaikam solat Isyak sebentar lagi.
Matanya tertancap pada satu mesej.
Berkerut dahinya melihat mesej itu.
"Thanks je ke? Kuih-kuih takda?".
Hana membaca setiap patah perkataan itu perlahan.
Makin berkerut dahinya.
"Biar betul mamat ni.
Gila ke apa? Ayat klise sangat lah", kutuk Hana.
Jemarinya pantas membalas mesej itu.
'Jumpa saya esok dekat Coffee Bean depan office awak.
Pukul 8.
30 pagi.
Lewat tidak akan dilayan' Hantar! Hana ukir senyum.
Ingatannya kembali mengingati raut wajah kacak Hafiz Mikael.
"Kita jumpa esok, Mika"
Sumber:Internet