Gelap

Aku Skandal 5

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Aku Skandal 5

. SOLEKAN nipis dan ringkas dikenakan untuk pagi ini.
Dia tidak mahu keterlaluan untuk bertemu kliennya pagi ini.
Dan juga untuk bertemu lelaki itu, yang dia janjikan untuk bertemunya pagi ini.
Hana memandang sekali lagi penampilannya dari cermin besar di depannya.
Dia tersenyum lebar setelah berpuas hati dengan penampilannya untuk hari ini.
"Lain macam je awak pagi ni.
Ada date ke?" Agak sinis soalan itu sehingga Hana mencebik memandang suaminya dari pantulan di cermin.
Kalau sehari tak menyakitkan hati, memang tak sah.
Bukan suami Dahlia Hana lah namanya.
"Ingat.
Awak tu isteri orang", sambungnya lagi.
Langsung tidak memandang Hana, matanya hanya tertumpu pada skrin telefon bimbit di tangan.
Hana merengus perlahan seraya satu jelingan tajam diberikan kepada suaminya itu.
"Saya tak lupa.
Cuma saya risau ada orang lupa dia tu pun suami orang", sindir Hana.
Tas tangan atas kabinet sebelah meja solek dicapai lalu berlalu meninggalkan suaminya yang masih bermalasan di atas katil.
Malam tadi, entah jam berapa suaminya ini pulang.
Pagi ini, sudah ada di sebelah Hana ketika dia terjaga dari lena.
Sebal juga hatinya dengan sikap Najmi, si suami yang sepertinya tidak endah akan kehadiran Hana sebagai isteri.
Dia hanya akan dicari ketika perlu.
Ketika lelaki itu ingin melempiaskan nafsunya.
Terkadang Hana terfikir adakah dia seorang isteri atau hanya perempuan pemuas nafsu lelaki.
Walaupun lelaki itu halal untuknya.
Kaki diatur menuju ke parkir kereta.
Oleh kerana dia mahu ke ibu kota Kuala Lumpur pagi ini, Hana bercadang untuk menaiki LRT saja.
Ikut pada mood dia.
Terkadang dia memandu saja ke pejabat kliennya itu.
Tapi hari ini, terasa malas pula untuk memandu memasuki ibu kota Kuala Lumpur yang tidak pernah lekang dari kesesakan lalulintas.
Ting! Bunyi notifikasi mesej masuk ke telefon pintarnya.
Tangan Hana meraba di dalam tas tangannya untuk mencari telefon yang diletakkan dalam tas tangan itu sebelum dia masuk ke perut LRT tadi.
Keadaan yang agak sesak pagi ini membuatkan Hana lebih berhati-hati.
Mujur semasa masuk ke dalam koc tadi, masih ada tempat duduk kosong.
Jika tidak, lenguh juga kaki hendak berdiri sepanjang perjalanan.
Hana menyahaktif skrin telefon seraya dia mengukir senyum tatkala melihat nama pengirim mesej itu.
Mika.
Itu nama yang dia simpan dalam buku telefonnya untuk pemilik nama Hafiz Mikael.
Entah kenapa suka benar Hana pada nama itu.
Mesej dari Hafiz dibuka.
'Saya dah sampai.
Awak jangan tak datang pulak' Berkerut dahi Hana membaca mesej itu lalu mata terkalih pada jam di skrin telefon.
'Semangat gila mamat ni.
Baru 7.
45 pagi', bisik Hana dalam hati.
Lantas jemarinya laju menaip sesuatu untuk membalas mesej itu.
'Saya baru naik train, awak.
ETA 40 minit.
Cepat betul awak sampai' 'Lambat tak dilayan 😜' Hana mencebik membaca balasan mesej dari Hafiz.
Dia kemudian tersenyum nakal.
Kejadian malam itu terimbas kembali.
Dia sedar akan pandangan mata Hafiz, sesuatu yang lain.
Bukan pandangan biasa.
Selepas membantu menukar tayar kereta juga, Hafiz menghulurkan kad namanya pada Hana, bukan pada Aqilah.
Ketika itu, Hana pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh lelaki itu tetapi dia tidak mahu ambil kisah kerana dia sedar statusnya sebagai isteri orang.
'Agaknya dia single ke dah kahwin eh?', fikir Hana dalam hati.
Dari segi penampilan Hafiz yang maskulin dengan jambang nipis yang kemas, cukup menampakkan dia seorang lelaki yang terlalu menjaga keterampilannya.
'Handsome macam tu, mesti dah kahwin.
Paling tak dah ada girlfriend.
Tak pun tunang'.
Hana menjawab persoalannya tadi.
Dia bersandar pada kerusi lalu mata dipejam rapat.
Selalunya masa begini dia gunakan untuk lelap seketika sementara menunggu tren yang dinaiki tiba ke destinasinya.
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam ini digunakan sepenuhnya oleh Hana untuk menghilangkan kantuknya.
*** HAFIZ Mikael melabuhkan punggungnya pada satu kerusi di luar cafe yang dijanjikan oleh Hana semalam.
Hatinya berbunga riang.
Entah kenapa, dia rasa berdebar untuk menemui wanita itu.
Kopi Americano dalam cawan dihirup perlahan sambil matanya ralit melihat ke skrin iPhonenya.
Hafiz tersenyum lebar.
Dia tidak sangka mesej yang dia taip semalam rupanya tanpa sedar dihantar kepada Hana dan kemudian mendapat balasan dari wanita itu.
Bagai pucuk dicita, ulam mendatang.
Balasan mesej yang diterima dari Hana cukup membuatkan dia seperti menang loteri.
Jackpot! Meskipun berasa sedikit malu kerana menghantar mesej sebegitu kepada Hana, namun bagi Hafiz ini satu peluang untuknya mendekati Hana.
'Cantik sangatlah you ni, Dahlia Hana.
Bertuah siapa yang dapat you'.
Hafiz bermonolog dalam hati sambil matanya tertancap pada gambar profil WhatsApp Hana.
Tidak puas menatap wajah wanita yang mungkin haram untuknya ini.
'Mesti you dah kahwin kan? Orang cantik macam you ni mesti dah berpunya.
Paling tak, dah ber Jeda.
Matanya masih ralit memerhati setiap inci wajah Hana.
'Entah-entah dah ada anak lima!'.
Hafiz menggeleng kepala beberapa kali.
Cuba untuk menepis tanggapannya itu.
Aplikasi WhatsApp ditutup lalu iPhone yang sedari tadi di tangan diletakkan ke atas meja.
Jam tangan di pergelangan tangan kiri dikerling sekilas.
Hatinya semakin berdebar.
Dahlia Hana bakal muncul di depannya pada bila-bila masa dari sekarang.
Hafiz membetulkan duduk.
Silang kaki kiri, tidak kena.
Ditukar pula silang kaki kanan, juga tidak kena.
Hafiz mendengus perlahan, memarahi dirinya sendiri yang serba tidak kena pagi ini.
Tidak pernah dia rasakan seperti ini.
Bukan dia tidak pernah bertemu dengan seorang wanita bersendirian seperti ini.
Namun entah kenapa asal nama Dahlia Hana muncul, dia jadi seorang yang tidak yakin dan cepat panik.
Mata dipejam, nafas dihela dalam.
Hafiz cuba mencari sedikit ketenangan jiwa yang sedang kacau ketika ini.
Dia tidak mahu nampak seperti kera sumbang apabila berhadapan dengan Hana nanti.
Nafas dihembus perlahan lalu Hafiz membuka matanya perlahan.
"Hai!" Jantung Hafiz berdegup kencang.
Entah sejak bila wanita ini berada di depannya.
Rasanya tidak sampai seminit dia memejamkan mata tadi.
"You... you buat apa dekat sini?", tanya Hafiz tergagap-gagap.
Matanya mula meliar mencari susuk tubuh wanita yang dinanti.
"You tak kerja ke?", soalnya lagi.
Wanita di depan Hafiz hanya tersenyum lebar.
Lebihan kopi dalam cawan diambil lalu dihirup perlahan sambil matanya tepat memandang Hafiz.
"Are you expecting someone, sayang?", tanya Rina meleret.
Jelingan tajam serta senyuman sinis diberikan kepada suaminya ini.
Dari segi kelakuan Hafiz, Rina yakin suaminya ini sedang menunggu seseorang.
Dia sudah masak dengan perangai suaminya sendiri.
Hafiz mendengus kasar.
Sebal hatinya dengan Rina yang tiba-tiba muncul entah dari mana.
Sedangkan pejabat isterinya ini bukan di kawasan sekitar.
Hafiz segera bangun.
Beg sandang yang berisi laptop dicapai lalu digalas.
Hafiz terus berlalu meninggalkan Rina dengan persoalannya.

Sumber:Internet