Gelap

Aku Skandal 6

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Aku Skandal 6

. Hana melangkah laju menuju ke kafe yang dijanjikan.
Dia tahu, dia sudah lewat untuk bertemu lelaki itu.
Jam di pergelangan tangan kiri dikerling.
Sudah 10 minit berlalu dari masa yang dijanjikan pada lelaki itu.
"Ni semua salah tren! Boleh pulak tiba-tiba kau nak berhenti lama dengan Imbi tadi".
Terkumat-kamit mulut Hana memarahi kelewatan tren yang dia naiki tadi.
Langkah kakinya semakin laju tatkala kafe mula kelihatan.
Matanya terus meliar mencari kelibat Hafiz.
Doanya, semoga lelaki itu setia menanti.
Bukanlah Hana berharap sangat untuk menemui lelaki itu pagi ini, tetapi dia sudah berjanji.
Dan dia tidak suka memungkiri janji dengan sesiapa pun.
Lebih-lebih lagi Hana seorang yang menepati masa.
Jarang sekali dia lewat untuk sebarang temujanji.
Sepasang mata Hana meliar dari luar kafe.
Keadaan kafe agak lengang awal pagi itu namun kelibat Hafiz langsung tidak kelihatan.
"Dia kata dah sampai tadi.
Takkan dia tipu aku kot", bisik Hana perlahan.
Dia mengorak langkah memasuki kafe.
Matanya masih meliar tetapi kali ini di segenap pelusuk kafe pula.
Hampa! Tas tangan diseluk.
Tangannya meraba mencari telefon pintar yang disimpan di dalam tas tangan selepas turun dari tren tadi.
Skrin dinyahkunci lalu perbualan WhatsApp dengan Hafiz dicari.
Pantas jarinya menari di atas skrin, menaip sesuatu.
'Awak dekat mana? Saya dah sampai ni.
Sorry, lambat sikit' Mesej dihantar.
Lama Hana tenung skrin telefonnya.
Single tick.
Mesej itu tidak sampai kepada penerima.
Hana lepas keluh perlahan.
Hampa juga rasa hatinya apabila dia lambat tadi.
"Takkan merajuk kot mamat ni.
Aku lambat 10 minit je pun", omel Hana sendirian.
Kakinya terus melangkah menuju ke kaunter.
Dia mahu memesan secawan kopi sebelum ke pejabat kliennya, Encik Agil.
Jam pada skrin telefon dikerling sekali.
Jika dikira-kira, masih terlalu awal untuk ke pejabat Encik Agil.
"Ah.. lepak dulu lah dekat sini", bisik Hana dalam hati.
Sebiji roti manis dipesan sekali.
Dia tidak biasa bersarapan dengan makanan yang berat.
Selalunya dia hanya minum secawan kopi dan sekeping dua roti.
Cukup kenyang untuknya sehingga waktu makan tengah hari.
Sementelah lagi, jika berjumpa klien di sebelah pagi, selalu saja dia disajikan dengan pelbagai jenis kuih di pejabat kliennya.
Punggung dilabuhkan atas kerusi dekat dalam kafe.
Hana lebih suka memilih meja dekat dengan dinding cermin kerana dia gemar memerhatikan gelagat manusia yang lalu lalang di luar.
Ada yang langkahnya terlalu laju, sudah lambat mungkin.
Ada yang terkedek-kedek seperti itik pulang petang.
Pasti masih terlalu awal.
Ada juga yang berjalan santai sambil mata tertumpu pada skrin telefon.
Sikit pun tidak pandang ke depan.
Seoalah-olah auto-remote, ikut saja ke mana kaki melangkah! Hana tersenyum sendiri.
Melihatkan gelagat manusia di luar sana, kotak memorinya terimbau kenangan pertama kali bertemu dengan Najmi, lelaki yang menikahinya beberapa tahun lalu.
Pertemuan pertama mereka akibat perlanggaran tidak sengaja di depan bangunan pejabat Najmi di Bangsar.
Sebabnya, masing-masing ralit dengan telefon.
Hana ketika itu sedang mencari pejabat kliennya sambil sesekali melihat perbualan dengan klien dalam aplikasi WhatsApp.
Najmi pula, memang tengah ralit menatap skrin telefonnya.
Akibat perlanggaran itu, telefon kedua-dua mereka jatuh ke dalam longkang melalui lubang kecil yang ditutupi jaring besi.
Terkial-kial dua insan ini pada ketika itu untuk mengambil telefon mereka yang sudah terendam di dalam air longkang.
Dari perlanggaran itu, mereka mula mengenali satu sama lain dan bibit-bibit cinta mula tercipta.
Setahun berlalu, Hana dan Najmi mengambil keputusan untuk ke peringkat seterusnya.
Ikatan cinta mereka semakin memekar selepas mereka memeterai janji sehidup semati dengan satu ikatan yang sah.

Sumber:Internet