Gelap

Aku Skandal 8

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Aku Skandal 8

. HANA melihat sekali lagi pesanan ringkas yang dikirimkan Hafiz tengah hari tadi.
Hanya untuk memastikan dia berada di tempat yang betul.
Matanya melilau mencari susuk tubuh Hafiz apabila sudah dipastikan dia berada di tempat itu.
Gaun hitam labuh yang melitupi tubuhnya dibetulkan beberapa kali.
Rasa janggal pula berpakaian begitu namun demi memenuhi syarat dress code malam ini, dia turuti juga.
"Hish, menyampah pula aku dress ni.
Duduk diam-diam boleh tak?".
Rungut Hana dalam hati.
Dadanya berdebar semenjak tiba di tempat itu.
Begitu asing baginya.
Melihatkan susuk-susuk tubuh yang berada di situ, cukup membuatkan Hana berasa janggal.
Jauh benar beza gaya mereka dengan penampilan Hana.
Mujur Aqilah pinjamkan gaun labuh ini.
Hafiz tersenyum melihat gelagat Hana dari jauh.
Sengaja dia berdiri jauh dari tempat ketibaan tetamu di lobi.
Memang dia sengaja mahu melihat keletah wanita itu.
Hana seorang wanita yang sangat ringkas.
Sudah semestinya malam ini bukan malam yang digemari Hana.
Hafiz membetulkan tuksedo hitam yang dia pakai lalu melangkah penuh bergaya menuju ke arah Hana yang kelihatan agak kebingungan.
"Ehem!"Hampir saja telefon bimbit di tangan terlepas dari genggamannya apabila mendengar suara garau itu.
Hana segera berpaling.
"Awak ni! Nak saya mati kejung dekat sini ke?".
Seraya itu Hana bersuara.
Berdegup kencang dadanya.
Tanpa sedar, dia menarik muka masam.
"Halah.. halah.
Cute nya awak ni.
Marah ke tu..?", soal Hafiz sambil senyum meleret.
Hatinya terhibur dengan reaksi wanita ini tadi.
Dari tadi tangannya tidak berhenti membetulkan gaun yang dia pakai.
Memang jelas kelihatan Hana tidak selesa dengan pakaian yang dipakainya malam ini.
Hana tidak membalas pertanyaan itu sebaliknya hanya membatu di depan Hafiz.
Jantungnya yang berdegup kencang tadi masih juga tidak reda.
Ditambah apabila melihat ketampanan lelaki ini membuatkan Hana tidak keruan.
Namun dia tahan perasaan itu.
'I hope you are not someone's boyfriend or husband'.
Sempat juga dia titipkan harapan itu dalam hati.
Bukan kerana Hana mahu memiliki Hafiz.
Tetapi dia tidak mahu mencipta drama lain.
Cukuplah dengan apa yang berlaku dalam rumahtangganya.
"Shall we?", tanya Hafiz sambil menghulurkan tangan kanannya.
Hana teragak-agak untuk menyambut huluran tangan Hafiz namun kemudian memaut lengan lelaki itu.
Hafiz tersenyum lebar.
Dia berasa bangga berdampingan dengan wanita ini pada malam ini.
"By the way, ada event apa sebenarnya ni?", soal Hana seakan berbisik.
Tidak mahu pertanyaannya itu didengari tetamu lain.
Hafiz tersengih mendengar soalan itu.
Sudah tentu pelbagai persoalan bermain di fikiran Hana ketika ini.
Sewaktu dia mempelawa Hana ke majlis ini, Hafiz langsung tidak memberitahu Hana mengenai majlis yang bakal dia hadiri meski berkali-kali wanita itu bertanya.
****HANA sudah tidak selesa dengan suasana malam itu.
Terlalu asing baginya.
Sungguh dia tidak menyangka malam itu adalah majlis reunion sekolah Hafiz.
Dan yang paling mengejutkan Hana, suaminya Najmi juga merupakan bekas pelajar sekolah yang sama.
Cuma Najmi merupakan senior Hafiz dan majlis malam ini hanyalah untuk batch Hafiz saja.
Dan Hana juga bernasib baik kerana Najmi berada di Terengganu ketika ini atas tuntutan kerja.
"Gila! Ni memang gila.
Harap-harap tak ada junior Najmi yang kenal aku", gumam Hana dalam hati.
Sakit juga hatinya dengan sikap Hafiz.
Bahu Hana terenjut apabila terasa sesuatu melingkari pinggangnya.
Lantas dia berpaling ke sisi kanannya.
Hafiz tersengih memandang wajah sugul Hana.
Dia sepatutnya tahu bahawa wanita ini sedang marah.
Melihatkan susuk tubuh Hafiz, Hana segera menepis tangan Hafiz yang mula melingkari pinggangnya.
Hafiz tertawa.
Dia tahu Hana sebal dengannya.
"Marah sangat usik Hafiz meleret.
Matanya liar memerhati segenap pelusuk wajah mulus Hana.
Bibir Hana mula memuncung.
Sakit hatinya dengan Hafiz masih belum reda.
"Awak memang suka buat macam ni kan? I thought it is a special dinner.
Just two of us!", balas Hana kasar.
Terburai tawa Hafiz melihat gelagat Hana.
Hampir tiga bulan mengenali wanita ini, Hafiz mudah saja terhibur dengan perangai Hana.
Hafiz mendekat bibirnya ke telinga Hana lalu berbisik, "Malam ni pun special when there is you..."Hana kaku mendengar bisikan lembut Hafiz itu.
Dengan suara jantannya, cukup membuatkan jantung Hana berdegup kencang.
Seketika dia berpaling memandang Hafiz apabila terasa sesuatu singgah di pipinya.
Segera tangan Hana meraba pipinya.
Hafiz tersenyum mesra lalu kenyitkan mata.
"Kenapa awak ni?".
Tanya Hana bingung.
Tidak marah, tidak juga suka.
"Nothing.
Saya suka tengok reaksi awak", balas Hafiz selamba.
Dia duduk di kerusi sebelah Hana.
Matanya melirik memandang wanita di sebelahnya ini.
Cantik sungguh!"Saya tak selesa lah, Mika.
Lama lagi ke majlis awak ni...?", soal Hana perlahan.
Dalam hati, dia mahu segera keluar dari dewan yang serba mewah ini.
Hafiz kerling jam di tangan.
Sudah jam 10 malam.
Dia juga bosan berada di majlis seperti ini.
Namun kerana sesuatu, dia paksa diri untuk hadir.
"Kalau kita balik sekarang, macam masih awal je.
Awak ada plan nak lepak mana-mana ke?", soal Hafiz meleret dengan senyuman nakal.
Hana mencubit lengan sasa Hafiz.
Terkadang dia geram dengan sikap nakal Hafiz.
"Ketam!""Padan muka! Dah lah.
Saya nak balik.
Bye!"Hafiz kaget apabila melihat Hana melangkah laju meninggalkannya lalu menuju ke pintu di belakang dewan.
"Hana, tunggu saya!", laung Hafiz namun tidak didengari Hana.
Hafiz lajukan langkah untuk mengejar Hana.
Dia masih mahu bersama Hana malam ini.
Setidaknya, bukan sekarang masanya untuk melepaskan Hana pulang ke rumah.
*****"Awak nak bawa saya pergi mana ni, Mika?"Dahi Hana berkerut saat bertanyakan soalan itu kepada Hafiz yang kusyuk memandu di sebelahnya.
Puas juga Hafiz memujuk Hana tadi untuk pulang bersamanya.
Mata Hana masih meliar memandang arah jalan yang dituju Hafiz.
Ini bukan jalan ke rumahnya.
Malah, kereta yang dipandu Hafiz sudah memasuki Lebuhraya Utara Selatan menuju ke utara.
Hafiz menggenggam jemari Hana.
Sejuk.
Dia tahu Hana pasti takut.
Hana hanya memerhati Hafiz membawa jemarinya ke bibir lalu dikucup.
Hana hanya membiarkan.
Tiga bulan mengenali lelaki ini, itulah yang dia lakukan setiap kali mereka bertemu dan berpisah.
Entah kenapa Hana rasakan tiada yang salah meski dia sendiri tahu statusnya sebagai isteri lelaki lain.
"Awak percayakan saya?".
Tanya Hafiz tiba-tiba.
Hana diam.
Entah mahu percaya atau tidak.
Namun sepanjang tempoh perkenalan mereka, tidak pernah sesekali Hafiz bertindak di luar jangkaan Hana.
Hana jungkit bahu dan membalas, "Entah"Ringkas.
Hafiz tersenyum nipis.
Dia tahu Hana sedang berperang dengan perasaan.
Masakan Hana mahu percayakan dia sedangkan dia kini sedang memandu menuju ke Pulau Pinang.
"You need to trust me, Hun""Why?"Cepat saja Hana bertanya kembali.
Hafiz melirik ke arah wanita di sebelahnya ini.
"Becau We're going to Penang"Hafiz sudah tidak mahu berteka-teki dengan Hana.
"What?!"
Sumber:Internet