. "Sah?" "Sah" "Sah" "Sah" "Alhamdullilah.
" Datin Rudina menintiskan air mata.
Alyysa yang melihat mama menangis, turut sama sayu.
Kahwin sudah kakaknya ini.
Butir butir air mata terlihat jatuh ke pipi mulus Alyysa.
Kalau lah umi dan ayah ada lagi, mereka lah orang yang paling gembira hari ini.
Dari kejauhan, mata Aydeen tak lepas daripada memandang Alyysa.
Cantik sungguh kekasih hatinya ini pada hari ini.
Dengan baju kurung moden berwarna biru cair dipandankan dengan selendang putih, seperti bidadari.
Lengan Aydeen ditepuk.
"Fokus sikit.
Bukan lari mana pun dia.
" Khaliq bercanda.
Bukannya dia tak perasan adiknya dari tadi memandang buah hati yang jauh di hati dekat di mata itu.
Aydeen tersengih.
Kelihatan para tetamu lain sudah beransur keluar daripada ruang ini.
Pengantin pula terburu buru mengikut mak andam masing masing untuk menyalin baju persandingan dan menukar makeup di wajah.
Tetamu belum ramai lagi.
Hanya ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja yang datang utuk majlis pernikahan ini.
Selebihnya tetamu akaj datang pada jam 12 tengahari sehingga jam 6 petang nanti.
Aydeen masih terjungkit jungkit mencari kelibat Alyysa.
Tadi dirasakan ada bersembang bersama umi, tiba tiba ghaib pula.
Batang hidung umi juga tidak kelihatan.
"Cari siapa?" Sapa satu suara.
Aydeen menoleh.
Kelihatan adiknya, Khaleeda bersama Maisarah adik Faris.
"Cari Kak Alyys eh?" Maisarah meneka.
Alyys adalah nama panggilan mereka terhadap Alyysa.
"Erm..." Aydeen mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Tadi Khal nampak Kak Alyysa ikut Kak Deena masuk bilik.
Dia teman Kak Deena makeup kot.
" Khaleed menyedapkan hati abangnya.
"Mai pun rasa macam tu.
Abang Aydeen jangan risau eh, Kak Alyys tak lari mana pun.
" Maisarah mengusik Aydeen lalu menarik tangan Khaleeda untuk pergi.
Aydeen menghela nafas.
Telefon dikocek seluar di ambil.
Instagram dibuka dan instagram story Alyysa dibuka.
Satu persatu gambar selfie Alyysa ditilik.
Tersengih sengih sendirian dibuatnya.
Belum puas menatap gambar Alyysa, dilihatnya lagi dan lagi.
Tiba tiba satu panggilan telefon masuk.
Nama ayah tertera disitu.
Butang hijau di-slide ke tepi.
"Kamu kat mana Aydeen? Keluar kejap, kawan ayah nak jumpa kamu ni.
" Tengku Hameed bercakap di corong telefon.
"Ada kat dalam lagi pa, kejap kejap Aydeen keluar pa.
" Talian dimatikan.
Aydeen segera memakai kasut dan menuju ke bawah kanopi.
Disitu terlihat papa, Dato Megat dan beberapa kenalan mereka.
Setelah selesai berborak beberapa perkara berkaitan kerja, Dato Megat dipanggil.
Nampaknya majlis sudah hendak bermula.
Sudah pukul 12 tengah hari.
Ramai tetamu dilihat sudah masuk keparkarangan rumah agam Dato Megat dan Datin Kartini ini.
Aydeen ralit melayan anak anak kecil yang merupakan anak saudara Aizat bermain.
Dia memang sukakan budak budak.
Dalam melayan, mata Aydeen tidak diam mencari kelibat Alyysa.
Serasanya sudah lama tidak dilihat wanita itu.
"Aydeen.
Tolong I angkat ni pergi depan kejap.
" Tegur satu suara.
Aydeen menoleh.
Alyysa rupanya.
Cantik.
Lebih cantik dari tadi.
Nampaknya Alyysa menukar baju.
Patutlah Aydeen tak nampak kelibatnya tadi.
"Hello?" Alyysa memicit jarinya menyedarkan Aydeen dari lamunan.
"Are you here, Tengku Aydeen?" "Ouh er... sorry.
Nak bawa pergi mana ni?" "Letak kat sebelah khemah sambut tetamu tu.
Mama said they need extra table.
" "Okay.
" Aydeen menurut.
"Thanks Alyysa and Aydeen.
" Mama menepuk perlahan badan Alyysa.
Alyysa mengangguk tersenyum.
Mujur la hari tidak terlalu panas.
Bukannya hendak hujan tetapi cuaca memang redup sahaja hari ini.
Tidak lah terasa panas.
Selesai menghantar meja.
Alyysa hendak masuk ke rumah semula mengambil telefon.
Pantas lengannya ditarik oleh Aydeen.
"You nak pergi mana?" Soal Aydeen.
"Masuk dalam jap, ambil handphone.
" Alyysa menarik lengannya dari pegangan Aydeen.
"Why?" "Ouh.
Teman I makan jom.
Lapar.
" Aydeen mengajak Alyysa makan.
"Ermm... okay..." Alyysa tersengih.
"But lemme take my handphone first.
You tunggu kat bawah khemah tu.
" Jari Alyysa menunjuk ke sebuah meja yg masih kosong.
"Cop tempat tu dulu hehe.
" "Okayyy.
" Aydeen tersipu sipu malu.
Selesai mengambil handphone Alyysa bergegas untuk turun.
Adeena masih sibuk berhias didalam bilik pengantin ditemani oleh Maisarah dan Khaleeda.
2 sekawan itu.
Rapat bak isi dan kuku.
Alyysa yang sudah siap dimakeup dan menukar baju menawarkan diri untuk melihat persiapan di luar.
Setelah keluar dari rumah, dilihat semakin ramai tetamu membanjiri perkarangan rumah.
Kenalan Mama dan papa bukan sikit sikit bilangannya.
Puas Faris dan Adeena memujuk mama untuk melakukan majlis di hotel tetapi ditolak sekeras kerasnya oleh mereka.
Mereka mahu semuanya diselesaikan di rumah ini sahaja.
Lagi pula halaman rumah ini saja sudah hampir sebesar padang bola.
Kelibat Aydeen di cari.
Setelah menjumpai gerangan si jejaka, Alyysa pantas menuju ke arahnya.
"Jom makan.
" Alyysa menegur Aydeen yang sedari tadi melihat telefon.
"Erm... I ambil makanan dulu.
You duduk sini eh.
" Alyysa mengangguk.
Aydeen bangun mengambil makanan.
Telefon bimbitnya ditinggalkan diatas meja.
Sambil sambil menunggu, mata Alyysa meliar melihat tetamu yang semakin ramai.
Sebentar lagi pengantin akan keluar untuk diarak.
Alyysa akan menjadi pengapit kepada Adeena.
Sedang leka, telefon bimbit Aydeen berbunyi menandakan panggilan masuk.
Tertera number tidak dikenali disitu.
Alyysa pantas mengangkat lalu telefon disua ke telinga.
"Hi kenapa I chat tak baca pun.
Satu tick je.
You block number lama I ke?" Suara manja gedik mengada si pemanggil memekik dihujung talian.
Alyysa hanya diam.
"I terpaksa pakai number lain ni nak call you.
Luckily you angkat.
" Alyysa masih diam.
"Hello?? Aydeen you dengar tak? You kat mana ni? Kenapa riuh sangat tu?" Soalan ditanya bertubi tubi.
Alyysa hanya diam membatu, telefon Aydeen dijauhkan dari telinga dan panggilan dimatikan.
Tidak lama kemudian Aydeen datang bersama pinggan berisi makanan.
Aydeen yang melihat telefonnya menyala, hairan.
Baru hendak bertanya, Alyysa terus memberitahu.
"Ada perempuan call tadi.
Dia tanya you kat mana and kenapa tak balas chat dia.
" Alyysa membuat muka jelek.
"Dah lah, you makan sorang sorang.
I nak masuk dalam.
Panas la.
Cair makeup I nanti.
" Alyysa mengangkat punggung ingin pergi.
Aydeen memegang lengan Alyysa.
" Alyy Aydeen merayu.
Alyysa merentap tangannya.
Dia segera mengangkat kaki mengatur langkah menuju ke dalam rumah.
Nak kata sakit hati? Sakit la juga.
Tapi Alyysa malas mahu ambil peduli.
Biarlah.
Sumber:Internet