. Hari Sabtu begini biasanya Alyysa akan berjogging di taman.
Tapi hari ini dirasakan amat malas untuk dirinya mengeluarkan peluh.
Jam sudah pukul 9 pagi.
Sesudah solat subuh tadi dia boleh tertidur.
Tengah hari nanti keluarga Faris mengajak datang kerumah mereka untuk makan bersama.
Pintu diketuk.
"Oi.
Tak jogging ke?" Adeena bertanya sambil duduk di birai katil Alyysa.
Selimut yang menutup keseluruhan badan Alyysa ditarik kuat.
Alyysa merengus.
"Tak.
Malas.
" Sejuk menikam kulit badan Alyysa.
Air-cond dilihat.
Lah patutlah.
Dia menghidupkan air-cond selepas subuh tadi kerana kipas syilingnya tidak boleh hidup.
Alyysa yang hanya bercamisole pendek satin berwarna biru cair cepat cepat menarik selimutnya kembali.
"Nape dik? Demam ke? Kau dah janji nak ikut aku pergi rumah mama.
" Adeena bertanya.
"Taklah.
Aku cuma malas je nak jogging pagi ni.
" Alyysa balas lalu membuka selimut semula.
"Kipas kau rosak balik eh? Esok aku suruh orang bela eh.
Aku ada beli breakfast tadi.
Makan tau.
" "Okay.
Thanks Deena.
" Alyysa bangun.
Telefon Iphone 11 Pro Max nya dicapai.
3 mesej daripada Aydeen dan 6 miscall daripada Aydeen juga.
Mesej Ayden dibaca.
'Good morning baby' 'I miss you' Miscall.
'Kenapa I call tak angkat? Angkat please baby.
Bangun bangun.
Miscall.
Miscall.
Miscall.
Miscall.
Miscall.
Nafas dihela.
Dia tertidur selepas bangun subuh tadi.
No telefon Aydeen didail.
'Hello' 'Hello baby' suara garau Aydeen menyambut.
'Mana you pergi, I call tak angkat pun.
Time subuh I tengok you online je but I tak sempat nak call you.
'I tertidur lepas subuh tadi.
Sorry.
' 'Patutlah.
I miss you baby.
What your plan today?' Aydeen menyoal.
'I nak pergi rumah keluarga Faris.
Mama dia ajak makan makan.
' Aku sudah menceritakan perihal keluarga Adeena kepada Aydeen.
Tentang keluarga aku juga.
Soal Aydeen? Aku juga sudah menceritakan kepada Adeena.
Dia menyokong sahaja aku untuk bersama dengan Aydeen.
Dia juga ada menyuruh aku mengajak Aydeen makan nanti di rumah mama.
Tapi aku rasa masih awal lagi untuk aku memperkenalkan hubungan kami kepada orang lain.
Entahlah aku juga tak pasti kerana aku melayan Aydeen sama sahaja seperi sebelum kami bercinta dahulu.
Aku masih segan dan meletakkan jarak di antara kami berdua.
Cuma Aydeen sahaja yang beria.
Kadang aku rasa serba salah juga tapi apa boleh buat.
'Ouh.
I nak ikut boleh?' Aydeen menyoal lagi.
'Erm Aydeen... I tak ready lagi nak kenalkan you dengan dorang.
' Aku balas jujur.
'Its okay, I faham.
' Suara Aydeen mengendur.
' sayang.
I janji lepasni I bawak you jumpa family Faris.
Promise.
' Aku memujuk bersama suara comel.
'Okay baby.
' Talian dimatikan dan aku bangun untuk mandi dan menyiapkan diri ke rumah mama.
Hubungan aku dan Aydeen? Baik baik sahaja.
Aydeen sudah membawa aku berjumpa dengan keluarganya.
Alhamdullilah keluarga Aydeen menerima aku.
Cuma adik bongsunya sahaja belum aku temui kerana dia berada di luar negara sekarang.
Aydeen pernah menyatakan hasratnya untuk mengikat tali pertunangan dengaku tetapi aku tolak dengan alasan hubungan kami masih baru.
Kami berangkat ke rumah keluarga Faris.
Adeena kelihatan amat teruja sekali.
Sesampai kami di rumah agam itu, kelihatan Dato Megat dan Datin Rudina sedang menunggu kami.
Kereta diparkir dan aku segera bergerak menyalam mama dan papa.
Mama memeluk aku erat dan lama.
Sumber:Internet