. Tahun 2011 telah membawa aku melangkah ke alam persekolahan di sekolah baharu dek kerana kejayaan aku dalam PMR yang melayakkan aku ke sekolah yang terletak di timur Malaysia.
Terdetik rasa gembira dan bangga kerana berjaya dengan cemerlang dalam PMR, cuma sedikit hiba kerana terpaksa berpisah dengan ibu bapa.
Aku ke sekolah ini atas kerelaan aku sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak kerana prestasi sekolah yang membuatkan aku mengambil keputusan ini.
"Assalamualaikum, pak ngah.
Akmal ini pak ngah" aku memberi salam sambil mengetuk pintu rumah pak ngah.
"Waalaikumussalam, Mal.
Bila kamu sampai kenapa tak call pak ngah tadi.
Boleh pak angah ambil kamu dekat terminal tadi.
", kata Pak Uzair "Saya ini tak nak susahkan pak ngah.
Lagi pun ayah memang dah bekalkan duit untuk naik Maxim",jawab aku sambil mengangkat dua beg yang berisi pakaian dan alatan persekolahan.
"Yelah Mal, tak apalah janji kamu selamat sampai.
Kamu masuk dulu pak ngah nak ke bandar ini mak ngah kamu itu pesan barang dapur", kata Pak Uzair sambil menuntun motosikal keluar daripada pagar.
"Baik boss, hati-hati pak ngah", kata aku sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
Di sini aku menumpung di rumah ayah saudara Pak Uzair dan isterinya Makcik Halimah.
Kalau mengikut surat tawaran, pihak sekolah telah menyediakan bilik asrama untuk aku tinggal di sana tetapi setelah ibu bapa aku berbincang dengan pihak sekolah.
Mereka memutuskan supaya aku tinggal bersama mereka daripada tinggal di asrama sekolah.
"Tentu kamu penatkan Mal, ini mak ngah bawakan kamu oren juice", tegur Makcik Halimah sambil membawa segelas air oren.
"Terima kasih mak ngah.
Tahu-tahu je yang saya ini haus", usik aku sambil meminum air oren.
"Sama-sama kasih.
Mal tak yah panggil mak ngah panggil je ibu, lagi pun kami yang paksa kamu tinggal disini", kata Ibu.
Keputusan itu juga dipengaruhi atas desakan Pak Uzair dan isterinya.
Bagi aku pula sebenarnya tiada masalah pun untuk tinggal bersama mereka kerana aku faham yang sebenarnya mereka berdua sunyi kerana sekarang tiada siapa di rumah selain mereka suami isteri.
Anak sulungnya Aqil sekarang berada di selatan Malaysia sedang menyambung pelajaran Ijazah Sarjana dalam jurusan perakaunan sementara Amy anak bongsu mereka sekarang berada di Kuala Lumpur mengikuti Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran di sebuah Universiti terkenal di Malaysia.
"Baik ibu.
", senyum aku kepada ibu"Ibu, bilik Akmal dekat mana? Mal nak letak barang-barang semua ini.
"Ha lupa ibu, kamu terus ke dapur sebelah kanan ada satu bilik.
Ha situ bilik kamu", terang ibu sambil menunjukan arah kepada aku.
Tambahan pula sebenarnya memang aku tak nak tinggal di asrama sekolah kerana nanti aku akan terikat dengan jadual asrama yang padat tetapi pihak sekolah juga meletakkan syarat yang jikalau keputusan peperiksaan aku teruk aku terpaksa masuk ke asrama semula.
Sumber:Internet