. ~Jaga diri-diri elok2 Mal, Ayah balik dulu~ Itu kata-kata ayah sebelum melangkah ke dalam kereta dan memecut pulang ke Kuala Lumpur.
Hujung minggu lalu aku gunakan sepenuhnya bersama ayah dan sempat jugalah aku beli sedikit barangan peribadi.
Sedikit masa itu, kami sempat berkongsi segala cerita sepanjang sudah seminggu aku berada di sini.
Aku berkongsi aktiviti yang aku lakukan bersama Pak Ngah, Mak Ngah dan sedikit cerita yang berlaku di sekolah.
Malang itu perjumpaan ini, emak tak dapat hadir kerana ada last minit call daripada syarikatnya jadi terpaksalah ayah keseorangan datang melawat.." lah pula ayah nak datang melawat lagi ?" luah aku sambil melangkah masuk ke dalam kelas 4B.
Melangkah ke sekolah hari ini bermakna lengkaplah seminggu aku bersekolah di sini dan tidak dinafikan bersekolah di sini memang seronok.
Suasana yang tenang terletak di pinggir bandar membuatkan perjalanan ke sekolah sangat lancar tanpa sebarang lampu isyarat.
Tambahan pula jarak kawasan perumahan Pak Ngah dan sekolah hanya 2 km sahaja dan aku hanya berbasikal sahaja.
Sememangnya aku sangat bertuah walaupun aku menolak asrama tetapi setakat ini berulang alik tidak menjadi beban untuk aku.
Lagi pun aku terdengar ada khabar angin mengatakan asrama sekolah ini agak 'keras' atas sebab yang aku sendiri tidak peduli sangat.
"Wei, Akmal kerja teacher Aimy kau dah siap ?" Terdengar satu suara yang lantang dari arah pintu memanggil nama aku.
"Aqil kenapa tak cakap depan mic sekolah je terus?" Sahut aku sambil mengelengkan kepala.
"Hahaha, sorry lah Mal aku teruja jumpa kau.
Dua hari tak jumpa kau.
" Kata Aqil sambil menarik kerusi dan duduk di sebelah aku.
Aqil, manusia pertama yang tegur aku sewaktu hari pertama persekolahan minggu lepas.
Aqil ini boleh kata senior asrama jugalah sebab daripada tingkatan 1 lagi memilih untuk tinggal di asrama padahal Aqil ini orang sini je mungkin ada sebab tertentu yang memungkinkan dia memilih asrama daripada ulang alik.
Fizikal Aqil ini sedikit besar daripada aku (70kg)ย tetapi sedikit rendah mungkin dalam 170cm dan sangat aktif dalam ragbi.
Buktinya sesi perhimpunan minggu lepas, pengetua mengucapkan tahniah kepada Aqil kerana terpilih memasuki pasukan negeri untuk bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) untuk tahun ini.
"Hahaha yalah Qil, ini mesti ada apa-apa kan ?" Soal aku sambil membuka beg aku.
"Hehehe, kalau kau dah siap, aku nak copy boleh tak? Semalam seharian latihan Mal, balik asrama aku terus tidur tak larat nak buka buku" luah Aqil sambil membuka buku latihannya yang jelas kelihatan kosong dan hanya ada tarikh dan hari sahaja.
"Berat alasan kau ini, nah buku.
Kau copy lah tapi jangan copy 100% pula tukar-tukar lah sikit.
Ini kalau kantoi sakit kita" jelas aku.
"Terima Kasih Encik Akmal, jasa mu akan ku kenang" usik Aqil sambil mula menyalin pada buku latihannya.
Suasana di kelas agak riuh rendah dengan masing-masing membuat kerja masing-masing.
Ada yang sibuk berbual, ada yang membersihkan kelas, ada yang sedang meniru kerja kawannya dan aku tertarik dengan perbualan dua susuk perempuan di hadapan meja aku.
Perbualan yang agak tegang dengan masing-masing menunjukkan mimik muka yang agak serius serta intonasi mereka agak kuat tetapi masih dalam keadaan berbisik.
Aku cuba menangkap tiap kata-kata yang keluar daripada mulut dua orang perempuan dan hasilnya aku mendengar perkataan 'rasuk', 'pokok' dan 'asrama'.
Aku terdiam memikirkan apa yang berlaku dekat asrama? hujung minggu lepas ada kes rasuk ke? Apa kaitan dengan pokok pula?"Qil, semalamย lepas ada kes rasuk ke dekat asrama?" Soal aku sambil memandang Aqil.
"Eh mana kau tahu ? Haah ada tak silap aku malam sabtu.
Asrama perempuan, budak tingkatan 1 tapi tak pelik pun biasalah budak baru masuk asrama" terang Aqil dengan tenang sambil khusyuk menyalin.
Sumber:Internet