Gelap

Bukan Isteri Sempurna 13

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Bukan Isteri Sempurna 13

. Suasana pasaraya DZMS Mall yang kebiasaannya hingar bingar dengan suara pengunjung pada siangnya sudah semakin reda menjelang malam.
Kebanyakan pengunjung biasanya sudah berehat-rehat di rumah apabila jam menginjak ke pukul sepuluh.
Pasaraya tersebut juga sudah berhenti beroperasi sejak setengah jam yang lalu.
            Sementara di bahagian pejabat pentadbiran yang terletak ditingkat paling atas bangunan pasaraya, telah berkumpulnya beberapa kumpulan pekerja pasaraya yang terdiri daripadacashier, sales assistant, promoter, kerani-kerani dan supervisor dari bahagian-bahagian pentadbiran pasaraya.
            Selalunya pentadbiran pasaraya akan menetapkan supaya diadakan check stok sebanyak dua kali setahun.
Pada malam itu, Senior Executive Officer dari bahagian administration Encik Khairy telah mengarahkan semua staff turun padang untuk membuat pemeriksaan stok kali pertama untuk tahun tersebut.
            Daniel Arman berdiri sambil memeluk tubuh disudut paling hujung bilik mesyuarat sambil mendengar penerangan dari Mimi, kerani dari bahagian admin.
 Penampilan Daniel Arman lebih santai dengan jeans biru yang dipadankan dengan kemeja T berwarna hitam.
            “Okey, semua faham dengan skop tugasan masing-masing?” Soal Mimi usai memberikan taklimat ringkas tadi.
            Suasana senyap seketika menandakan semua yang hadir faham akan penerangan yang baru diberikan.
            “Saya kat bahagian mana?” Celah Daniel Arman tiba-tiba bila namanya tidak disebut oleh Mimi semasa membacakan pembahagian kerja tadi.
            “Encik Arman tiada dalam senarai, bukan ke Encik Arman datang untuk pemantauan sahaja?” Soal Mimi pelik.
Sebelum ini pun Daniel Arman tidak pernah turut serta dalam pemeriksaan stok seperti itu.
            “Saya dah bagitahu Encik Khairy, saya nak join.
” Kata Daniel Arman lagi.
            “Kalau macam tu, Encik Arman pilih la nak check bahagian mana.
Semua bahagian dah ada cukup orang, kalau Encik Arman nak join juga, terpulanglah.
Encik Arman boleh pilih sendiri.
” Sambung Mimi.
            “Nina bahagian mana?” Soal Daniel Arman, matanya dilirik ke arah Nina.
Walhal dia sendiri sudah tahu dibahagian mana Nina ditempatkan kerana sudah dimaklumkan Mimi sebentar tadi.
            “Cik Nina ikut Encik Ahmad Abdullah, kat bahagian Baby and Children.
” Jawab Mimi sejurus memeriksaboard ditangannya.
            “Kalau macam tu, saya join Nina la.
” Ucap Daniel Arman.
Sekali lagi matanya dilirik ke arah Nina.
            Nina melarikan anak mata apabila Daniel Arman memandang tepat ke wajahnya.
Dia tidak pasti apa tujuan Daniel Arman mahu turut serta dalam pemeriksaan stok kerana setahunya hanya kakitangan bawahan sahaja yang terlibat.
Semua Executive tidak terlibat secara lansung.
Hanya bertugas memberi arahan sahaja.
Kalau diikutkan, dia sendiri tidak terlibat tetapi dia menawarkan diri untuk membantu.
            “Kalau semua dah faham, bolehlah bergerak ke bahagian masing-masing.
” Kata Mimi lagi.
Sebagai kerani di bahagian administration, dia bertanggungjawab untuk memastikancheck stok kali itu berjalan dengan lancar.
Nina mengira jumlah baju bayi berjenamaFiffy yang tersusun rapi diatas rak, dia kemudiannya memeriksa nombor siri yang terdapat di tag harga baju tersebut dan dipadankan dengan nombor pada kertas yang dilekatkan pada board yang dipegang ditangannya.
Apabila memastikan nombor siri tersebut padan, Nina akan tick pada ruangan yang disediakan.

Sumber:Internet