Gelap

Bukan Isteri Sempurna 18

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Bukan Isteri Sempurna 18

. Sofea berjalan cepat-cepat menghampiri meja Nina apabila dia menyedari Nina sudahpun tiba di pejabat.
Hatinya meronta-ronta tidak sabar untuk mengkhabarkan gosip terbaru syarikat.
Begitulah kebiasaannya sikap Sofea, pantang ada berita panas, dia akan jadi penyampai dan orang bertuah pertama yang akan dikhabarkan berita itu semestinya tidak lain dan tidak bukan ialah Nina.
            “Akak-akak, akak dah tahu cerita ke belum?” Soal Sofea tidak sabar.
            “Cerita apa?” Soal Nina sambil menyusun atur beberapa dokumen di atas meja yang tidak sempat dikemaskan pada hari sebelumnya.
            “Akak tahu tak yang Encik Khairy dinasihatkan berhenti?” Beritahu Sofea seraya mengambil tempat disisi Nina.
memang dia pasti Nina tidak tahu menahu akan hal itu.
Dia tahu pun sebab eksekutif kanan bahagian pentadbiran itu merupakan teman rapat abang kandungnya.
Melalui abang kandungnya jugalah dia memperoleh cerita tersebut.
            “Betul ke berita Phia ni, tak kan la Encik Khairy yang dah lama berkhidmat kat sini diminta berhenti?” Tanya Nina hairan, manalah tahu kalau-kalau berita Sofea cuma khabar angina semata-mata.
            “Betul kak, abang ngah saya kawan rapat dengan Encik Khairy, dia kata Encik Khairy yang bagitahu dia, hari ni Encik Khairy akan kemaskan barang-barang dia.
”             “Betul ke Phia ni?” Soal Nina lagi, tidak percaya dengan berita yang baru dia dengar itu.
            “Siapa yang arahkan dia berhenti, Encik Arman ke?” Soal Nina lagi.
Kalau mengikut pertimbangan dia, tidak mungkin Daniel Arman tergamak melakukan begitu.
Tambahan pula Encik Khairy sudahpun berkeluarga, isteri Encik Khairy juga tidak bekerja.
Kalau benar berita yang disampaikan oleh Sofea itu, memang malang sungguh nasib Encik Khairy.
Desis Nina dalam hati.
            “Phia rasa bukan Encik Arman la kak.
Lagipun, kan Encik Arman tak masuk office dalam seminggu ni.
Phia rasa tentu ni kerja Datuk Zainudin.
Encik Arman tak kan sampai hati nak pecat Encik Khairy.
Kalau Datuk Zainudin tu Phia percaya la.
Lagipun Mall ni pun memang masih dibawah pegangan Datuk Zainudin, Encik Arman cuma uruskan sahaja.
” Sambung Sofea, siapa tidak kenal dengan Datuk Zainudin dan kes begitu memang bukan julung-julung kalinya berlaku, sudah beberapa kali kes seumpama itu berlaku.
Dan selalunya Datuk Zainudin lah yang bertanggung jawab.
            Nina terdiam, saat terdengar nama Datuk Zainudin dia rasa takut.
Entah kenapa, ingatannya diimbau kembali saat pertemuannya dengan Datuk Zainudin suatu waktu dahulu.
Rasa masih segar lagi diingatannya tentang layanan dingin dan bicara sinis Datuk Zainudin terhadapnya dulu.
Datuk Zainudin memang tidak pernah menyenangi kehadirannya dalam keluarga mereka.
Itu Nina benar-benar pasti.
            Kalau Datuk Zainudin tahu dia kini sudah menjadi pekerja bawahan lelaki itu, adakah nasibnya akan sama seperti Encik Khairy.
Soalan Nina hanya terluah dalam hatinya sahaja.
Tanpa sedar Nina mengeluh.
            “Akak okey?” Tanya Sofea apabila terdengar Nina mengeluh.
            “Okey.
” Jawab Nina sepatah.
Soalan Sofea mengejutkan dirinya dari lamunan.
            “Ke akak ada masalah?” Soal Sofea lagi.
Wajah mendung Nina membuatkan dia rasa curiga.
            “Akak okey, cuma kesian dekat Encik Khairy.
” Dalih Nina.
            Perbualan mereka terhenti apabila kelibat Daniel Arman melintasi meja Nina.
            “Morning Encik Arman.
” Sapa Sofea mesra.

Sumber:Internet