Gelap

Bukan Isteri Sempurna 6

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Bukan Isteri Sempurna 6

. BAB 8                                                                                Suasana di kelab dangdut itu cukup membingitkan telinga dengan suara-suara sumbang lelaki separuh abad menyanyi.
Datuk Zainudin sedang duduk menikmati air minuman bersama-sama dengan rakannya yang lain, di sisi mereka terdapat beberapa orang gadis muda yang menemani.
Datuk Zainudin sendiri ditemani seorang gadis muda.
Wajahnya yang cantik dan penampilannya yang seksi menyebabkan Datuk Zainudin lupa diri.
Semenjak dia mula berjinak-jinak dengan kelab dangdut, dia sudah mula ketagihan.
            Datuk Zainudin kemudian bangun dari duduk.
Dia melilitkan tangannya dipinggang gadis muda itu.
            “Sayang, jom kita nyanyi.
” Saran Datuk Zainudin apabila salah seorang rakannya selesai menyanyi.
            Zara hanya tersenyum manja.
Liuk lintuk tubuhnya sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian Datuk Zainudin.
Kalau tidak kerana poket Datuk Zainudin yang dipenuhi dengan duit, dia tidak ingin melayani kerenah lelaki tua itu.
Dia lebih suka kalau clientnya terdiri daripada lelaki-lelaki muda yang kaya.
Tetapi semenjak Datuk Zainudin menjadi pengunjung setia di situ, dia lebih kerap diminta untuk melayani Datuk Zainudin.
Dia tidak merungut malah melihat peluang itu sebagai lubuk emas kepadanya.
Dia bukannya bodoh untuk melepaskan semua itu.
            Datuk Zainudin menjeling nakal ke arah Zara.
Cara Zara berpakaian dan berjalan membuatkan hati lelakinya cair.
Walaupun Zara lebih muda, hampir sebaya dengan anak-anaknya tapi dia tidak kisah.
            Sejak kebelakangan ini dia juga sudah jarang mengambil tahu tentang urusan perniagaannya.
Masanya banyak dihabiskan untuk bersama Zara.
Urusan bisnes diserahkan bulat-bulat kepada Daniel Arman.
Anak lelakinya itu walaupun bukan anak kesayangannya namun Daniel Arman telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.
Untuk itu dia bersyukur kerana segala urusan perniagaannya diuruskan oleh Daniel Arman seorang.
            Datuk Zainudin juga sudah semakin alpa dengan tanggungjawabnya terhadap Datin Rogayah.
Segala perasaannya yang pernah hadir untuk Datin Rogayah dulu semakin terhakis hari demi hari.
Jarang sekali dia mengambil berat akan isterinya itu.
Apabila ditanya mengapa sering pulang lewat ke rumah, dia akan memberi alasan dia sibuk bekerja.
Dia tahu, Datin Rogayah terlalu naïf untuk menghidu perbuatannya itu.
Apalah yang perempuan itu tahu kerana sepenuh masanya hanya dihabiskan di rumah.
Menjadi surirumah sepenuh masa.
Kesempatan itulah digunakan untuk berseronok.
Tentang Datin Rogayah, Datuk Zainudin tidak terlalu risau, dia tahu Datin Rogayah mempercayainya seratus peratus.
Yang menjadi kebimbangannya ialah Daniel Arman.
Pasti lambat laun anak lelaki itu akan dapat menghidu perubahan tingkah lakunya.
            Tapi Datuk Zainudin hanya membiarkan kebimbangannya itu berlalu.
Kala itu yang ada dikepalanya cumalah keseronokan.
Dia tidak mahu keseronokan yang baru dinikmati itu dicemari dengan pemikiran negatifnya.
Biarlah dia mengecap semua keindahan itu dahulu sebelum dia berfikir untuk membuat tindakan selanjutnya.
Pokok Orkid yang tersusun di tepi halaman banglo Datin Rogayah kelihatan begitu cantik dengan bunga yang pelbagai warna.
Memang sudah menjadi kegemaran dan hobi Datin Rogayah untuk menanam orkid.
Sebahagian daripada benih-benih orkidnya juga diperoleh dari luar negara.
Sebahagian lagi hanya dibeli dari nurseri berdekatan dengan kawasan tempat dia tinggal.
Kadangkala Daniel Arman akan menghadiahkan anak bunga orkid kepadanya.
            Mengenangkan itu semua membuatkan Datin Rogayah tersenyum panjang.
Daniel Arman adalah seorang anak yang peka terhadap minatnya kepada bunga orkid.
Daniel Arman jugalah penawar kepada kekecewaannya terhadap Danish Arham.
Sudah terlalu lama abang kembar kepada Daniel Arman itu melarikan diri.
Dia sendiri tidak pasti bagaimana keadaan anak lelakinya yang satu itu.
Setiap kali dia menelefon, kerapkali juga tidak berangkat.
Bila dia menyuarakan kerisauannya kepada Datuk Zainudin, suaminya itu lebih suka mendiamkan diri.
Seolah-olah menyimpan suatu rahsia daripadanya.

Sumber:Internet