Gelap

Bukan Isteri Sempurna 7

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Bukan Isteri Sempurna 7

. BAB 10 Fail yang berselerak di atas mejanya telah disusun disatu sudut.
Selesai menfailkan kesemua dokumen syarikat tadi, Nina kembali ke dalam bilik Daniel Arman.
Dia akan menyusun semula fail yang telah diambil mengikut kategori bagi memudahkan Daniel Arman untuk acsesssemula bila masa dia perlukan.
            Menurut makluman yang diperoleh dari Sofea tadi, Daniel Arman sudahpun keluar untuk minum pagi semasa Nina sendiri keluar minum.
Nina rasakan itulah masa yang sesuai untuk dia masuk ke dalam bilik Daniel Arman memandangkan lelaki itu tiada kerana dia tidak mahu bertembung dengan Daniel Arman.
            Sejurus menyusun fail-fail tebal ditangannya, Nina bawa ke bilik Daniel Arman.
Tiba di bilik itu, Nina terperanjat kerana ada sesusuk tubuh yang sedang bersantai di atas kerusi secara membelakanginya.
  Dari belakang dia pasti, Daniel Arman tidak jadi keluar minum pagi itu.
            Nina meneruskan kerja-kerjanya tanpa bertangguh, terlanjur Daniel Arman berada disitu, Nina akan meminta lelaki itu menandatangan beberapa keping cek yang di pesan oleh bahagian akaun kepadanya.
            Selesai mengemas fail, Nina kembali ke luar.
Dia tahu Daniel Arman memerhatikan dirinya selepas menyedari dia masuk untuk menyusun fail tadi tapi Nina tidak mahu menentang mata Daniel Arman.
            Nina membawa beberapa keping cek ke meja Daniel Arman, dia lebih suka memandang cek ditangan berbanding berbalas pandang dengan Daniel Arman.
            “Encik Arman, ini cek dari bahagian akaun, Cik Latifah minta Encik Arman tolong tandatangan.
” Nina bersuara dengan matanya tertancap pada kepingan-kepingan cek.
            Nina letak cek di atas meja apabila dirasakan Daniel Arman masih merenung tepat wajahnya.
            “Kalau dan siap sign nanti Encik Arman intercom je saya, nanti saya datang ambil.
” Nina berkira-kira untuk berpusing dan kembali ke mejanya.
            Belumpun sempat Nina berbuat demikian, pergelangan tangannya ditangkap kasar oleh satu tangan sasa.
Apabila terlihat cincin dan gelang berwarna silver tersarung kemas ditangan itu, Nina angkat muka.
            “Well, my sister in law rupanya.
Sejak bila pula kerja satu office dengan suami ni?”             Nina terperanjat, tiba-tiba darahnya berderau melihat wajah Danish Arham.
Memang sekilas pandang Danish Arham dan Daniel Arman tiada perbezaan.
Mereka sangat serupa cuma yang membezakan antara keduanya ialah perwatakan mereka.
            Nina rentap tangannya dari pegangan Danish Arham.
            “Wow!, dah pandai melawan, adaprogress.
”Kata Danish Arham sinis.
            Nina hanya terpaku berdiri.
            Danish Arham bangun dari duduk, dia berjalan mendekati Nina dihadapan meja.
            “Sekarang dah makin cantik berbanding dulu.
”Sambung Danish Arham sambil melirik mata ke seluruh tubuh Nina.
            Nina masih terpaku berdiri.
Perasaannya berbaur.
Gementar,takut dan terkejut.
            “tak sangka, you jadi adik ipar I.
” Kata Danish Arham sinis.
            Nina cuba mengumpul kekuatan untuk lari dari Danish Arham.
Pantas dia melangkah untuk keluar dari bilik, namun belum sempat kakinya melangkah Danish Arham sudah pun menangkap kembali tangannya.
Nina cuba menarik tetapi cengkaman Danish Arham kuat dan kejap.

Sumber:Internet