. BAB 11 Suasana di food court DZMS Mall bising dengan suara warga pekerja yang sedang rehat tengahari.
Waktu begitu merupakanpeak hour.
Kebanyakan pekerja pasaraya itu mengambil kesempatan waktu rehat untuk makan tengahari dan sembahyang zuhur.
Daniel Arman duduk termenung di kerusi sambil menunggu Zachary.
Ingatannya teraih pada peristiwa kedatangan Danish Arham ke pejabatnya beberapa hari lalu.
Memang dia geram, geram dengan sikap Danish Arham yang memperlekehkan maruah Nina.
Wanita itu walaupun pernah dinoda oleh abang kembarnya itu, namun bagi Daniel Arman, semua itu tidak penting.
Kesempurnaan baginya tidak hanya terletak pada fizikal seseorang tapi pada hati.
Daniel Arman menghela nafas berat, sungguh dia kesal dengan apa yang telah Danish Arham lakukan pada Nina dahulu.
Walaupun Nina tidak sesempurna gadis-gadis lain namun dalam hatinya terbetik satu rasa, rasa yang istimewa pada gadis itu.
Namun untuk dia meluahkan rasa itu, dia rasa masanya belum sampai.
Daniel Arman lurut rambutnya yang jatuh ke dahi, teringat kembali kata-kata hinaan Danish Arham pada Nina.
Kalau diikutkan kata hatinya, dia tidak betah melihat Nina dihina begitu, namun sebagai seorang yang berfikiran waras, dia tidak mudah melatah.
Bukan caranya melawan kekerasan dengan kekerasan.
Danish Arham walaupun lahir dahulu sebelumnya namun perwatakan abang kembarnya itu jauh kurang matang berbanding dirinya.
Berhadapan dengan sikap Danish Arham yang begitu membuatkan dia berfikir jauh.
“Apa mimpi you ajak makan kat sini pula, selalunya cari restoren.
” Soal Zachary tiba-tiba.
Lamunan Daniel Arman terhambur pergi.
“Nina ada bagitahu apa-apa tak?”Soal Daniel Arman tanpa menjawab persoalan Zachary terlebih dahulu.
“Bagitahu apa?” Zachary pelik.
Dia mengambil tempat di hadapan Daniel Arman sejurus memberi pesanan di kaunter tadi.
“Dia tak masuk kerja hari ni, kot la dia ada bagitahu you.
” Jawab Daniel Arman.
Teringatkan peristiwa Nina diganggu hari itu menyebabkan dia seringkali runsing.
Terfikir mungkinkah Nina masih terganggu dengan peristiwa hari itu.
“Kan dia PA you, tak kan dia tak bagitahu you kalau nak cuti.
” Soal Zachary lagi.
Hairan pula dia bila Daniel Arman mengemukakan persoalan begitu.
“Entah, dia tak cakap apa-apa pula.
”Daniel Arman meneguk fresh orangenya dalam menungan jauh.
“You bos dia, tak kan dia tak bagitahu apa-apa?” Sambung Zachary menyoal pelik.
“Dia ada emergency agaknya.
” Daniel Arman mencipta alasan sendiri.
Walhal tadi dia sendiri yang bertanya.
Bimbang juga Zachary curiga dengan soalan-soalannya tadi.
“Mungkin kot.
” Zachary mula menyuap makanan selepas dihantar oleh salah seorang pekerja di lot kedai.
Kedudukan mereka sebagai orang tertinggi dalam pentadbiran syarikat menyebabkan mereka mendapat layanan istimewa dari semua pekerja.
“I ingat hujung minggu ni, I nak ajak dia tengok wayang la.
”Zachary bersuara lagi selepas suasana diam antara mereka.
“Dia?” Soal Daniel Arman sambil angkat kening.
“Nina.
”Jawab Zachary pendek.
Daniel Arman tidak beriak.
Berpura-pura tenang sedangkan hatinya bergelodak mendengarkan kata-kata yang terluah dari mulut Zachary.
Sumber:Internet