Gelap

Bukan Isteri Sempurna 9

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Bukan Isteri Sempurna 9

. Kereta Audi A6 diparkirkan jauh sedikit dari tempat hiburan itu.
Mata Daniel Arman mencerlung tajam memerhatikan lelaki separuh abad yang sedang merangkul pinggang gadis muda dan berjalan memasuki premis hiburan itu.
Di situ Daniel Arman menunggu.
            Semenjak Datuk Zainudin kerapkali pulang lewat ke rumah dan jarang pula pergi ke tempat kerja, Daniel Arman sudah mulai curiga dengan rutin baru bapanya itu.
Dia mengesyaki sesuatu apabila perasan Datuk Zainudin hilang fokus pada kerja-kerjanya.
Walaupun Datuk Zainudin sudah ‘cuci tangan’ dari bisnes pasaraya mereka, namun Datuk Zainudin kini giat dengan perniagaan yang berkaitan hartanah pula.
Tetapi sejak kebelakangan ini, Daniel Arman perasan akan kelainan pada tingkah laku Datuk Zainudin.
Bapanya itu sudah kerapkali pulang lewat ke rumah dan kadangkala tidak pulang lansung.
            Disebabkan itu juga Daniel Arman berada di situ.
Dia mengambil keputusan untuk mengintip perlakuan baru Datuk Zainudin.
Daniel Arman meraup wajahnya.
Tidak menyangka Datuk Zainudin sudah tersasar jauh dari ajaran agama.
Sejujurnya dia kesal kerana lelaki itu merupakan bapanya.
Dan dia lebih kesal kerana Datuk Zainudin mempersia-siakan kesetiaan dan kasih sayang Datin Rogayah selama ini.
            Daniel Arman mengeluh berat.
Bagaimana agaknya perasaan Datin Rogayah sekiranya dia mengetahui tentang perkara itu.
Tentu wanita itu akan kecewa kerana selama ini dia setia menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada Datuk Zainudin.
Daniel Arman terkejut jaga dari tidur apabila jam loceng pada telefon bimbitnya berbunyi.
Dia bangun dalam keadaan kepalanya yang masih pening.
Malam tadi tidurnya tidak sempurna.
Pukul tiga pagi baru dia sampai di banglo Datuk Zainudin dan Datin Rogayah.
Saat tiba di rumah, seisi rumah sudah bergelap.
Semua orang sudah tertidur.
Memang rutinnya pada hujung minggu, dia akan menghabiskan masa di banglo itu.
Jarang-jarang sekali dia kembali ke banglonya sendiri.
Tinggal sendirian membuatkan dia rasa sunyi.
            Daniel Arman mengeluh apabila teringat kembali drama yang dilakonkan oleh Datuk Zainudin dan seorang gadis muda.
Dia terpaksa menunggu sehingga lewat malam untuk memerhatikan perlakuan Datuk Zainudin itu.
Dari masa Datuk Zainudin membawa gadis muda itu masuk ke pusat hiburan sehinggalah kepada peristiwa di mana Datuk Zainudin membawa gadis itu ke sebuah apartmen mewah.
Mengingatkan itu semua menyebabkan Daniel Arman meraup wajahnya.
Dia terlalu kecewa dengan sikap Datuk Zainudin.
Dan lebih kecewa kerana lelaki itu merupakan bapanya.
            Daniel Arman bingkas bangun menuju ke bilik air.
Dia mandi dan kemudiannya menunaikan solat subuh.
Usai bersolat, dia turun ke tingkat bawah apabila terdengar suara Datin Rogayah memanggilnya untuk turun bersarapan.
            Daniel Arman mengambil tempat dihadapan ibunya sementara Rosyanti menghidangkan makanan.
            “El pergi mana?.
Lambat balik malam tadi.
” Soal Datin Rogayah seraya menyenduk mee goreng ke dalam pinggannya dan pinggan Daniel Arman.
Dia kemudian memanggil Rosyanti untuk menyertai mereka, namun Rosyanti menolak lembut.
            “El ada kerja kat office.
” Dalih Daniel Arman.
            “Kerja pun kerja juga tapi janganlah sampai tak ingat waktu malam dan siang macam daddy.
”Tenang Datin Rogayah menuturkan namun ada terselit rasa terkilan pada nadanya apabila ingatannya teraih pada suaminya.
Dia turut mengesan perubahan pada tingkah Datuk Zainudin.
            “Daddy tak balik malam tadi?” Soal Daniel Arman, dia faham apa yang sedang bergolak dalam jiwa Datin Rogayah.
            “Sibuk sangat dengan kerja sampai dah tak ingat kat rumah.
”Jawab Datin Rogayah senada.

Sumber:Internet