. Andem memandang ke arah Azlina.
Masih memakai pakaian kerja dan bertudung.
Dia tahu tujuan Azlina.
Mesti mengenai pilihan yang dia berikan.
Andai kata Azlina tidak memilih untuk berpesta dengan rakannya.
Dia akan memaksa Azlina untuk membayar ganti rugi.
Dan semestinya jumlah tersebut tidak akan dapat dilaksanakan oleh Azlina.
"Jadi awak dah buat keputusan.
" Soal Andem.
Telefon bimbit diambil dari laci meja.
Dan bersiap sedia untuk memberitahu rakannya.
"Ya saya.
" Jawab Azlina.
Hujung sarung tangan digenggam.
Cuba menggagahkan diri.
"Okay, nanti saya bagi you alamat.
" Kata Andem sambil menekan telefon bimbit.
Dalam hatinya sudah bersorak gembira.
"Jadi, saya hari ini.." Azlina cuba bertanya.
Namun dihentikan oleh isyarat tangan Andem.
"Hari ini you tak perlu kerja, you boleh balik.
Stand by untuk malam ni.
" Kata Andem sambil tersengih seperti kerang busuk.
Azlina memberi tunduk hormat.
Kakinya terus melangkah keluar dari pejabat Andem tanpa lihat belakang.
Tiada apa yang harus diharapkan.
Tapi hatinya rasa sedikit lega dan tenang.
"Masih hidup lagi rupanya.
" Tegur satu suara ditepi Azlina.
Azlina menoleh.
Tuan suara itu adalah Sarah.
Terus wajahnya berubah.
Hatinya kembali rasa sakit.
Dan hendak saja menampar Sarah.
Tapi dia cuba mengawal perasaannya.
"Siapa cakap aku berhenti.
" Balas Azlina sambil melagakan bahu dengan Sarah.
Puas hati Azlina.
Kalau boleh, mahu saja tolak Sarah sampai jatuh.
Sarah ketawa halus dan lalu tersenyum.
Dia memusingkan badan ke arah Azlina.
Nafas ditarik panjang.
Jelingan matanya tajam dengan rauk wajah yang menakutkan.
"Kalau dah pelacur tu, sampai bila-bila akan pelacur.
" Ejek Sarah kuat.
Seakan ingin memberitahu kepada seluruh pekerja yang berada di kedai.
Azlina memekakkan telinga.
Dan butakan hati.
Sepanjang langkah ke pintu keluar.
Namanya sering dipanggil oleh pekerja lain.
Tapi Azlina tidak mahu menjawab panggilan mereka.
Pasti mereka ingin tahu mengenai dirinya dan apa yang berlaku kepadanya.
Dari dia menceritakan aib diri, lebih baik dia tinggalkan mereka.
**Azman memberhentikan kereta.
Matanya melihat di kawasan sekeliling.
Penuh dengan kelab malam.
Dan terdapat ramai wanita tanpa bertudung keluar masuk.
Dia memegang tangan Azlina.
Mula risau akan keselamatan wanita itu.
"Betul ke sini tempatnya?" Soal Azman sambil mata melilau melihat kawasan disini.
Azlina tersenyum.
Dia tahu yang Azman risau akan dirinya.
Lalu dia mengusap tangan lelaki itu.
Cuba menenangkan hati Azman.
"Betul.
Sini tempatnya.
" Kata Azlina dengan jari ditunjuk ke kelab malam dihadapan.
"Dekat sini?" Balas Azman dengan leher panjang, masih ragu akan kelab malam tersebut.
Azman memandang ke arah Azlina.
Cantik dengan memakai baju kurung biasa.
Bertudung dan berbaju warna merah jambu.
Bentuk baju mengikut tubuh yang ramping telah menyerlahkan keanggunan wanita itu.
Ini membuatkan Azman menjadi risau dan resah.
Takut berlaku sesuatu ketika berada didalam kelab malam.
Azlina tersenyum apabila melihat reaksi Azman.
Diurut lembut tangan lelaki itu.
Tidak menyangka yang Azman akan risau seperti ini.
Dan menunjukkan betapa sayangnya Azman kepada dirinya.
"Saya okay la.
Awak juga yang suruh.
" Kata Azlina sambil tersenyum.
"Memang saya suruh.
Tak sangka dekat sini.
" Balas Azman dengan dahi yang berkerut.
"Jangan risau, semua akan baik.
Hari ni kan, hari terakhir saya layan lelaki lain.
Lepas ni, awak je yang saya akan layan.
" Kata Azlina manja.
Tangannya mengusap pipi Azman.
Cuba tenangkan Azman.
Sumber:Internet