Gelap

Bunga Di Baju 2

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Bunga Di Baju 2

. Waktu sudah sampai kemuncak.
Matahari bersinar terang di tengah langit yang membiru.
Kalau ikut masa, sekarang adalah waktu rehat kepada pekerja di kedai baju.
Namun terpaksa ditangguhkan kerana pelanggan berpusu masuk.
Hari ahad adalah hari paling sibuk untuk pekerja disini.
Azlina berulang alik dari ruang percubaan dan ruang baju.
Senyuman manis sentiasa terukir bagi melayan pelanggan.
Ada yang berkata dengan nada marah dan ada berkata dengan sopan.
Tapi Azlina perlu telan dan tidak ambil hati.
Ini lumrah apabila bekerja sebagai pelayan pelanggan.
"Azlina! Ini ada customer cari you! Dia kata you sudah tolak diskaun! Cuba tengok kejap!" Jerit Andem kuat, dia adalah pemilik kedai baju ini.
Andem masih belum berkahwin walau umur sudah empat puluh tahun.
Dia tidak gemar mencari jodoh, kerana duit adalah segalanya.
Dengan duit, Andem boleh memperolehi apa sahaja.
Itu yang dia percaya.
Tapi sayang, Andem masih teruna kerana tubuhnya yang gemuk dan besar.
Malah tidak pandai mengurus diri.
"Ya saya!" Balas Azlina laju.
Tubuh terus berlari ke kaunter.
Perlahan Azlina menjelaskan kepada pelanggan mengenai diskaun yang ditolak.
Memang perkara biasa, walau diulang sepuluh kali.
Pasti ada bahagian pelanggan tidak faham.
Lagi-lagi mengenai diskaun.
"Errmm!! Budget bagus.." Ngomel Sarah seorang diri.
Sarah merupakan pekerja sebelum Azlina.
Dari mula Azlina masuk hingga sekarang, hatinya sentiasa tidak puas hati.
Sarah lebih tua dari Azlina, dan dia lagi berpengalaman.
Tapi Andem lebih memberi tumpuan pada Azlina.
Hatinya sakit dan pedih.
"Akak, baju ni macam mana kira?" Tanya seorang pelanggan kepada Sarah.
Dengan wajah yang masam, Sarah mengambil baju dari tangan pelanggan tersebut.
Kalkulator diambil dan ditekan.
Mengira jumlah perlu dibayar setelah tolak diskaun.
Matanya mencuri lihat ke arah Azlina.
Terus Sarah merasa geram apabila melihat Azlina masih di kaunter pembayaran.
Saja buat lambat, dengus Sarah dalam marah.
*Azlina mengelap peluh di dahi dengan lengan baju.
Tubuhnya rasa penat dan letih.
Kemudian Azlina meregangkan tubuh ke kiri dan kanan.
Wajahnya gembira apabila melihat ruang kedai telah sunyi dari pelanggan.
"Okay! Boleh rehat dulu.
Jangan lupa ikut jadual.
" Kata Andem sambil melangkah keluar dari kedai.
Wajah Azlina bertukar ceria.
Hari ini adalah giliran Azlina untuk rehat bersama pekerja yang lain.
Azlina terus bergegas menuju ke belakang stor untuk mengambil bag tangan.
Tap!Bahu Azlina disentuh.
Dapat rasa genggaman di bahunya sangat kuat sehingga rasa sakit.
Azlina menoleh ke belakang, Sarah berdiri dengan wajah yang bengis.
Azlina menjadi takut dan kecut.
"Aku rehat dulu.
" Kata Sarah pendek.
Genggaman pada bahu Azlina ditekan kuat.
"Adui!!" Azlina terpaksa menapis tangan Sarah kerana sakit.
Tubuhnya terus ditolak ke tepi sehingga terkena pada dinding.
Matanya tajam melihat Sarah yang masuk ke stor.
Dalam hatinya sudah menyumpah Sarah tanpa henti.
"Wei! Kau tak rehat ke?" Tanya Alia, seorang lagi pekerja di kedai baju.
Alia sudah bersiap untuk keluar rehat.
"Tak, aku tukar dengan Sarah.
" Kata Azlina dengan nada marah.
Jika Azlina melepaskan amarah kepada Sarah, mungkin mereka berdua akan bergaduh besar.
Tak apa, kali ini Azlina mengaku kalah.
Kerana Sarah lebih tua dari dirinya.
Azlina ketawa kecil apabila teringat umur Sarah yang hampir 30 tahun.
Beza dengan dirinya yang baru 26 tahun.
Dah tua pun tak ada orang nak.
Geli hati Azlina.
**Azlina mengomel panjang sambil tangan melipat baju.
Perasaan tidak puas hati kepada Sarah masih belum padam.
Ini membuatkan Azlina menjadi malas dan tiada mood untuk bekerja.

Sumber:Internet