. Azlina menguap besar.
Setelah mendapat izin dari Andem untuk pulang awal, Azlina bergegas mengemas barang dan keluar dari kedai.
Namun orang yang akan mengambilnya masih belum tiba.
Mungkin dia terlalu awal.
Telefon bimbit dibawa keluar dari bag tangan.
Lalu dilihat jam di skrin.
Hampir pukul 12.
00 tengahari.
Azlina memanjangkan leher melihat dijalan raya.
Kelihatan kosong dan sunyi dari kenderaan.
Jarinya menekan aplikasi Facebook.
Kemudian dibaca beberapa artikal mengenai dunia artis dan keadaan semasa.
Tet! Tett!!Bunyi hon kereta mengejutkan Azlina.
Matanya melilau mencari punca bunyi.
Sebuah kereta BMW mewah berhenti tidak jauh darinya.
Dan terdapat satu tangan melambai seolah memanggil.
Melihat itu, Azlina terus bergegas berlari kearah kereta tersebut.
Pintu dibuka dan masuk kedalam.
Terasa nyaman dan sejuk.
Tidak seperti cuaca panas di luar.
Keadaan dalam kereta kemas dan bersih.
Terdapat peralatan mewah tersusun didashboard kereta.
"Lama tunggu?" Soal Azman sambil tersenyum.
Melihat ke arah gadis yang masih dalam pakaian kerja.
Bertudung hitam dan seluar jeans tidak ketat berwarna kelabu.
Azlina hanya membalas dengan senyuman.
Walau sudah lama menunggu, dia tidak memberitahu Azman kerana ingin menjaga hati.
Lagi bila orang luar mengajaknya keluar dan bakal membelanja.
"Kita pergi makan dulu eh.
" Kata Azman.
Tangannya mengusap paha Azlina lembut.
Sekali lagi, Azlina membalas dengan senyuman.
Dia dari pagi tidak makan apa-apa.
Kerana ingin berjimat.
Apabila diajak makan, sudah pasti dia bersorak setuju.
Oleh itu, Azlina memberi jawapan dengan mengusap tangan Azman.
Azman tersenyum riang.
Terus dia menarik tangan kembali ke stereng kereta.
Perlahan dia memandu pergi membawa Azlina.
**Azlina memasukkan nasi goreng ke dalam mulut.
Terasa lapar akibat tidak sarapan pagi.
Pandangan menuju kearah Azman.
Lelaki itu sedang membayar di kaunter.
Kemudian dia menghirup air milo ais.
Setelah selesai menghabiskan sisa nasi goreng dipinggan.
Dia bangun dan menuju ke sinki untuk membasuh tangan.
Apabila Azlina kembali ke meja, Azman telah berada dimeja sambil bermain telefon.
Azlina terus duduk dan mencari sapu tangan dibag.
Mulut dan tangan dilap sebelum menyimpan kembali dibag tangan.
Azlina hanya memerhatikan Azman.
Terlalu khusyuk dengan telefon bimbit.
"Dah ke?" Soal Azman sambil menyimpan telefon bimbit ke dalam poket seluar.
Azlina tersipul malu sambil berpura-pura mengelap meja dengan jari telunjuk.
"Dah.
""Dah ready ke?" Tanya Azman lagi.
Azlina mengangguk laju.
Tahu apa yang akan berlaku seterusnya pasti tidak akan memihak kepada Azman.
Siapa mahu membenarkan suami kahwin lain.
Sudah pasti tiada.
Tapi Azlina tetap melayan kerenah Azman.
Dia tidak mahu kecewakan hati lelaki itu.
Biarlah hakikat yang menyedarkan Azman.
Sejujurnya, Azlina tidak kisah berkahwin dengan lelaki itu.
Namun hatinya kuat mengatakan isteri Azman akan berkata tidak.
Salah satu sebab adalah usia Azman yang makin meningkat.
**Monah menghirup air kopi panas.
Kemudian cawan diletakkan ke atas meja.
Matanya melihat kearah suaminya Azman, resah dan gelisah.
Pandangannya beralih ke arah Azlina, tenang dan ceria.
Tiada ketakutan di wajah Azlina.
Cawan diambil dan dihirup air kopi panas sekali lagi.
Azlina mengambil peluang untuk melihat ruang rumah.
Besar, mewah, dan kaya.
Pelbagai soalan mula timbul dalam diri Azlina.
Dari segi pekerjaan Azman dan aktiviti Azman.
Namun semua itu hanya disimpan dalam lubuk hati.
Tidak mungkin keadaan sekarang membenarkannya bertanya soalan seperti itu.
Baik diam dari bersuara.
Sumber:Internet