. Faizal melangkah keluar dari bilik mesyuarat sambil membelek jam di tangan yang menunjukkan sudah pukul satu-empat-puluh petang waktu Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.
Dia adalah orang yang terakhir keluar.
Bilik mesyuarat itu telah digunakan sebagai tempat dia melatih pekerja tempatan.
Ketika itu pertengahan Februari, penghujung musim dingin di seluruh negara Timur Tengah.
Demi mencari rezeki, dia terpaksa berjauhan dengan Anna, isterinya yang dikahwini sejak lima tahun lepas.
Jadual kerjanya tidak tetap dan terpulang kepada keperluan klien syarikat yang memerlukannya kerap berkembara ulang alik dari Malaysia ke Dubai dalam tempoh yang tidak menentu.
Agak sukar untuk Faizal membawa Anna ikut bersama kerana isterinya itu juga berkerjaya.
Sesuatu yang terpaksa mereka korbankan demi masa depan.
Untungnya di zaman canggih sekarang, panggilan suara dan video adalah mudah, malahan tanpa memerlukan bayaran.
Sekurang-kurangnya tiga kali sehari dia akan menghubungi isterinya di Malaysia.
Dan sekarang adalah salah satu daripada jadual rutinnya.
Waktu di Malaysia adalah empat jam lebih cepat berbanding waktu di Dubai.
Dia mengeluarkan telefon pintar dan membuka aplikasi WhatsApp serta membuat panggilan suara.
Hari ini merupakan hari yang keenam dia berada di Dubai.
Faizal yang berumur tiga-puluh-lima tahun adalah seorang jurutera sistem dan kawalan untuk syarikat TS yang berpengkalan di Malaysia.
Dia sering dihantar ke Dubai kerana syarikatnya mempunyai kontrak dengan syarikat multinasional minyak dan gas milik Dubai iaitu DPE untuk khidmat servis dan solusi Shutdown System dan Fire & Gas System.
Kali ini skop kerjanya merangkumi latihan kepada para juruteknik operasi dan instrumen yang bakal mengawal dan menyelenggara projek baru operasi pelantar luar pantai yang masih di dalam peringkat fabrikasi.
Faizal kini tiba di lobi bangunan utama dan memesan perkhidmatan Uber.
Rencananya ialah singgah dahulu di Dubai Mall, makan tengahari dan mencari cenderahati sebelum pulang ke bilik hotel berdekatan.
Dengan tidak semena-mena seorang wanita terpacul berdiri di sebelah dan cuba mencuri lihat paparan skrin telefonnya.
Wanita itu bernama Michelle Ngo, wanita etnik Cina yang berasal dari Vietnam.
Michelle yang berumur beberapa tahun lebih tua berbanding Faizal telah menetap di Dubai selama lapan tahun bersama suaminya yang juga berasal dari Vietnam.
Sebagai jurutera senior syarikat DPE, wanita itu berperanan sebagai Resident Engineer yang bukan sahaja memantau kelancaran skop kerja Faizal, tetapi juga keseluruhan projek yang melibatkan jabatan instrumentasi.
Namun, oleh kerana mereka berdua kerap berdiskusi bersama, itu mengurangkan halangan untuk selesa berbual seperti rakan lama.
"Faizal.
You smile a lot.
" Michelle menyakat dan menyambung lagi, "What's up? Did I missed anything?" Michelle tersenyum sambil menepuk lengan Faizal.
Sesuatu perkara yang Faizal rasakan sudah menjadi habit bagi wanita itu setiap kali mengusiknya.
"Nahh, I just called my wife," Faizal mengusik Michelle, "Told her not to wear anything at in front of our gardener.
" "Huh?! You pervert!" Michelle tergelak sambil menampar pula lengan Faizal.
"What? I'm allowed to be the most perverted person to her.
She likes it anyways.
" Faizal ketawa lagi.
"But let's say, if your husband asked you to do it, would you?" "What?! Oh, I wonder what my husband would react if I said yes.
" Sahutan ketawa mereka terhenti apabila kelihatan sebuah kenderaan Kia Optima tiba di perkarangan bangunan.
Setelah Faizal mengenalpasti nama pemandu Uber dan nombor plat kereta, mereka berdua masuk dan duduk di bahagian penumpang belakang.
"What do you think if your wife might actually doing it?" Michelle bertanya lagi, "And you're okay with that?" "Well, let me just say, it is to spice things up a bit.
" Faizal menyambung lagi, "Married for many years, things became... too calm ya know.
"
Sumber:Internet