. Nasib tidak begitu baik buat diriku apabila aku telah mendapat kecederaan yang agak serius ketika aksi pertama perlawanan Liga Bolasepak Malaysia .
Ketika itu aku yang di beri kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan memainkan peranan aku untuk mengucar-kacirkan pertahanan pihak lawan , namun malang buatku akibat kelincahan dan kelajuan di miliki menyukarkan pertahanan pihak lawan mengawalku lalu akibat telah di kasari dengan begitu keras sehingga pemain yang mengasariku itu di layangkan kad merah secara terus .
Pada mulanya aku ingatkan kesakitan yang di alami adalah kecedaraan biasa , namun setelah pemeriksaan lanjut oleh pihak Hospital , aku di sahkan mengalami kecederaan " ACL " dan perlu berehat sepanjang musim untuk pulih dari kecederaan .
Agak sedih juga untuk menerima kenyataan ini memandangkan liga baru sahaja bermula namun pahit terpaksa di telan olehku .
Sepanjang berehat dari kecederaan tidak banyak aktiviti yang dapat di lakukan olehku berkaitan sukan kerana bimbang kecederaan yang di alami mungkin bertambah serius .
Pekerjaanku di Sekolah sahaja tempat untuk mencari rezeki menambah wang perbelanjaan oleh kerana gaji yang dibayarkan oleh pasukanku telah di kurangkan akibat kecederaan yang di alami itu .
Itu sudah tertulis di dalam kontrak ketika aku menandatangani kontrak dan terpaksa akur dengan syarat itu .
Namun begitu , di sebalik kesedihan dan kekecewaan tidak dapat beraksi dalam bola sepak aku telah mendapat peluang untuk mengenali guru-guru wanita seperti Cikgu Fatin dan Ustazah Diana .
Suatu hari , ketika sedang sibuk menghadap komputer di bilik kerjaku di Sekolah , pintu bilik telah di ketuk oleh seorang wanita .
Agak hairan apabila wanita ini hanya mengetuk sahaja pintu dan tidak membuka pintu kerana jika guru-guru lain pastinya sudah membuka pintu untuk masuk .
Aku merasakan wanita yang mengetuk pintu itu kali pertama datang ke bilikku .
Aku sepantas kilat memikirkan mungkin Cikgu Fatin yang datang mengetuk pintu kerana setahu aku Cikgu Fatin memang seharusnya berurusan denganku minggu ini untuk melaporkan tentang pasukan Bola Jaring yang dibimbingnya untuk sertai kejohanan daerah pada awal. bulan April nanti .
Tidak menunggu lama , aku terus bangun membuka pintu dan sangkaanku tepat sekali , wanita yang aku teringin sangat untuk berhadapan dengannya sekarang berdiri tegak di hadapan ku .
Cikgu Fatin tersenyum sebaik aku mempelawanya untuk masuk .
Oleh kerana pertemuan kami ini kali pertama , aku membiarkan pintu terbuka untuk mengelakkan sebarang ketidakselesaan datang dari Cikgu Fatin .
Cikgu Fatin terus masuk untuk membincangkan beberapa hal untuk pasukan yang di bimbing olehnya .
" Ha Cikgu Fatin ye .
Saya Fiq .
Ada apa Cikgu datang berjumpa saya ? " .
Aku memulakan perbincangan kami .
" Ha ye Fiq saya Cikgu Fatin .
Saya datang ini nak serahkan nama - nama pelajar yang akan mewakili Sekolah dalam bola jaring ni .
" Lembut suaranya dan begitu tenang Cikgu Fatin menjawabku sambil membuka failnya yang penuh dengan dokumen berkaitan pelajar-pelajarnya .
" Oh ha betul tuh .
Cikgu kena bagi saya untuk saya masukkan data dalam laman web sukan Sekolah dan seterusnya nanti saya daftar pasukan Cikgu untuk kejohanan tu nanti .
" Kataku juga tenang berhadapan dengannya .
" ha betul tuh .. haha maaf ye lambat hantar dokumen - dokumen ini .. busy dengan training lepastuh budak-budak ni kita suruh hantar cepat-cepat dorang boleh lambat pulak bagi saya .. aduh pening kepala .. hahaha " .
Cikgu Fatin menceloteh sedikit .
" biasalah tuh Cikgu .. So far , macam mana dorang training ? Target untuk tahun ni macam mana ? " .
Tanyaku cuba untuk mengambil masa untuk berbual lebih lama .
" So far so good lah .. dorang pun setiap hari ada improvement from many aspect kan .. looking forward lah untuk this coming tournament since saya pertama kali bawa team Sekolah ni so saya letak harapan tinggi untuk naikkan nama Sekolah .
" Cikgu Fatin begitu yakin dengan pasukannya .
" Wow .. bagus Cikgu punya Keyakinan tuh .. So , sebelum ni dekat utara dulu memang bawa team bola jaring je lah .
" Tanyaku lagi " Yes bawa team bola jaring dari Sekolah lama lagi .
Cikgu pernah jugak bawa team bola baling , olahraga .. tapi lebih sukakan bola jaring lah .
" Jawabnya seakan sudah selesa berbual denganku .
Sumber:Internet