Gelap

Cinta Dan Dosa 16

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Cinta Dan Dosa 16

. ʻʻMaafkan sayaʼʼ tiba-tiba suara suamiku kedengaran.
Azman kembali ke meja makan dari bilik air.
Nampak mukanya basah.
Sudah tentu dia baru membasuh mukanya.
Azman melihatku sekejap.
Dia senyum padaku.
Tapi raut mukanya masih menunjukkan dia tidak selesa langsung duduk sebelahku.
Selepas apa yang Datuk Aziz katakan padaku, aku sangat terkilan dengan suamiku.
Datuk Aziz senyum pada suamiku, ʻʻAzman, saya sangat berpuas hati dengan perwatakan awak, dan keluarga awak.
Awak seorang yang jujur dan rajin.
Dan saya juga nampak awak seorang yang sangat bertanggungjawab.
Jadi, walaupun awak tak ada kelayakan, saya nak ambil awak menjadi offshore technician sayaʼʼSuamiku terus tersenyum lebar, ʻʻBetul ke Datuk?ʼʼ Mukanya sangat gembira.
Dia mengangkat kedua-dua tangannya ke mukanya tanda syukur.
ʻʻAlhamdulillah! Terima kasih Datuk! Terima kasih Datuk! Saya tidak akan mempersiakan peluang ini.
Saya lah akan jadi technician Datuk yang paling rajin Datuk penah jumpa!ʼʼ Suamiku dan Datuk Aziz bersalaman riang.
Hatiku sangat sangat gembira menerima berita dari Datuk Aziz.
Aku tersenyum riang juga.
Malah senyumku menjadi gelak ria.
Air mataku menitik lagi, tapi kali menitik disebabkan kegembiraan.
Datuk Aziz tiba-tiba memandang aku.
Aku nampak yang dia terpesona melihat raut mukaku bertukar menjadi kegembiraan.
Datuk Aziz tumbang gembira sama.
ʻʻBila saya start, Datuk?ʼʼ, tanya suamiku yang masih dalam mood kegembiraan.
ʻʻMinggu depan, Azman.
Minggu depan awak boleh start dekat offshore platform saya di Sabahʼʼ jawab Datuk Aziz.
ʻʻBaik, Datuk, baikʼʼ jawab suamiku.
Suamiku memandangku.
Dia sangat gembira.
ʻʻSyukur Alhamdilllah, Seri.
Syukurʼʼ sebut suamiku.
Aku memegang kedua-dua tangannya sambil bersama-sama mengucap syukur.
Azman toleh pada Datuk Aziz, ʻʻDatuk, izinkan saya mintak diri dulu.
Kena sambung kerja ni.
Banyak benda kat factory tu kena saya buatʼʼ katanya riang.
ʻʻAmboi, tak sabar nak kerja ke Azman?ʼʼ tawa Datuk Aziz.
ʻʻBaiklah, Azman.
Awak seorang yang sangat rajin.
Tak sia-sia saya pilih awakʼʼAzman kembali mendapatkanku.
Azman memegang kedua-dua tanganku.
ʻʻAwak ok ke, Seri?ʼʼ tanyanya.
ʻʻSeri ok, Bang.
Seri balik naik bas.
ʼʼ jawabku.
ʻʻOk, sayang.
Hati-hati ya.
Abang balik petang niʼʼ pesan suamiku.
ʻʻBaik, Bangʼʼ, jawabku.
Aku tunduk mencium tangan suamiku.
Azman pergi meninggalkan kami.
Dia terus bergerak ke keretanya.
Sebelum Azman mengundurkan keretanya, dia sempat melambai kami.
Aku dan Datuk Aziz melambai kembali pada Azman.
Aku dapat rasakan yang Datuk Aziz betul-betul rapat dengan tubuhku.
Aku dapat menghidu aftershave-nya yang sangat harum.
Selepas Azman hilang dari pandangan, tiba-tiba aku seperti rasa nafas Datuk Aziz diumbun kepalaku.
Aku berpaling menghadapnya, dan mendapati dia sedang menghidu kepalaku.
Aku dengan segera bergerak setapak kebelakang.
Tak manis berada sangat dekat dengan lelaki lain.
Datuk Aziz seperti terkejut seketika.
Nampak macam dia pun tak sedar tindakannya menghidu bau isteri orang.
ʻʻDatuk, saya mintak diri dulu ya.
Terima kasih sekali lagi kerana bagi peluang pada suami sayaʼʼ saya pohon diri.
ʻʻBiar I hantar you, Seriʼʼ, pelawa Datuk Aziz.
ʻʻTerima kasih, Datuk, tapi saya naik bas sahajaʼʼ, aku senyum, berundur dan bergegas berjalan pantas ke perhentian bas sebelum Datuk Aziz dapat berkata apa-apa.

Sumber:Internet