Gelap

Cinta Dan Dosa 39

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Cinta Dan Dosa 39

. Pada keesokkan paginya aku bersiap-siap untuk ke pejabat syarikat Datuk Aziz and berjumpa dengan setiausahanya Puan Soraya, seperti yang telah dipesannya.
Aku mengeluarkan wang dari mesin ATM untuk mendapatkan teksi ke sana.
Aku periksa baki wang di dalam akaun bank aku, dan ianya menunjukkan bahawa aku ada baki sebanyak lima ribu ringgit.
Murah sungguh hati Datuk Aziz ni, kataku.
Dia betul-betul ikhlas untuk membantu masalah kewanganku and suamiku.
Sampai di pejabat syarikat kepunyaan Datuk Aziz, aku agak kagum melihat saiz kawasannya.
Di hadapan kawasan tersebut tersergah sebuah bagunan tinggi iaitu ibu pejabatnya, sementara di bahagian belakang pula ada beberapa bangunan besar iaitu kilang operasinya.
Ini mesti tempat Azman bekerja sebelum dia dipindahkan ke Sabah, bisik hatiku.
Aku masuk ke bagunan pejabat dan mendapatkan resepsi.
Besar dan indah interior dalam bangunan itu.
Ianya dihiasi dengan barang-barang yang mahal dan mewah.
ʻʻAssalamualaikum, Cikʼʼ, kataku pada staff resepsi tersebut.
ʻʻSaya datang ni nak jumpa Puan SorayaʼʼʻʻWaalaikumsalam Puan,ʼʼ kata staff tersebut, ʻʻPuan ada temujanji ke dengan Puan Soraya?ʼʼ tanyanya.
Oh, kena buat temujanji ke? Aku berkata di dalam hati, Nak jumpa secretary jer pun.
ʻʻOh, maaf,ʼʼ kataku memohon maaf, ʻʻsaya tak buat appointment punʼʼ.
Aku pun mengundur sedikit untuk meminta diri.
ʻʻEh, kejapʼʼ kata staff resepsi tu padaku, ʻʻboleh saya tahu siapa nama Puan?ʼʼʻʻSeri Dewiʼʼ jawabku.
Staff tersebut memeriksa komputer di hadapannya, ʻʻOh, kenapa tak cakap katanya sambil tersenyum, ʻʻPuan naik tingkat lapan, bilik yang paling hadapan sebelah kiriʼʼ, katanya dengan hormat.
ʻʻTerima kasihʼʼ, aku membalas senyumannya dan kemudian bergerak ke lif.
Waah... tak sangka pulak nama aku dikenali di sini? tanyaku sambil menggelengkan kepala.
Aku sampai ke tingkat lapan.
Cantik sungguh kawasan pejabat di situ.
Dekor dan perabot pejabat semuanya mahal-mahal belaka.
Aku sangat kagum berada di dalam pejabat tersebut.
Aku kemudian nampak sebuah bilik besar di sebelah kiriku.
Menerusi tingkap kaca yang besar, aku dapat melihat bilik tersebut sangatlah mewah.
Aku ingatkan itu bilik Datuk Aziz, ataupun salah satu dari pengarah atau pengurus besarnya, tapi aku terkejut bila baca tulisan pada pintu bilik tersebutSITI SORAYA BINTI ABDUL MANAFSETIAUSAHA PENGARAH URUSANAku pun mengetuk pintu bilik tersebut.
ʻʻMasukʼʼ kata seorang wanita di dalamnya.
Wow.
Cantiknya pejabat ni.
Di hadapanku ada sebuat meja mahal, dan dibelakangnya seorang wanita yang sedang asyik bekerja.
Pejabatnya luas, siap ada set sofa dan meja minum lagi.
Di dinding ada beberapa gambar hiasan, semuanya lukisan tangan yang tulen.
Di sebelah tepi ada meja kabinet, dan di atasnya ada beberapa gambar-gambar yang disusun rapi.
Wanita tadi menghabiskan kerjanya sedikit, dan kemudian bangun dari kerusinya dan mendapatkanku yang masih tercegat di dalam pejabatnya.
Dia menghulurkan tanggannya, ʻʻSaya Sorayaʼʼ, katanya senyum.
Puan Soraya ni sangat cantik orangnya.
Umur dalam 30an, walaupun agak kurus, tapi mempunyai bentuk tubuh badan yang lebih curvy.
Tingginya sama paras denganku.
Dia memakai baru kurung yang mahal, bertudung kemas, bau sangat wangi.
Aku gadis kampung ni rasa kecil bila berada di hadapannya.
Aku sambut tangannya, ʻʻNama saya SeriʼʼʻʻSaya tahuʼʼ, katanya ringkas, ʻʻsaya tahu siapa awakʼʼ senyumnya manis, ʻʻjemput duduk, Seriʼʼ pelawanya ke ruang sofa pejabatnya, ʻʻawak nak minum teh, atau kopi?ʼʼ tanynya pada aku.

Sumber:Internet