Gelap

Cinta Dan Dosa 41

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Cinta Dan Dosa 41

. Malam itu, kami makan malam di luar.
Aku tak masak malam sebab aku pun dah kepenatan.
Kebetulan di kawasan flat kami ada sebuah padang yang telah dijadikan kawasan makan di sebelah malam.
Banyak gerai-gerai menjual makanan dan kami selalu makan di sini.
Sambil menjamu selera, aku nampak Dr Zarul dan rakan-rakannya pun lalu di meja kami.
Mereka semua berkopiah, mungkin baru balik dari solat Isya di masjid.
Zarul nampak ku dan senyum pada ku.
Aku kembalikan senyuman padanya.
Azman nampak aku senyum pada Zarul.
ʻʻSiapa tu, Seri?ʼʼ tanya suamiku setelah melihat perbuatan ku.
ʻʻOh dia tu doktor klinik kat siniʼʼ jelas ku, ʻʻSeri ada sekali-dua pergi ke klinik dia masa Seri tak sihat.
Saja je senyum tanda kenalʼʼSuamiku menerima penjelasan ku dan meneruskan menjamah hidangannya.
ʻʻKenapa, Bang? Abang jealous ke tengok Seri senyum pada lelaki lain?ʼʼ tanyaku dengan manja.
ʻʻEh... tak lah,ʼʼ kata suamiku, ʻʻAbang tak jealous lah.
Abang saja tanya jerʼʼ katanya selamba.
Dalam hatiku, aku lebih terharu sekiranya Azman cemburu bila aku senyum pada lelaki lain.
Sebab cemburu itu tanda cinta.
Tapi Azman orang yang bersahaja.
Dia tak kisah pun pasal hal-hal kecil tapi penting seperti ini.
Zarul dan rakan-rakan duduk di meja sebelah kami.
Kami menjamu selera seperti biasa, dan aku perasan Zarul curi-curi memandangku beberapa kali.
Sambil kami makan, tiba-tiba datang seorang wanita lebih kurang umur 40an meminta sedekah.
Baunya busuk sekali, mungkin tak mandi sudah berminggu-minggu, bajunya pun lusuh dan busuk seperti badannya, sudah pasti tidak ditukar sekian hari juga.
Suami ku memberikannya seringgit, dan Zarul dan rakan-rakannya pun sama juga.
Aku kemudian terdengar perbualan mereka, ʻʻmula-mula aku tak nak bagi dekat makcik tu tadi, sebab kau tahu lah kadang-kadang pengemis ni bukannya betul.
Mereka sindiketʼʼKemudian Zarul berkata, ʻʻtak elok kau cakap macam tu.
Kesian makcik tu.
Aku tengok keadaan dia tu memang nampak daif, susah.
ʼʼKawannya kemudian menjawab, ʻʻya betul tu, Rul.
Masa mula-mula dia lalu tadi, aku ingat setan yang laluʼʼʻʻWoi... mulut kau tu jaga sikit lah.
Ada ke kau cakap macam tu dekat makcik tuʼʼ Zarul memarahi kawannya.
ʻʻAku tahu, bro.
Aku ingatkan setan yang lalu sebab bau busuk tadi.
Hanya jin dan setan jer yang suka bau-bau busuk niʼʼ, jawab kawannya.
Selesai makan malam, aku dan Azman pun bayar makanan kami dan bangun untuk pulang ke flat kami.
Zarul dan rakan-rakannya masih belum selesai dengan makanan mereka.
Aku nampak Zarul mencuri-curi senyum padaku, dan aku senyum kembali kepadanya.
Sepanjang minggu itu, aku dan suamiku banyak habiskan masa bersama.
Kami banyak berjalan, bersiar-siar di Kuala Lumpur.
Buat pertama kalinya, kami melawat Muzium Negara, Pasar Seni, dan tempat-tempat yang belum pernah kami lawati.
Sebelah malam kami makan dulu dan kemudian baru pulang.
Dan setiap malam sebelum kami tidur, kami akan berjimak.
Kalau nasib aku baik, dapat juga satu round sebelah pagi sejurus kami bangun dari tidur.
Pada hari terakhir kami bersama, Azman bagun awal pagi.
Dia kejutkan aku dan ajak kami bersama.
Aku dengan gembiranya memeluknya, dan kami bersetubuh di pagi sebelum kami bertolak ke airport.
Sampai di airport, aku mencium tangannya seperti biasa, dan melambainya pergi.
Setelah hilang suamiku dari pandanganku, aku berdiri untuk seketika, sebelum memusingkan tubuhku untuk beredar dari dewan pelepasan itu.

Sumber:Internet