Gelap

Cinta Dan Dosa 64

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Cinta Dan Dosa 64

. Lima hari lagi berlalu, dan aku masih kesepian.
Aku hanya melawat Azman untuk 30 minit sehari.
Selebihnya aku tinggal keseorangan.
Hatiku berasa kosong.
Jiwaku seperti ditinggalkan.
Aku semakin lama semakin rasa gersah, sebab sudah 12 hari aku tidak disetubuhi.
Aku terkenang-kenang suara Mawar memanggil suamiku ʻʻsayangʼʼ, aku terbayang-bayang melihat bekas gincu bibirnya di kain pembalut mulut suamiku.
Bau perfume nya di tubuh suamiku.
Tiba-tiba Blackberry aku berbunyi.
Terkejut aku! Aku lihat nombor tu.
Aku pernah save nombor tu sebelum ini.
Itu adalah nombor pekerja senior dalam group Azman di Deepwater Explorer.
Aku telah mengambil nombornya sewaktu aku menemuinya bersama rakan-rakannya di hospital pada malam pertama kami tiba.
Aku terus menjawab panggilan tersebut.
ʻʻHello?ʼʼ aku berkata kepada pemanggil menerusi Blackberry-ku.
ʻʻErr... ni isteri Man ke?ʼʼ suara kedengaran menyambut salamku.
ʻʻHa ah, ya.
Saya Seri.
Siapa ni?ʼʼʻʻSeri?ʼʼ tanya suara tersebut seperti kehairanan.
ʻʻYa, nama saya Seri.
Saya isteri Azmanʼʼ jelasku.
Aku pun rasa hairan kenapa dia macam terkejut bila aku sebut namaku.
ʻʻOh, ok okʼʼ kata suara itu tanda faham, ʻʻMintak maaf ya puan Seri.
Saya Rosli.
Panggil abang Li sahaja.
Ni, abang Li nak jumpa Seri boleh tak? Abang Li nak cakap sikitʼʼʻʻBoleh, abang Li.
Nak jumpa kat mana?ʼʼPertemuan telah diatur.
Aku bertemu dengan Abang Rosli dan tiga lagi rakannya disebuah restoran, kesemua mereka adalah dalam kumpulan Azman.
Aku bersalaman dengan keempat-empat mereka.
Dengan menggunakan kad kredit syarikat, aku membelanja kesemua mereka makan apa sahaja yang mereka inginkan.
Semasa pertemuan kami, banyak yang telah dibincangkan berkenaan dengan kemalangan tersebut.
Mereka tak sedap hati sebab kemalangan seperti itu tak sepatutnya berlaku di atas pelantar minyak moden seperti Deepwater Explorer.
Tak ada construction atau maintenance yang dirancang pada hari tersebut.
Kemudian Abang Rosli berkata, ʻʻAbang ingat balik apa yang berlaku.
Azman tengah jalan menuju ke Heli.
Tiba-tiba ada suara memanggil namanya, seolah-olah inginkan dia berhenti.
Azman pun berhenti berjalan.
Seri mungkin kata abang ni paranoid, tapi nampak macam ada orang sengaja nak Azman berdiri dekat exact spot tersebutʼʼSambungnya lagi, ʻʻAbang Rosli rasa tak sedap hati lah, Seri.
Seolah-olah macam ada orang nak buat pedajal pada AzmanʼʼSepanjang pertemuan itu, aku banyak bertanya soalan pada Abang Rosli dan rakan-rakannya.
Aku pun yakin seperti ada dalang yang sengaja ingin mencederakan Azman.
Aku mengambil banyak maklumat seperti nama-nama orang yang bekerja di maintenance dan sebagainya.
Aku rasa tekun untuk mengetahui apa yang terjadi pada Azman, dan aku tekun untuk mendapatkan jawapannya.
Setelah selesai perbincangan kami yang panjang lebar, Abang Rosli memberikan aku sebuah beg.
Aku kenal beg ni, ini beg pakaian Azman.
Abang Rosli juga telah memberikan aku sebuah kotak berisi barang-barang peribadi Azman yang telah ditinggalkan di kuartersnya di atas Deepwater Explorer.
Aku berterima kasih kepada Abang Rosli dan rakan-rakannya dan mebawa beg and kotak Azman balik bersamaku ke hotel.
Sampai di hotel, aku membuka beg pakaiannya.
Di dalamnya semua baju-baju dilipat kemas.
Aku menggenggam baju Azman dan menciumnya dengan dalam-dalam.
Ya Allah! Rindunya aku dengan bau tubuh suamiku! Dah berapa minggu dia tidak tidur disebelahku.
Aku sangat-sangat rindukannya sampai menitik air mataku.
Aku mengambil dan meneliti setiap satu dari bajunya dan kemudian memeluk dan menciumnya sambil berangan-angan yang aku memeluk suamiku.
Aku kemudiannya membuka kotak yang mengandungi barang-barang peribadinya.
Terdapat beberapa buku bacaan, beberapa buku agama, ada juga satu dua buku nota.
Aku membuka buku nota dan membacanya.
Kesemuanya adalah nota-nota kerjanya yang aku tak faham.
Aku meletakkan balik buku-buku tersebut ke dalam kotak tersebut.
Sambil aku belek-belek, aku terjumpa baju kurungku.
Alangkah gembiranya dalam hatiku.
Suamiku masih menyimpan baju kurungku yang tidak dibasuh agar dia dapat melepaskan rindunya padaku.
Aku sangat-sangat terharu melihat bajuku masih disimpannya.
Tiba-tiba aku terlihat satu lagi baju kurung di dalam kotak yang sama.
Aku mengambil baju tersebut dan membelek-beleknya.
Baju kurung ini berwarna biru dan tak pernah aku lihat sebelum ini.
Aku sangkakan suamiku ada membeli sehelai baju baru untukku dari Sabah.
Tapi bajunya tak nampak seperti baru.
Nampaknya macam baju terpakai.
Dan ianya tak berbasuh.
Aku cium bau baju kurung itu.
Aku kenal sangat bau itu.
Bau tubuh seseorang yang pernah tidur sekatil denganku.
Aku kenal sangat bau siapa tuan punya badan baju kurung itu.
Mawar.

Sumber:Internet