Gelap

Cinta Dan Dosa 66

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Cinta Dan Dosa 66

. Setelah berlakunya peristiwa bersama Zul, aku berada dalam kemurungan.
Jiwaku rasa amat tertekan.
Aku duduk di bilik hotelku tidak berpakaian, tidak mandi, menangis dan sentiasa berasa duka.
Aku tak membuka lampu bilikku.
Aku duduk di dalam kegelapan, tak mahu keluar, tak mahu jumpa orang.
Aku dah tak ada sesiapa.
Azman terlantar di hospital.
Ibu ayahku jauh di kampung.
Zarul masih di Semenanjung.
Aku tiada kawan-kawan di sini.
Tidak ada sesiapa yang sudi untuk menemaniku, untuk memujukku, untuk mententeramkanku, untuk memelukku.
Aku kurung dalam bilik hotel selama tiga hari tiga malam.
Aku hanya menalifon room service setiap kali aku nak makan.
Masa room service datang, aku kurung diriku dalam bilik air, dan aku akan hanya pergi makan bila staff room service telah keluar dari bilikku.
Selama tiga hari tiga malam aku kemurungan.
Aku sedih, pilu.
Aku hanya ingin mencari kebahagiaan, aku hanya ingin mencari cinta.
Tapi kenapalah aku dipergunakan sebegini.
Kenapa aku dizalimi begini.
Masuk hari keempat, Blackberry aku berbunyi.
Sebenarnya dah banyak kali pun ia berbunyi.
Aku je yang tak kuasa nak angkat.
Tapi kali ini nampak pemanggilnya ialah dari Dr Lim.
Aku hanya mengangkat panggilannya kerana ianya pasti berita pasal suamiku Azman.
ʻʻHello?ʼʼ suaraku lemah.
ʻʻHello, Mrs Seri? This is Dr.
LimʼʼʻʻYes?ʼʼ jawabku perlahan.
ʻʻMrs Seri.
I havenʼt seen you in four days, so I was just calling to find out.
Risau pula kalau you ok atau tak?ʼʼʻʻSaya ok, doktor.
Terima kasihʼʼ aku jawab tapi suaraku tak bermaya.
ʻʻSaya nak bagitahu, keadaan Azman masih sama.
Dia masih dengan life support.
Tapi dia stabil.
Jadi kami ingat nak pindahkan dia dari ICU ke ward dalam beberapa hari lagiʼʼʻʻThank youʼʼ jawabku selamba.
ʻʻKalau you free, datanglah tengok Azman ya?ʼʼ pesan Dr Lim.
ʻʻBaiklahʼʼ kataku dan aku terus mematikan telefon.
Aku merenung baju kurung biru kepunyaan Mawar yang telah aku gantung di tengah ruang tamu.
Dalam telingaku terdengar suara Mawar memanggil suamiku ʻʻsayangʼʼ.
Dalam mataku aku nampak bekas gincu bibirnya pada kain pembalut mulut Azman.
Dalam nafasku, aku dapat bau perfumenya pada tubuh suamiku.
Dalam mindaku, aku teringat kata-kata Abang Rosli yang Azman menyebut nama Mawar kepada rakan-rakan sekerjanya.
Azman tidak pun menyebut nama aku.
Sejujurnya, aku tak dapat nak ada rasa apa-apa pada Azman ketika itu.
Aku tak benci padanya.
Aku tak marah padanya.
Aku tak rasa terkilan pun padanya.
Dan aku juga tak dapat nak rasa cintaku padanya.
Aku perlahan-lahan masuk ke dalam bilik mandi.
Aku pasang shower dan aku duduk di bawahnya.
Sambil aku duduk menyangkung di bawah air shower, aku memikirkan masa depanku.
Aku macam tak ada mood nak pergi berjumpa Azman.
Sudah empat hari aku tidak pergi melawatnya.
Tapi aku tak rasa pun rindu padanya.
Mungkinkah aku sudah merajuk? Tapi kalaulah aku merajuk sekalipun, tiada siapa yang nak pujuk aku.
Aku bersiap-siap memakai baju secara bersahaja.
Aku kemudiannya keluar dari bilik hotel dan mendapatkan teksi ke hospital.
Semuanya dibuat seperti ianya satu pekerjaan, satu urusan.
Bukan kerana rindu, bukan kerana cinta.
Kata-kata Zarul terdengar semula ditelingaku,ʻʻCinta kau pada Azman adalah cinta yang formal, cinta kewajipan, cinta obligasi, cinta isteri yang melaksanakan tugas untuk suaminya, bukannya cinta dari hati, bukannya cinta dari jiwa.
ʼʼBetul kah apa yang dikatakan oleh Zarul itu? Selama ini, aku hanya merasa yang aku cintakan Azman hanya kerana aku ni isterinya?Bagaimana pula cinta Azman padaku? Adakah ianya sekadar cinta tanggungjawab seorang suami kepada isterinya? Sedangkan cinta yang terbit dari hatinya adalah milik Mawar?Mawar, kawan karibku sendiri.
Empat hari lamanya aku bersendirian memikirkan kemelut cintaku pada Azman, dan cinta Azman padaku.
Sekiranya cintaku ikhlas, maka tak wujud Datuk Aziz dan Zarul.
Dan sekiranya cinta Azman ikhlas, maka tak wujud Mawar.
Ke aku ni yang paranoid, sebenarnya? Tapi kalau lah aku ni yang paranoid, kenapa Azman ada simpan baju Mawar? Kenapa perlu simpan baju perempuan lain? Baju isteri orang? Baju tak berbasuh pulak tu? Siap boleh bau lagi tubuhnya!Setibanya aku di hospital, aku mengambil masaku untuk masuk ke bilik ICU.
Azman masih terbaring di situ.
Keadaannya masih sama, hidupnya bergantung pada life support.
Kain pembalut di kepalanya telahpun dibuka.
Aku nampak bekas pembedahan di tempurung kepalanya.
Rambutnya nipis.
Mereka telah botakkan kepala Azman untuk pembedahan baru-baru ini.
Tapi rambutnya sudah mula tumbuh semula.
Aku tidak terus mendapatkannya.
Tetapi aku pergi ke meja jururawat.
Kebetulan, yang bertugas hari itu adalah jururawat yang sama sewaktu Mawar melawat Azman.
ʻʻMi kataku perlahan padanya, ʻʻ....tolong saya Mis aku merayu padanya, ʻʻ....boleh Miss bagitahu saya apa yang Miss nampak minggu lepas dekat katil Azman?ʼʼPada mulanya jururawat tu tak mahu menjawab.
Bukan tugasnya nak jaga tepi kain rumahtangga orang lain.
Tapi disebabkan aku merayu lagi sambil mataku berlinangan air, rakan disebelahnya cuba untuk meyakinkannya untuk memberitahu.
ʻʻKalau dia hubby kau, kau mesti nak tahu kan?ʼʼ bisik rakannya.
Jururawat tersebut kemudiannya membawaku keluar dari bilik ICU tersebut.
Dia meminta rakannya untuk cover kerjanya buat sementara sambil dia bercakap denganku.
Jururawat tersebut menceritakan apa yang dilihatnya.
Dia mengatakan Mawar menangis sepanjang dia menziarahi Azman.
Mawar memeluk Azman, mengucup bibir Azman yang ditutup kain pembalut.
Dia mengusap-usap pipi Azman, lalu menciumnya.
Disebabkan jururawat tu tahu yang aku adalah suami Azman, jadi dia mengambil gambar Mawar menggunakan handphone-nya.
Jururawat tersebut menunjukkan gambar yang diambil kepadaku.
Ada dua gambar.
Yang pertamanya ialah gambar Mawar memeluk tubuh Azman sambil membaringkan kepalanya di atas dadanya.
Gambar kedua ialah gambar Mawar mengucup bibir Azman yang dilapik oleh kain pembalut.
Jururawat itu memohon maaf padaku.
Dia mohon maaf banyak-banyak padaku.
Kali ini hatiku remuk, hancur berkecai.
Sebelum ini aku akui yang aku mungkin tak rasa apa-apa.
Mungkin itu adalah ego-ku cuba untuk menutup kecuranganku sendiri.
Tapi hakikatnya sekarang hatiku sedang rasa sangat-sangat sedih, sangat-sangat sakit.
Sebelum ni aku hanya membuat andaian, tapi setelah melihat gambar-gambar yang telah diambil oleh jururawat tu, memang sangat nyata yang Mawar dan Azman ada lakukan hubungan rahsia.
Tak kan Mawar nak peluk dan cium suamiku sambil menangis dan memanggilnya ʻʻsayangʼʼ sekiranya mereka tak ada apa-apa? Sukar untuk aku hendak bersangka baik lagi.
Aku masuk semula ke dalam bilik ICU dan aku duduk di sebelah suamiku.
Aku merenung mukanya.
Mukanya tetap tenang dan aman.
ʻʻAbang...ʼʼ kataku perlahan, ʻʻ...Abang masih cintakan Seri ke?ʼʼAku berhenti mengambil nafasku.
Aku menutup mataku, ʻʻSeri dah tahu pasal Mawar, abangʼʼ kataku dengan perlahan lagi, ʻʻSeri cuma nak hati abang..... siapakah yang sedang bertaut di dalam hati abang..... dan jika Seri bukan Seri fahamʼʼAku menitiskan air mataku.
ʻʻSeri ber kataku teresak-esak, ʻʻ.....untuk berundur......ʼʼʻʻSeri akanAku menutup mukaku dengan tanganku.
Aku tak dapat nak menahan air mataku.
Aku terus keluar dari bilik ICU itu dalam tangisan.

Sumber:Internet