Gelap

Cinta Dan Dosa 67

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Cinta Dan Dosa 67

. Aku menghabiskan tiga hari berikutnya di resort Shangri-La sahaja.
Aku duduk di tepi pantai, di bawah pokok, merenung jauh ke laut.
Sudah tiga hari aku tak menjenguk Azman.
Sudah tiga hari aku tidak ambil tahu tentang apa yang terjadi kepadanya.
Aku tahu aku tak sepatutnya rasa sebegini, sedangkan aku pun jauh lebih curang berbanding dengan nya.
Tetapi yang menyedihkan aku ialah bukan sebab Azman curang.
Tapi sebab aku tak tahu siapa milik hati Azman.
Dan besar kemungkinan ianya bukan aku.
Itu sebenarnya yang menyebabkan aku sedih.
Sebab aku tidak bertahta di dalam hatinya.
ʻʻJauh termenungʼʼ tiba-tiba ada suara menegurku.
Aku kenal suara tu.
Aku memalihkan pandanganku ke arah suara tu.
Berdiri di hadapanku ialah seorang lelaki yang aku cukup kenal, seorang lelaki yang selalu menemaniku, seorang lelaki yang aku betul-betul perlukan pada ketika ini.
ʻʻZarul!ʼʼ mulutku menyebut namanya, ʻʻE kenapa kau tak bagitahu aku yang kau balik hari ni?ʼʼʻʻDah berpuluh message aku hantar, dah berpuluh missed call.
Kau yang tak jawab?ʼʼ suaranya berbunyi seperti merajuk, ʻʻAku ingat kau nak lah jemput aku dari airport.
Aleh aleh aku kena ambik teksi nasib badan....ʼʼ keluh Zarul manja.
Aku menghulurkan kedua-dua tanganku.
Dia menyambutnya.
Dia kemudian menarikku berdiri dan terus memelukku.
Pelukannya sangat erat.
Aku sangat-sangat perlukan pelukannya pada ketika ini.
Zarul mencium pipiku, menghidu tubuhku, ʻʻbusuk nya!ʼʼ katanya tertawa, ʻʻdah berapa hari tak mandi ni?ʼʼMukaku merah padam.
Aku akui aku melalaikan kebersihan ku sendiri.
Kali terakhir aku mandi ialah tiga hari lepas sebelum menziarahi Azman.
Aku melepaskan pelukannya.
Aku tunduk malu.
Mesti dia rasa geli dengan bau badanku.
Zarul terus memelukku semula, ʻʻAku bergurau jer,ʼʼ katanya manja, ʻʻbusuk-busuk kau pun, aku tetap sayang kau......... Aku cintakan kau, Seriʼʼ suaranya kali ini sangat romantis.
Zarul terus mengucup mulutku, dan dia menyedut nafasku.
Badanku seperti terkena elektrik tatkala dikucup olehnya.
Sudah terlalu lama aku tidak merasa begini.
Aku sangat-sangat rindu perasaan begini.
Aku menghabiskan masa bersama Zarul di bawah teduhan pokok.
Aku bertanyakannya pasal Aina.
ʻʻKami dah tak ada apa-apa dahʼʼ kata Zarul dengan suara yang agak muram.
ʻʻKami dah sah bercerai..... itʼs overʼʼ Zarul memelukku erat sambil mencium pipiku dengan dalam.
ʻʻIʼm sorry, Zarul....ʼʼ kataku memujuknya.
ʻʻAku tahu kau kecewa sebab masjid yang kau dirikan bersama Aina tak dapat bertahanʼʼʻʻMungkin sampai situ sahaja jodoh ku, Seriʼʼ katanya sambil masih memelukku.
ʻʻMungkin kau adalah jodoh kekal buatkuʼʼ sambungnya sambil memandangku dengan penuh kasih sayang.
Aku sangat terharu dengan kata-katanya.
Aku kemudiannya bercerita kepada Zarul tentang apa yang telah berlaku semasa ketiadannya.
Aku menceritakan pasal perjumpaanku dengan Abang Rosli, dan aku memberitahunya yang aku yakin apa yang berlaku pada Azman bukannya satu kemalangan.
ʻʻItʼs an uphill battle against a mighty corporation, Seriʼʼ kata Zarul padaku.
Tapi aku masih kata padanya yang aku akan sentiasa siasat lagi sehingga aku tahu apa yang berlaku pada Azman.
Kemudian aku menceritakan pula pasal Mawar, kawan karibku.
Dia dan suaminya Khairul menumpang malam bersamaku.
Tapi aku juga menceritakan apa yang aku nampak dengan mata dan kepalaku.
Aku menceritakan segalanya tentang Mawar dan Azman, seolah-olah aku mengadu kepadanya.
Sambil aku mengadu, aku menitiskan air mataku.
ʻʻAku nak kau tahu yang aku sangat cintakanmu, aku tak akan lukakan hatimu walau sebesar jarumʼʼ Zarul kemudian mengucup bibirku lagi, dan kami berkucupan dan berpelukan di bawah teduhan pokok itu.

Sumber:Internet