Gelap

Cinta Dan Dosa 72

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Cinta Dan Dosa 72

. ʻʻYa Allah! Syukur Alhamdulillah! Alhamdulillah!ʼʼ ucap syukur ibu bapa Azman tatkala aku menalifon mereka untuk memberitahu khabar berita gembira yang Azman telahpun sedar.
Azman tersenyum melihat tangisan gembiraku sambil aku berbual dengan ibu bapanya.
Aku kemudiannya meletakkan telefon Blackberry-ku ke telinga Azman dan suamiku berbual-bual dengan ibu bapanya.
Sungguh terharu aku melihat mertuaku dapat mendengar suara anak mereka semula.
Setelah selesai perbualan telefon dengan mertuaku, aku menalifon ibu dan ayahku juga dan memberitahu mereka berita yang sama.
Mereka cukup gembira apabila mendapat tahu yang menantu mereka sudah sedar.
Ayah dan ayah mertuaku memang rakan yang baik sejak kecil, jadi ayahku berterima kasih kepadaku kerana aku sentiasa ada untuk menjaga anak rakan baiknya.
ʻʻTerima kasih, Seri,ʼʼ kata ayahku padaku, ʻʻterima kasih kerana sentiasa ada di sisi Azman, jaga Azman.
Tak sia-sia mak dan abah besarkan Seri.
Seri sentiasa taat kepada suami.
AlhamdulillahʼʼAku menitiskan air mataku tatkala mendengar kata-kata ayahku, ʻʻaba pesanan abah pada Seri tulah yang sebenarnya telah menyelamatkan Seri juga.
Terima kasih abah kerana abah sentiasa mengingatkan Seri.
Seri tak kan lupa pesanan abah sampai bila-bilaʼʼYa, pesanan ayahku itulah yang telah menyelamatkanku dari bercerai dengan Azman.
Kesemua doktor-doktor dan jururawat-jururawat hosiptal tersebut gembira dengan perkembangan Azman.
Dr Lim juga sangat gembira melihat Azman sudah sedar.
Aku yang tak dapat menahan kegembiraanku juga telah bersalaman dan mencium tangan Dr Lim tanda terima kasih.
ʻʻAzman tidur selama empat bulan lamanya, jadi otot-ototnya masih lemah.
Kita akan buat physiotherapy pada Azman sehingga dia boleh bergerak seperti normal semulaʼʼ kata Dr Lim.
ʻʻBerapa lama physiotherapy tu, doktor?ʼʼ tanyaku.
ʻʻKita akan buat assessment.
Kecederaan dia bukan pada tubuh badannya, tapi pada kepala dia.
Basically his muscles are all ok.
Cuma Azman kena remember macam mana nak bergerak seperti dulu.
Remember it is all in his brainʼʼ jelas Dr Lim, ʻʻbut looking at him now, saya rasa dua-tingga minggu full physiotherapy dia akan kembali normalʼʼAku berterima kasih lagi pada Dr Lim.
Tiba-tiba Blackberry aku berbunyi.
Ada message masuk.
Aku tengok Blackberry aku.
Message dari Mawar.
PARENTS AKU BARU CALL.
DIAORG KATA AZMAN DAH SEDAR.
SYUKUR ALHAMDULILLAH!! WE ARE SO HAPPY!! NANTI AKU DAN KHAIRUL AKAN DATANG.
Aku merenung message dari Mawar untuk seketika.
Kali ini aku tidak dapat nak tumpang gembira sepertinya.
Aku tahu Mawar pasti gembira untuk berjumpa Azman semula.
Tapi hatiku tidak berasa senang memandangkan aku telah tahu apa yang berlaku pada mereka berdua.
Malam tersebut aku tidur di wad.
Malah aku tidur di atas katil Azman, memeluk tubuh suamiku.
Aku memeluk tubuhnya erat seolah-olah tidak mahu melepaskannya.
Azman milikku.
Dia suamiku.
Aku tak kan biarkan mana-mana perempuan merampasnya dariku.

Sumber:Internet