Gelap

Cinta Dan Dosa 78

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Cinta Dan Dosa 78

. Aku pulang semula ke bilik hotel-ku.
Aku tak berhenti menangis.
Aku tak dapat menahan tangisanku.
Aku malu.
Aku kotor.
Aku jijik.
Aku busuk.
Segala buruk adalah diriku, dan aku rasa sehina-hinanya.
Aku duduk mencangkung di atas katilku, memeluk kakiku.
Suamiku akan pulang sebentar lagi.
Macam mana aku hendak menghadapinya.
Aku takut.
Badanku menggeletar ketakutan.
Keringat peluhku membasahi tubuhku, seiring dengan air mataku.
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Azman pun pulang.
Dia baru pulang dari minum malam bersama Khairul.
Azman masuk ke dalam bilik tidur kami, dan melihatku menangis tersedu-sedu.
Pada mulanya dia seperti tidak mengendahkan aku.
Tapi lama-kelamaan, dengan perlahan-lahan dia duduk di atas katil disebelahku, dan melihat wajahku.
Mukanya nampak sedih, nampak pilu.
Rahsia kehidupan hitamku sebenarnya telah diketahui suamiku sekian lama.
Dan dia juga tahu bermula malam ini, aku tidak dapat menyembunyikan rahsia hidupku darinya lagi.
Aku terus memeluk suamiku.
Aku memeluknya erat.
Aku memeluknya seperti dia adalah talian hayatku.
Tapi Azman tidak memelukku kembali, dia hanya duduk disitu dengan kaku.
ʻʻAmpunkan tangisku berderu-deru, ʻʻAmpunkan Seri! Ampunkan Seri!ʼʼ kataku berulang-ulang kali tanpa henti.
Azman tidak bergerak.
Tiada satu reaksi pun dari dirinya.
Dia seperti tidak mengendahkan pelukan dan rayuanku.
Aku tidak putus asa, aku terus meminta ampun padanya berulang kali.
Walaupun Azman telah lama memendam perasaannya, tapi malam ini dia akhirnya meluahkan kekecewaannya padaku, yang telah sekian lama tertanam di dalam hatinya.
ʻʻSampai hati kau, Seriʼʼ kata suamiku perlahan, ʻʻsampai hati kau lakukan perkara keji tuʼʼAku menangis lebih deras lagi.
ʻʻMungkin Abang boleh faham, mungkin Abang boleh terima kalau Seri dipaksa, kalau Seri tak ada tapi bila Abang tengok Seri memberi kerelaan....mala abang tengok enjoyʼʼ kata suamiku dengan suaranya yang tersekat-sekat, pilu.
Aku tak dapat nak berkata apa-apa lagi.
Suaraku tenggelam dalam tangisanku.
Aku cuba untuk mencari tenaga untuk berkata sesuatu, ʻʻSeri lema tak kua kataku perlahan, ʻʻ...Seri perlukan sentuhan Abang.... kalau tidak Seri akanʻʻO jadi itu lah dia alasan Seri? Sebab Abang tak sentuh Seri? Jadi bila Abang tak sentuh Seri, Seri benarkan lelaki lain sentuh Seri? Macam tu??ʼʼ kata suamiku marah.
ʻʻ aku merayu pada suamiku, ʻʻ...Seri nak abang yang Seri tak mampu nak berdiri sendiri tanpa Abang..... bila abang tak ada dari Seri akan hanyut di bawa Seri lemah, Abang..... Seri sangat-sangat lemaAzman terus berdiri.
Dia seperti tidak dapat menerima kenyataan begitu dariku.
Alasanku lemah.
Alasanku tak boleh diterima.
Tak kan tak ada sedikit pun maruah diri yang ada padaku yang membolehkan aku mempertahanku dari godaan nafsu.
Aku tetap merayu pada suamiku, ʻʻAbang.... tolong bimbing tolong Abang.....ʼʼ Tanganku mencapai-capai untuk memeluknya.
Azman tidak mengendahkan rayuanku.
Dia terus berjalan ke tingkap besar bilik tidur kami dan memandang ke luar.
Dia berdiri di situ tanpa berkata apa-apa untuk seketika.
Aku terus bangun dari katil dan terus memeluknya dari belakang.
Tubuh badanku menekan erat pada tubuhnya.
Aku tak mahu melepaskan pelukanku.
Aku menangis merayu-rayu.
Azman tidak bergerak.
Dia hanya memegang cermin tingkap besar bilik kami dengan kedua-dua tangannya, kemudiannya dia menyandarkan kepalanya pada kaca tingkap tersebut.

Sumber:Internet