Gelap

Covid 19 4

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Covid 19 4

. Alfa Gusti Purnama seindah nama nya, begitu juga orang nya.
Alfa duduk termenung di kaki tangga flat Kenari, Seri Kembangan.
Sudah hampir 3 tahun dia duduk disitu setelah berhijrah mencari kerja di Malaysia.
Alfa nekad meninggalkan kampung halaman nya di Medan, Sumatra Utara apabila dia mahu dinikahkan dengan seorang lelaki tua yang sudah memiliki 2 orang isteri.
Dia memilih untuk lari bersama kekasih hatinya Agus menuju ke Malaysia untuk mencari kehidupan yang lebih baik.
Apabila tiba di Malaysia Agus buat keputusan untuk melangsungkan nikah siri dengan Alfa.
Nikah siri ini sering dilakukan oleh orang Indonesia ketika merantau kerana ianya serba ringkas dan tidak memerlukan ongkos yang banyak.
Ketika meninggalkan tanah kelahirannya Alfa cuma berumur 18 tahun dan setelah 3 tahun berlalu Alfa memiliki seorang anak hasil daripada perkahwinannya bersama Agus.
  Seorang anak lelaki yang petah berkata-kata.
Anak nya itu akan ditinggalkan bersama pengasuh yang juga orang Indonesia jika Alfa turun bekerja.
Kini hampir setahun wabak Covid-19 melanda dunia dan Alfa baru sahaja diberhentikan kerja di salah sebuah kilang di Balakong.
Apa yang lebih membuatkan hati Alfa galau kerana permit miliknya yang sudah pun tamat tempoh.
Kilang tempat Alfa bekerja tidak mahu menyambung permit kerja dirinya kesan daripada kerugian yang di alami akibat daripada pandemik Covid-19.
Hendak mengharapkan duit daripada suaminya Agus sudah tentu tidak cukup.
Agus cuma pekerja buruh binaan.
Kadang-kadang duit gaji nya cuma cukup buat bayar sewa rumah dan buat belanja beli barangan dapur.
Semenjak tauke tempat Agus bekerja mendapat tender di Senawang, Negeri Sembilan, Agus tinggal di kongsi yang disediakan.
Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia menyukarkan Agus untuk balik kerana aktiviti merentas negeri tidak dibenarkan.
Maka tinggallah Alfa bersama anak nya keseorangan di rumah.
Suatu "Alfa, kalau kamu mau ada kosong jawatan cleaner di tempat ku bekerja," bilang Sumarti jiran yang tinggal di tingkat bawah rumah Alfa.
"Di mana tempatnya? Apa bos kau mau mengambil pekerja yang tiada permit Mar?" Soal Alfa kembali.
"Dekat dong dengan rumah kita, cuma di The Mines Shopping Mall.
Gak perlu dibahaskan dong tentang permit kerja, kita bisa buat 'i-card' palsu.
Nanti aku aturkan yah," ujar Sumarti menanti persetujuan dari Alfa.
Akhirnya Alfa menganggukkan kepala tanda bersetuju.
Dia fikir dengan bekerja dan kumpul duit dia mampu untuk memperbaharui permit kerja nya dikemudian hari.
Setelah hampir seminggu menganggur, Alfa fikir sudah tiba masa nya dia merencana sesuatu agar dapat terus hidup di bumi Malaysia.
Selepas 2 "Macam mana Fa kerja nya? Okay?" Tanya Sumarti ketika berehat makan tengahari bersama Alfa di sebuah kedai mamak bersebelahan dengan Mines 2.
"Okay dong.
Terima kasih ya Mar, udah membuka jalannya buat aku.
" Ujar Alfa dengan senang hati.
Malam itu tepat jam10 malam Alfa berjalan kaki sendirian pulang ke rumahnya.
Sumarti yang selalu menemaninya telah pulang terlebih dahulu pada jam6 petang tadi kerana berlainan shift.
Sebaik sahaja Alfa berjalan melepasi satu selekoh bersebelahan dengan loji najis, 2 buah motosikal berhenti dihadapannya memakai pakaian seragam polis.
"Cik tolong berhenti.
Cik dari mana ni?" Soal salah seorang dari polis tersebut yang bernama Kamarul berpangkat Koperal.
Alfa melirik nama nya melalui 'name tag' yang melekat di pakaian seragam nya "Mau balik ke rumah tuan.
Saya baru sahaja habis bekerja.
" Jawab Alfa jujur.
"Minta cik keluarkan dokumen pengenalan diri.
Saya ingin memeriksa nya," pinta Koperal Kamarul.
Dengan tangan yang terketar-ketar Alfa memberikan satu 'i-card' yang diperolehinya daripada Sumarti.
Setelah meneliti dokumen pengenalan diri milik Alfa dengan agak lama, Koperal Kamarul memanggil seorang lagi anggota polis agar mendekatinya.

Sumber:Internet