Gelap

Daddysitter 18 3

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Daddysitter 18 3

. Beberapa minggu kemudian selepas pergaduhan antara Aleya dengan Faris, segalanya mula menjadi lebih tenang dan damai.
Aleya bangun dari katilnya setelah penggera telefon berdering berkali-kali untuk mengejutkan dirinya.
Dia menggeliat sebentar dan terus mencapai telefon itu.
"Notis? Apa ni?" soal Aleya yang masih berada dalam keadaan mamai.
Dia melihat notis yang telahpun dicatatkan dalam telefon itu dan mendapa "Hari ni birthday Faris! Aku kena cepat bersiap!" kata Aleya lalu segera bangun dari katilnya.
Selepas Aleya selesai mandi dan lengkap berpakaian, dia keluar dan terus berjalan ke dapur.
Pada pagi itu, dia memulakan hari dengan memasak telur dadar.
Ketika itu jugalah pasangan kembar Hasan dan Husin muncul.
Mereka sedang berasa teruja ketika berbual mengenai sambutan hari jadi ayah mereka.
"Orang tua suka lagi ke main video games?" soal Husin.
"Ataupun kita boleh dapatkan chemistry set untuk daddy," cadang Hasan pula.
Aleya menoleh ke arah mereka sambil tersenyum.
"Dua-dua pun bagus.
Tapi kalau kita nak cari hadiah yang paling sempurna, kita kena fikirkan apa yang daddy suka," kata Aleya.
"Oh..," balas kembar berdua itu serentak.
"Mula-mula, kita kena fikirkan yang daddy tu orangnya macam mana," kata Aleya lagi.
"Tua!" jerit Husin.
"Dan... baik?" kata Hasan.
"Betul.
Tua dan baik.
Tapi daddy korang juga rendah diri dan rajin orangnya.
Dia suka benda yang mudah dan praktikal.
Dia juga ada common sense.
Jadi..," Aleya menangguhkan bicaranya seketika.
Kedua-dua budak lelaki itu memandangnya dengan penuh harapan.
"Apa kata kita masakkan daddy korang sesuatu?" soal Aleya.
"Saya berharap awak tak plan yang bukan-bukan untuk bawa budak-budak ni keluar jalan-jalan waktu panas," tiba-tiba kedengaran suara Faris dari ruang tamu.
Aleya mengangkat wajahnya sebaik sahaja Faris melangkah masuk ke dapur, masih sedang membutangkan baju kemejanya.
  Untuk seketika, Aleya merenung dada bidang Faris yang terdedah dan hanya mampu meneguk air liurnya sendiri.
"Selamat pagi, semua," ucap Faris.
"Happy birthday, birthday boy!" ucap Aleya dengan gembira.
"Oh, tak perlulah sampai macam tu sekali," kata Faris dengan senyuman pada wajahnya.
"Eh, perlulah! Ini kan ulang tahun kelahiran Faris Farhan.
Hari ni ialah hari yang sangat istimewa!" kata Aleya.

Sumber:Internet