. Aleya hanya dapat memerhatikan gelagat Julia yang melangkah masuk dengan berlagak seolah-olah dialah pemilik rumah tersebut.
"Oh, masuklah," kata Aleya dengan lemah-lembut.
Julia terus berpaling ke arahnya.
"Oh, aku Julia Amir dari Amir Industries.
Selaku maid baru, kau akan sentiasa nampak aku kat rumah ni, jadi sila biasakan diri kau dengan kehadiran aku," kata Julia.
"Saya bukannya maid, Cik Julia.
Saya Aleya, pengasuh Hasan dan Husin," kata Aleya lalu menghulurkan tangannya.
"Oh, ya ke?" balas Julia tanpa rasa kagum.
Kedua-dua matanya terus terarah pada Aleya.
Dia memberikan sebuah pandangan yang mempunyai makna tersirat, seolah-olah dia mahu Aleya pergi ke tepi dan berjauhan daripadanya.
Aleya terus menahan pandangan itu dan berbicara.
"Oh, kitorang ada buat makan malam untuk sambut hari jadi Faris.
Benda ni kitorang buat secara spontan sebab nak bagi surprise pada Faris.
Biar saya bawa cik Julia ke meja makan," jelas Aleya.
Julia tersenyum.
"Oh, baguslah tu.
Aku harap Hasan dan Husin tak kotorkan dapur," kata Julia.
"Oh, sebenarnya diorang berdua buat kerja dengan baik! Rasanya kitorang ada makanan lebih kalau cik nak rasa sikit," kata Aleya.
Julia menggeleng.
"Eh, tak apa! Aku ada diet makan yang aku kena jaga," balas Julia.
Julia terus menolak Aleya ke tepi dan meluru ke ruang makan.
Setibanya Julia di ruang makan, Faris dan kedua-dua anaknya berdiri dari kerusi masing-masing dengan rasa terkejut.
Faris memandang Julia dengan rasa kekok.
"Oh, Julia! You buat apa kat sini?" soal Faris.
Julia melemparkan senyuman kepada lelaki itu.
"Happy birthday!" ucap Julia dengan ceria.
Julia terus mencium pipi kanan Faris lalu menghulurkan sebuah kotak kecil.
Apabila kotak itu dibuka, terdapat seutas jam tangan yang kelihatan mewah dan berkilat.
Aleya merenung ke arah hadiah tersebut dan mendapati jam tangan itu sama dengan jam tangan yang sudah dipakai oleh majikannya.
"Jam lagi? Thank you, Julia," balas Faris.
"Hmm, kenapa dia hadiahkan sesuatu yang Faris dah ada? Dia tak buat research ke tak apa yang Faris nak?" fikir Aleya sendiri.
Julia tersenyum setelah mendengar kata-kata Faris.
"Anything for you, babyboo," kata Julia.
Julia terus berpaling ke arah pasangan kembar itu.
Dia mengusap kepala Hasan dengan lembut ketika budak itu hanya duduk secara tetap di kerusinya.
"Kenapa ni? Awak tak gembira ke dapat jumpa Aunty malam ni, Husin? Aunty ada belikan hadiah, tau?" soal Julia kepada Hasan.
"Saya Hasan," balas Hasan dengan wajahnya bertukar marah.
"Whatever.
Nah, tengok ni! Aunty ada belikan juga jam tangan untuk korang berdua! Jenama Armani, tau?" kata Julia.
Dia terus berpaling ke arah Husin.
"Husin, cuba tengok jam tangan korang berdua.
Matching, kan? Terimalah hadiah yang fabulous ni, ikhlas dari Aunty yang korang sayang," kata Julia lagi.
Husin kelihatan tidak senang hati.
"Baguslah tu, budak-budak memang suka kalau dapat jam sebagai hadiah," kata Husin secara sinis.
Sumber:Internet