. Aleya masih berada di dalam pejabat Hakimi apabila minuman tertumpah pada bajunya.
Sebaik sahaja tangan Hakimi berada berdekatan dada Aleya, Faris melangkah masuk ke dalam pejabat adiknya.
"Saya harap saya tak ganggu apa-apa," kata Faris.
Aleya terkejut apabila mendapati majikannya berada di hadapan dirinya dan Hakimi.
Dia sedar bahawa tangan Hakimi masih berada pada dadanya.
Tangan Hakimi segera dialihkan dan adik angkat Faris itu terus menjarakkan diri.
Faris kelihatan sangat marah setelah melihat keadaan di dalam pejabat itu.
"Faris, awak jangan salah faham.
Benda ni bukan macam apa yang awak sangka," kata Aleya dengan rasa panik.
"Saya yang salah faham? Habis tu, apa yang korang tengah buat berdua-duaan kat sini?" soal Faris, nadanya kian meninggi.
"Relaks, Faris.
Kitorang cuma nak bersihkan kotoran ni je.
Aleya tumpahkan minuman pada baju dia.
Nampak tak?" jelas Hakimi sambil menunjukkan tumpahan minuman pada baju Aleya.
Apabila Aleya melihat ke arah wajah Faris, dia mendapati wajahnya semakin mengeras dan dahinya berkerut.
Kemudian, Faris terus berdehem dan menoleh ke arah Aleya.
"Jadi, macam mana dengan party planning tu?" soal Faris, kali ini ekspresi wajahnya lembut.
Aleya menghela nafas lega dan terus menjadi lebih tenang.
"Oh, kitorang sebenarnya dah siap.
Tak susah pun.
Julia ada arahan yang agak... spesifik," balas Aleya.
"Hmm, saya memang kenal Julia tu.
Dia memang agak..," Faris terus menundukkan wajah, barangkali mencari perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan Julia.
"..Agak high maintenance?" soal Aleya.
"Betul tapi salah pada masa yang sama," balas Faris.
"Huh?" Aleya terus menoleh ke arah Hakimi.
"Kitorang berdua kenal betul si Julia tu.
Buat-buat faham je la kata-kata Faris tu," kata Hakimi lalu mengenyitkan matanya kepada Aleya.
"Apapun, saya rasa saya dah biarkan awak duduk lama sangat dengan Hakimi untuk hari ni.
Saya harap dia tak bocorkan rahsia keluarga kitorang," kata Faris lalu menoleh ke arah adik angkatnya dengan senyuman.
Aleya mengingati saat apabila dia bertanyakan banyak soalan peribadi kepada Hakimi.
Setelah mendengar soalan majikannya itu, dia mula rasa bersalah.
"Jangan risaulah, Faris.
Aleya tak tahu yang kita berdua pernah sertai band..," sebelum Hakimi sempat memghabiskan ayatnya, Faris terus memotong bicara.
"Oh, tengoklah pukul berapa sekarang? Saya datang ni nak bawa awak balik, Aleya.
Melainkan..," kata Faris dengan pandangannya terarah pada Aleya.
Aleya turut menoleh ke arah jam dinding dan seterusnya mendapati Hakimi sedang mengenyitkan mata terhadapnya.
Aleya menggigit bibirnya seketika dan sempat melirikkan matanya ke arah Faris.
"Korang berdua masih ada perkara yang belum selesai ke?" soal Faris dengan rasa marah.
Senyuman nakal terbit pada wajah Aleya.
"Faris cemburu ke? Mungkin aku boleh ambil kesempatan ni untuk jadi lagi rapat dengan dia," fikir Aleya sendiri.
Faris terus berjalan ke arah pintu.
"Aleya, awak balik dengan saya atau tak?" soal Faris.
Aleya tersenyum ke arah majikannya.
"Baiklah, saya rasa urusan saya kat sini dah habis.
Saya balik rumah dengan awak, Faris," kata Aleya.
Sumber:Internet