Gelap

Daddysitter 18 6

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Daddysitter 18 6

. Sewaktu majlis pertunangan Faris dan Julia.. Aleya sempat melihat ke arah Faris buat kali terakhir setelah lengannya ditarik oleh Hakimi.
Langkah mereka berdua terhenti dan Hakimi terus membuatkan Aleya menari dengannya.
Pandangan Faris masih melekat pada Aleya meskipun mereka berdua di dua sudut yang bertentangan.
Aleya terus berpaling ke arah Hakimi.
Dia berasa hairan, keliru, terkejut dan geram pada masa yang sama.
"Hakimi, apa yang penting sangat sampai awak kena tarik saya macam tu sekali?" soal Aleya.
"Hmm, tak ada apa sebenarnya.
Cuma tadi saya perhatikan awak dengan Faris menari dengan begi rapat.
Terlalu rapat untuk orang lain tengok," jelas Hakimi, wajahnya serius.
Aleya menganggukkan kepalanya.
Wajah Hakimi terus berubah menjadi lebih lembut dan senyuman terpapar pada mukanya.
"Jangan risaulah.
Lagipun, saya suka buat abang saya tu sakit hati," kata Hakimi lagi.
"Apapun, terima kasih.
Saya rasa.. saya memang perlukan ruang untuk diri saya sendiri," kata Aleya lalu wajahnya ditundukkan.
"Aleya, saya tak tahu apa yang jadi antara awak dengan Faris tapi saya dapat rasakan korang berdua tak rasa seronok langsung malam ni.
Apa yang saya tahu, hubungan dewasa ni kenalah jadi seronok," kata Hakimi.
Hakimi terus memutarkan badan Aleya dan seterusnya menarik wanita itu ke arahnya.
Aleya hanya mampu tergelak dalam situasi itu.
"Nampak tak? Sekarang, awak rasa lebih seronok dengan saya," kata Hakimi lalu tersenyum.
Aleya cuba mengawal dirinya daripada menoleh ke belakang namun dia dapat merasakan kehangatan renungan Faris ke arah mereka berdua.
Selepas beberapa lagu dimainkan, para tetamu kemudiannya berkumpul dan berhimpun sama-sama bagi menyambut pertunangan Faris dan Julia.
Kelihatan Julia dan Faris sedang berada di atas pentas dan mereka berdua sedang memegang segelas minuman.
"Thank you semua sebab datang ke majlis kitorang yang fabulous ni.
Malam ni dah jadi seolah-olah mimpi berubah jadi kenyataan bagi saya," kata Julia menerusi mikrofon yang berdiri di tegak di hadapannya.
Wanita itu terus menoleh ke arah tunangnya, Faris.
"Faris juga merupakan mimpi saya yang turut berubah jadi kenyataan," kata Julia lalu tersenyum.
Julia mengangkat gelasnya dengan pandangan mata terarah kepada Faris.
Mereka berdua tersenyum sesama sendiri dengan mata Julia yang tidak henti-henti berkerdip.
Aleya yang berdiri di belakang kebanyakan tetamu hanya mampu melepaskan nafas geram.
"Julia ni biar betul," kata Aleya.
Hakimi yang berdiri di sebelah wanita itu tersenyum.
"Awak nak tahu something tak? Ucapan Julia tu pun ada orang lain yang tuliskan," kata Hakimi.
Kedua-dua mata Aleya terbeliak.
"Seriuslah?" soal Aleya.
Hakimi sekadar mengangguk.
"Ya ampun, susah sangat ke untuk tulis ucapan sendiri? Lagi-lagi untuk tunang dia?" soal Aleya, mempertikaikan tindakan Julia itu.
"Dia cuma senang kalau Julia betul-betul cintakan Faris," balas Hakimi.
Aleya dan Hakimi terus menoleh ke arah Julia yang masih berucap di atas pentas.
"Faris dan saya dah berdating selama.." Julia terus membuka kertas yang melekat pada tapak tangannya dan membaca sesuatu.
"...Lapan bulan tapi kitorang dah jadi kawan baik untuk masa yang sangat lama," sambung Julia.

Sumber:Internet