Gelap

Daddysitter 18 8

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Daddysitter 18 8

. Seminggu kemudian... Nabilah hadir ke rumah untuk berjumpa dengan Aleya bagi mempersiapkan dirinya sebelum bertolak ke parti kelab golf yang dianjurkan oleh keluarga Faris.
"Faris kata yang mak ayah dia nak jumpa aku.
Aku macam tak boleh percaya! Aku kan setakat babysitter Husin dan Hasan je," ujar Aleya kepada Nabilah.
Nabilah menggelengkan kepalanya.
"Come on, Aleya.
Cubalah kau jadi positif sikit.
Kau bukan setakat babysitter Hasan dan Husin tapi kau juga yang buat Faris happy walaupun dia bertunang dengan Julia tu.
Lagipun, kau tak nak jumpa ke dengan diorang? Entah-entah, diorang pula jadi bakal mak ayah mertua kau?" soal Nabilah.
Aleya mencampakkan bantal ke arah rakan baiknya itu.
Nabilah sempat menangkap bantal tersebut dan mereka berdua ketawa.
"Tak payah beranganlah, Nabilah.
Aku dengan Faris takkan dapat bersama.
Perkahwinan dia dengan Julia dah lama ditetapkan," jelas Aleya dengan nada kecewa.
Nabilah memandang rakannya itu dengan simpati.
Aleya menundukkan wajah, memandang ke arah kedua-dua kakinya yang berpijak pada lantai sewaktu dia duduk di atas katil.
"Kau betul-betul sukakan Faris ke?" soal Nabilah.
"Aku... aku tak tahulah.
Aku tak nak perasaan aku ni mengundang masalah," kata Aleya lalu membaringkan dirinya di atas katil.
"Weh Aleya, kalau kau ada perasaan terhadap seseorang, itu bukannya satu masalah.
Itu lumrah.
Lagipun, Faris tu baru setakat bertunang, belum betul-betul dah berkahwin.
Aku tengok dia dan Julia tu tak adalah nampak macam pasangan bercinta," kata Nabilah.
Aleya memejamkan matanya lalu menghela nafas panjang.
"Jadi apa yang kau cuba cakapkan ni, Nabilah? Kau nak aku dapatkan Faris ke?" soal Aleya, hairan.
"Kalau kau betul-betul cintakan dia, kau kejarlah Faris sampai dia dah ada dalam genggaman kau.
Belum terlambat lagi untuk kau buat dia sedar yang dia cintakan kau juga.
Kau pun tahu yang Faris sukakan kau, kan? Cuma dia takut untuk mengaku," jawab Nabilah.
"Kejar Faris sampai dapat? Nabilah, Faris tu dah bertunang.
Macam mana aku nak dapatkan Faris kalau dia dah terikat dengan orang lain?" soal Aleya lagi.
"Well, there is a first step for everything.
Kau kena buat langkah pertama dulu supaya dia tak terlepas.
Apa kata kau mulakan langkah pertama kau dengan ambil hati mak ayah dia dulu?" cadang Nabilah lalu tersenyum dengan seribu makna.
Aleya turut tersenyum.
"Hmm, well that makes sense.
Nak puaskan hati anak, kenalah puaskan hati mak ayahnya dulu.
Perjumpaan aku dengan diorang nanti akan jadi first step untuk dapatkan Faris," kata Aleya dengan bersemangat.
"Macam itulah yang kita nak! Sekarang biar aku tolong kau untuk impress mak ayah Faris," kata Nabilah.
Aleya dan Nabilah menyelongkar almari pakaian di dalam bilik itu.
Banyak jenis gaun dan pakaian diperiksa.
Selepas beberapa minit, rakan baik Aleya itu mengeluarkan sehelai blaus perang cerah dengan tompok-tompok hitam sebagai motif perhiasan baju bersama skirt labuh hazel dengan garisan-garisan menegak.
"Oh, kau kena pakai yang ni! Mak ayah Faris takkan dapat pandang tempat lain kalau kau pakai ni.
Kau seolah-olah nampak macam pemilik kelab golf yang sebenar," kata Nabilah dengan kagum.
Aleya menggapai gaun tersebut lalu memandangnya dengan senyuman yang penuh kepuasan.
"Okey, biar aku cuba dulu," kata Aleya.

Sumber:Internet