. Arghhh! Mesyuarat yang sungguh membosankan.
Jam sudah menunjukkan tepat pukul 9.
25 malam, bermakna lebih 25 minit telah berlalu dari waktu yang dijanjikan.
Namun, mesyuarat yang sepatutnya bermula masih belum dimulakan.
Di salah sebuah bilik aktiviti khas hanya beberapa orang sahaja penduduk yang hadir, termasuklah aku..Setiausaha yang dilantik.
Dalam group WhatsApp di bulan lepas sudah lima atau enam kali aku maklumkan agar semua pemilik, penyewa, dan penghuni pangsapuri yang berkesempatan pada malam ini dijemput hadir untuk membincangkan isu kebersihan pangsapuri.
Malah sudah digunakan ayat paling ringkas dan mudah difahami.
Namun... di manakah Tuan Pengerusi? Timbalan Pengerusi? Bendahari? Ahli Jawatankuasa yang lain? Memanglah tidak diberikan gaji, tetapi ini satu tanggungjawab kepada masyarakat setempat.
Dulu semasa dicalonkan, masing-masing berebut nak-kan pangkat.
Kononnya nak 'famous' lah, nak itula Tapi bila sudah dilantik? Ke manakah mereka menghilang? Mulalah rasa nak meluahkan kata-kata yang tak indah bila didengar.
Mana tak-nya, hanya tiga atau empat orang sahaja yang kelihatan di bilik tersebut, menunggu dan bersedia untuk membincangkan hal penting seperti yang telah lama dirancang.
Suasana dalam bilik tersebut semakin sunyi, hanya empat orang yang masih setia menunggu, termasuk aku dengan penuh harapan dan kesabaran.
Sah-sah lah aku yang akan jadi menjadi pengerusi sementara.
Keadaan ini menambah beban ketidakpastian yang kian menjalar dalam fikiran.
"Kenapa mesyuarat sebegini penting tidak diuruskan dengan lebih baik? Adakah AJK benar-benar tidak memandang serius isu kebersihan pangsapuri ini? Atau adakah mesej 'invitation' aku dalam WhatsApp sukar difahami?" Soalan-soalan ini berulang-ulang..berlegar-legar dalam kepala tanpa henti.
Walaupun aku cuba untuk bersabar, namun rasa sangat kecewa terus menghantui dan terlalu sukar untuk dihindari.
Tiada jawapan yang jelas selain hanya kekosongan yang semakin menebal..seakan-akan semua usaha kami sebagai wakil penduduk untuk berkumpul di sini tidak dipedulikan oleh mereka yang sepatutnya bertanggungjawab.
Jangan sampai aku 'membodoh'kan diri seumpama taman-taman perumahan yang lain.
Engkau..engkau, aku..aku.
Dalam masa yang sama fikiran aku mula melayang ke masa lalu, ketika zaman aku masih makan gaji dan bertugas.
Jika keadaan seperti ini sudah pasti tidak akan dibiarkan berlaku.
Satu persatu individu yang gagal menjalankan tanggungjawab pasti akan dikenakan tindakan tatatertib yang tegas.
Sememangnya aku ingat betul di zaman itu, berkerja keras adalah satu-satunya jalan terbaik untuk pekerja mendapatkan kenaikan pangkat atau sekurang-kurangnya kenaikan gaji tahunan yang memuaskan.
Tiada siapa yang boleh duduk diam dan mengharap ganjaran datang bergolek.
Jika ada yang sengaja mencari masalah dengan sikap acuh tak acuh, tidak berdisiplin atau kurang komitmen dalam satu-satu kerja yang dipertanggungjawabkan dan juga 'job-scope' yang diberikan, ibarat mereka hanya menghancurkan peluang sendiri.
Tapi kini apabila melihat situasi ini berlaku, aku hanya mampu mengeluh perlahan.
Di manakah kesungguhan itu? Mungkin ianya sudah hilang dalam arus ditelan zaman? Entah laa..Tiba-tiba, telefon bimbitku bergetar dan berbunyi.
Satu mesej WhatsApp masuk memecah kesunyian yang kian menekan.
Seperti yang dijangka mesej itu datang daripada 'buah-hati'ku yang Nur Zaleena yang kini mewarnai hidupku.
Hati sedikit sejuk dengan kehadiran mesejnya walaupun mesyuarat ini belum menunjukkan tanda-tanda akan bermula.
Ayat-ayat dalam setiap mesej yang dikirimkannya sentiasa akan menenangkan diriku, lebih-lebih lagi dalam situasi yang membosankan seperti ini.
Walau apa pun yang terjadi, penghuni tetap berharap agar isu kebersihan pangsapuri dapat diselesaikan dengan baik dan seberapa segera.
Mesyuarat ini mungkin tidak dimulakan dengan sempurna, namun harapan untuk perubahan yang lebih baik masih wujud di kalangan mereka.
Adakah mesyuarat ini perlu dibatalkan atau ditangguhkan ke satu hari yang lain memandangkan hanya empat orang sahaja hadir, daripada 315 penghuni pangsapuri yang sepatutnya ada di sini? Fikir-fikirkan lah..My Dear UNZ: assalam abg..tgh meeting ya? (tersenyum aku membaca mesej sopan dari si-dia walaupun hati sedang panas membara, Mujurlah hati aku sejuk seketika bila terbayangkan wajah cantik jelitanya.
Tenang bila berbicara, tenang juga bila berhadapan sesuatu kesulitan).
Sumber:Internet