Gelap

Dahaga Seorang Isteri 20

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Dahaga Seorang Isteri 20

. Alhamdulilla segala-galanya dapat diselesaikan dengan mudah dan sempurna, walaupun tidak sepenuhnya keadaan kembali pulih seperti sediakala.
Namun begitu aku tidak boleh menafikan bahawa peristiwa yang berlaku di awal pagi tadi yang sepatutnya ceria telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam di dalam hati kami berdua.
Ustazah Nur Zaleena yang masih kelihatan sering dibayangi oleh kesedihan yang sukar disembunyikan meskipun dia cuba menggantinya dengan senyuman yang jelas palsu.
Mata ustazah Nur Zaleena kelihatan membengkak dan masih menampakkan sisa-sisa air mata yang belum kering, dan aku pula meskipun cuba kelihatan tenang dan tabah di luar, namun hati ini terasa bagai diselubungi kabus tebal yang menyekat aku untuk melihat harapan di masa depan.
Walaupun segalanya tampak berakhir, perasaan yang tertinggal tidak mudah dilupakan dan kami terus bergelut untuk mengatasinya bersama.
Kejujuran dan keikhlasan yang terpancar dalam diri ustazah Nur Zaleena benar-benar telah mempengaruhi hatiku dengan begitu mendalam.
Sejak aku mula mengenalinya, dia telah mengajarku pelbagai erti kehidu sayang, cinta, rindu, dan pengorbanan yang suci.
Semua ini tidak hanya terungkap melalui kata-kata, tetapi terpancar dengan jelas dalam setiap perbuatannya.
Sebagai tanda rasa sayang dan cintanya terhadapku, dia sanggup membuat keputusan yang amat bera meminta 'dilepaskan' daripada suaminya, yang dirasakan sudah tidak lagi bertanggungjawab dari segi zahir mahupun batin.
Tindakan ini bukanlah pilihan yang mudah kerana dia sangat menghargai setiap ikatan yang telah dibina dalam perkahwinannya.
Namun rasa ketidakpuasan dan penderitaan batin yang lama terpendam dalam hatinya memaksa dia mengambil langkah drastik tersebut.
Pengorbanannya begitu besar, bukan sahaja demi mengejar kebahagiaan dan ketenangan jiwa, tetapi juga mencari masa depan yang lebih bermakna untuk bersama denganku.
Setiap detik bersamanya menjadikan aku lebih menghargai nilai cinta dan pengorbanan yang tulus dari hati.
Melihat perjalanan hidup ustazah Nur Zaleena yang penuh cabaran ini membuatkan aku lebih menghargai kekuatan dan ketabahannya.
Bagiku ustazah Nur Zaleena bukan sahaja seorang wanita yang gigih dalam memperjuangkan prinsipnya, tetapi juga seorang yang berani dalam membuat keputusan besar yang mempengaruhi masa depannya sendiri.
Sebagai seorang ustazah yang amat dihormati oleh anak-anak murid dan rakan-rakan seperjuangan di sekolah kehadirannya memancarkan aura kebaikan, kesabaran, dan ketabahan yang sukar ditandingi.
Semua orang di sekelilingnya menyenanginya bukan hanya kerana kecantikan rupa parasnya tetapi juga kerana kelembutannya dalam menghadapi pelbagai situasi.
Namun, di sebalik senyuman yang menghiasi wajah muramnya, aku mula menyedari kesan daripada perbalahan kami berdua.
Setelah aku secara tidak sengaja menambah beban kepercayaannya akibat mesej yang diterimanya daripada ustaz Hazim, rakan sekerjanya yang sering cuba memikat hatinya yang kelihatan seolah-olah tersepit dan terbelenggu dalam konflik dalaman yang berat.
Menyaksikan dia berjuang untuk mengekalkan keseimbangan antara amanah dan perasaan membuatkan aku semakin menghargai kesucian hatinya dan betapa besar pengorbanannya dalam setiap keputusan yang diambilnya.
Khairul Annuar: "Sayang, bila nak mandi dan bersiap? Sekejap lagi ada kelas, kan?" kataku dengan suara perlahan sambil duduk di birai katil.
Aku mengambil semula baju gaun tidurnya yang berlonggok di lantai lalu melindungi tubuhnya yang terdedah sejak tadi.
Walaupun rasa bersalah menyentuh hati aku tetap bertekad untuk memulihkan dan meredakan keadaan demi sayang dan cintanya aku padanya.
Ustazah Nur Zaleena memandangku dengan penuh rasa kesal, "Abang... Leena betul-betul minta maaf, bang.
" suaranya penuh dengan kesedihan, dan mukanya disembamkan ke dadaku.
Air matanya mengalir deras di pipi dan menangis mahu melepaskan segala beban yang terbuku di hati.
Dengan lembut aku memeluknya, berusaha menenangkannya dan memberi keyakinan bahawa kami akan menghadapi segala-galanya bersama.
Suasana penuh emosi ini dengan kesedihan yang mendalam dan kasih sayang yang tulus menguatkan lagi ikatan kami berdua.

Sumber:Internet