Gelap

Dahaga Seorang Isteri 22

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Dahaga Seorang Isteri 22

. Masih hari Khamis, 12 Mac..di mana tahun Covid-19 hampir bermula.
Dari jam 1.
35 petang hingga 4.
50 petang, fikiranku berkecamuk tanpa henti.
Setiap apa yang aku lakukan sejak tengah hari tadi terasa serba tak kena.
Setelah selesai menunaikan solat Zohor bersendirian di rumah, pandanganku tak putus-putus memerhati keluar tingkap, berulang-alik berkali-kali dari bilik ke ruang ke arah kawasan parkir di bawah rimbunan pokok besar.
Myvi putih milik ustazah Nur Zaleena masih terparkir di situ, tempat di mana aku meletakkan keretanya sejak pagi tadi.
Namun, motosikal milik encik Zambri, suaminya masih berada di tempat yang di bawah blok pangsapuri kami dan masih tidak bergerak-gerak.
Pelbagai persoalan masih berlegar-legar dalam fikiranku.
Adakah ustazah Nur Zaleena mengambil cuti hari ini sempena kepulangan cik suaminya? Adakah dia tidak mengajar dan memilih untuk menghabiskan waktu bersama suaminya yang dirindui? Bayangan mereka bersama terus menghantui fikiranku..mencetuskan keresahan yang sukar untuk aku buang jauh-jauh dari benakku.
Namun, ada satu persoalan yang lebih besar terus menghantui fikiranku..sebuah soalan yang tak lagi mampu aku pendam.
Apakah saat ini mereka sedang menikmati detik-detik manis bersama? Bermanja-manja, melepaskan rindu yang sekian lama terpendam setelah beberapa hari tidak berjumpa? Maklumlah, mereka masih pasangan suami isteri muda yang sah di sisi Islam, dipenuhi kemesraan dan kasih sayang yang membara.
Bayangan mereka melayari bahtera kebahagiaan di samudera cinta terus bermain dalam fikiranku, terombang-ambing oleh gelombang perasaan yang sukar ditafsirkan.
Setiap ombak itu seakan membisikkan betapa dalamnya cinta mereka, sementara aku pula semakin tenggelam dalam arus kegelisahan dan kekeliruan yang menyesakkan jiwa.
Di sebalik senyuman mereka masing-masing, aku tertanya-tanya, adakah cinta mereka berdua benar-benar sempurna atau sekadar ilusi yang memerangkap hati?Gelisah dan resah semakin menguasai diriku, seperti bayang hitam yang enggan melepaskan cengkamannya.
Mencuba sekuat hati untuk aku menepis segala andaian yang meresap masuk ke dalam fikiran, tetapi semakin keras aku melawan semakin deras bayangan-bayangan itu berputar ligat dalam mindaku.
Setiap inci ruang terasa dipenuhi dengan kekacauan yang tidak memberi sedikit pun peluang untuk aku merasakan ketenangan.
Jesteru aku berusaha mencari kelegaan dengan mengalihkan pada kesibukan harian dan menyembunyikan kegalauan di balik tawa yang dibuat-buat, namun semuanya sia-sia.
Perasaan ini terus bergelora, semakin liar dan tidak terkawal seperti badai yang enggan reda.
Setiap kali ianya datang menghempas dan menggoncang di jiwaku..membuatkan aku kelemasan dalam pusaran emosi yang tidak berkesudahan.
Setelah selesai mandi dan bersiap, aku mengenakan baju Melayu Teluk Belanga yang dipadankan dengan kain sarung pelikat berkotak-kotak.
Dengan langkah yang berat, namun penuh harapan aku membuat keputusan untuk turun ke solat Maghrib secara berjemaah.
Dalam hati aku berharap dengan mendekatkan diri kepada-Nya, sedikit ketenangan akan menyelubungi hati yang sedang kacau ini.
Namun selesai sahaja solat, perasaan yang disangka tenang tiba-tiba terusik semula.
Jauh di hadapanku, sebuah bayangan yang lebih menggugat jiwa muncul, menggoncang ketenangan yang baru dicari.
Sedang aku baru sahaja melangkahkan kaki keluar dari pintu di perkarangan surau, dari kejauhan aku terlihat kelibat seseorang yang sangat aku kenali.
Degup jantungku semakin laju, tak menjangka sesuatu yang sukar dielakkan.
Tatkala langkahku semakin dekat, di satu sudut gelap di penghujung blok pangsapuri aku terpandang sesusuk tubuh seseorang sedang berdiri berseorangan.
Dalam kesamaran dan kegelapan malam yang hampir pekat, satu tangan halus melambai-lambai perlahan ke ara menunggu kedatanganku dengan penuh sabar.
Adakah sememangnya dia menunggu aku di situ? Menunggu sehingga aku menghabiskan solat berjemaah? Degupan jantungku semakin deras ketika aku menghampirinya dengan penuh waspada.
Ketika aku semakin dekat, kelihatan dengan jelas wajah ustazah Nur Zaleena tersenyum lebar..memandang tepat ke arah wajahku dengan tatapan yang penuh rahsia.

Sumber:Internet