. Pada keesokkan pagi Jumaat, aku terjaga dari tidur dengan rasa segar dan bertenaga.
Sebaik sahaja membuka mata, telefon bimbitku berge ada mesej WhatsApp masuk.
Pengirimnya dari ustazah Nur Zaleena yang baru aku kenali sehari sebelumnya.
Mulanya aku menyangka itu adalah mesej yang belum sempat dihabiskan bacaannya malam tadi, namun ternyata ia baru sahaja dihantar pada pukul 5.
05 pagi, dan sekarang sudah pukul 5.
35 pagi.
Tanpa berlengah aku segera membalas mesej tersebut sebelum mandi.
Mesej Wanita: as khai, da bgun? (5.
05 minit pagi aku tak bangun lagi laa sayang.
Dok mimpi dengan 'hang' lagi kot, tapi apa, hehe).
Aku: da lme da..kol 5.
15 td tbgun (dah seminggu baru nak reply? Aku tipu dia, tapi sikit je.
Pada baru bangun pukul 5.
30 tadi.
Itupun sebab 'alarm' telefon bimbit berbunyi yang memekakkan telinga, macam anjing menyalak nampak hantu pun ada.
Sempat jugak mandi walaupun dah dekat masuk waktu azan Subuh 5.
55 minit pagi).
Selesai mandi, aku memilih pakaian dengan 'spender', seluar slack, dan baju Melayu agar kelihatan kemas dan rapi.
Dengan pantas aku bergegas ke surau untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.
Atmosfera pagi yang tenang dan dingin menambahkan lagi semangatku untuk memulakan hari dengan penuh keberkatan.
Kesejukan pagi yang menyegarkan membuatkan aku merasa lebih bersedia dan bersemangat untuk menghadapi segala cabaran yang bakal mendatang.
Sambil melangkahkan kaki dengan penuh keyakinan, aku berdoa agar hari ini dipenuhi dengan rahmat dari-Nya.
Mesej Wanita: abg k ni leena nk g psr bli brg2 msk (ada aku kesah? Tak tanya apa-apa Tapi Ok la..atleast dia bagitau aku nak ke pasar).
Aku: ok..abg khai nk ke surau jap, nt kt smb lg yee..sori tau leena! (aku tak boleh nak berWhatsApp lama-lama sebab baru lepas mandi, ambil wuduk, nak pakai spender dan lagi).
Mesej Wanita: ok..abg khai, jln baek2 (sopannya siapa lah tuh? Bangga betul aku ada wanita secantik itu yang dianggap kekasih bila bercakap penuh sopan dan berbudi bahasa.
Harap-harap seorang 'pemanja', macam isteri aku dulu..bukan main manja lagi bila nak tidur, mintak peluk jika datang bulan.
Bila tak 'datang bulan', biasa la..'tuntutan nafkah batin'.
A itu kadang-kadang datang menjengah, membuatkan hati tersenyum sendiri.
Mengimbau detik-detik indah bersama, terasa macam baru semalam kami berdua saling mengisi hari-hari dengan gelak tawa dan gurauan mesra.
Wanita secantik itu, dengan adab yang membuatkan hati ini berdebar dan berbunga-bunga.
Seolah-olah melihat pantulan kenangan lama yang kini hadir kembali dalam sosok yang baru.
Kalau dia benar-benar seperti isteri aku dulu, pasti hidup akan kembali berwarna dengan sentuhan kasih sayang dan kehangatan pelukan setiap malam.
Betapa beruntungnya memiliki 'kekasih' yang bukan hanya cantik paras rupa, tetapi juga indah budi pekerti.
Moga-moga kebahagiaan itu kembali mekar, memberikan sinar baru dalam kehidupan yang penuh harapan ini, hehe).
Aku: xla..abg khai naik kuda trbng, hehe (aku 'reply' sambil keluar rumah.
Berjalan kaki dan menapak sebab surau dekat bawah 'blok' jee.
On the way..nasib baik dah ada orang sudi laungkan azan.
Kalau tidak, memang kena 'voluntieer' ler jawabnya.
Jika menolak mesti ada yang bercaka abang khai 'fantasia bulan madu', 'isabella', 'mimpi syakila' boleh pulak.
Itu dulu-dulu boleh laa.
Ber'karaoke' memang tak pernah, tapi suara ada 'clue-clue' garau bila laungkan azan, hehe).
Mesej Wanita: hihi.. (aku sempat membelek telefon bimbit dan melihat last mesej dari dia.
Hanya ketawa ringan-ringan je.
Senyuman kecil terukir di bibirku, mengingatkan betapa cerianya dia.
Dengan perasaan sedikit terhibur, aku melangkahkan kaki masuk ke pintu surau, mencari ketenangan dan keberkatan di dalamnya).
Telefon bimbit milikku biasanya akan diletakkan di sebalik pintu masuk surau, sebab sudah menjadi kebiasaan aku selepas menyeluk poket dan menarik sekeping not RM untuk dimasukkan ke lubang tabung yang merupakan rutin harian.
Nasib laa..merah ke, biru ke, purple ke..asalkan bukan jenis yang licin dan yang paling penting ikhlas 'lillahita'ala' dari rezeki halal 'toyiban'.
Sumber:Internet