. Usai menyempurnakan solat Jumaat di Masjid Jamek, yang terletak tidak jau kira-kira 200 meter dari penginapan yang digelar 'Rumahku Syurgaku', aku terus memandu pulang ke rumah.
Dengan masih berpakaian baju Melayu 'Teluk Belanga' dan seluar slack rutinku setiap Jumaat, satu simbol tanggungjawabku sebagai hamba-Nya di dunia yang fana ini aku melangkah masuk ke dalam lif yang akan membawaku ke aras 5.
Namun, sebelum itu aku singgah sebentar di sebuah bilik khas yang menyimpan komputer kawalan CCTV pangsapuri ini.
Di dalam bilik yang sedikit gelap i mana bunyi kipas server berdesir perlahan aku mengatur 'privacy setting' untuk menghentikan seketika rakaman video selama sepuluh minit.
Itulah masa yang dirasakan cukup sesuai untuk aku bergerak tanpa dijejak digital.
Selepas tempoh itu semuanya akan kembali berfungsi seperti bia tiada apa-apa yang berlaku.
Langkah ini aku ambil untuk memastikan tiada siapa yang mampu meneliti gerak-geri aku menuju ke aras 5.
Setelah segalanya diatur, aku melangkah semula ke ruang lif di tengah perkarangan mana letaknya dua buah lif yang berdiri berkhidmat kepada penghuni dari aras 1 hingga ke aras 10.
Biasanya sebaik pintu lif terbuka aku akan menekan butang 1 tanpa banyak berfikir.
Namun..kali ini tanpa sebarang keraguan jari-jariku menekan butang untuk ke aras 5.
Suara 'mekanikal' lif yang biasa kedengaran menambahkan debar di dada, tapi aku sudah bersedia untuk menjejaki rumah pemiliknya untuk kali yang kedua.
Setelah pintu lif terbuka di aras 5 aku keluar dengan langkah penuh keyakinan..membelok ke kanan tanpa sedikit rasa ragu.
Kaki melangkah sedikit pantas menuju ke sebuah pintu unit rumah bernombor A5-25.
Kali kedua aku bertandang setelah kali pertama aku masuk untuk membaiki mesin basuh pemiliknya yang rosak.
Tapi kali ini rasa yang berbeza menjalar dalam ada sesuatu yang lebih bermakna sedang menantiku di sebalik daun pintu tersebut.
'Bunyi loceng dari dalam rumah kedengaran bisikan lembut yang merayap masuk ke telinga.
Walaupun perlahan ia sudah cukup untuk menarik perhatian aku yang masih berdiri di luar.
Oleh kerana itulah aku menekannya hanya sekali mahu mengganggu ketenangan siapa yang ada di dalam.
Sambil menunggu pintu dibuka aku memberikan salam dengan penuh rasa hormat kepada tuan ruma dengan adat dan kesopanan yang tidak pernah aku lupakan.
Sepasang mataku meliar..memerhatikan unit pintu di sebelah kanan bernombor A5-26.
Di mana kediaman seorang wanita dimamah usia bernama Mak Esah, jiran lama yang aku kenali sejak kecil.
Mak Esah kini di usia senjanya yang melebihi 70 tahun tinggal sebatang kara setelah menjadi 'janda' bertahun lamanya akibat pemergian Pak Mansor yang meninggal dunia disebabkan sakit tua.
Mata aku tertumpu pada daun pintu luaran rumahnya, mengingati kembali saat-saat di mana Mak Esah dan arwah Pak Mansor ketika masih bersama, hidup bahagia bersama dua orang anak mereka..Murad dan Asmidar.
Da sekeluarga tinggal bersebelahan dengan rumah arwah kedua ibu bapaku, di sebuah kampung yang kini hanya tinggal dalam kenangan setelah kami semua diarahkan berpindah oleh pihak kerajaan.
Perintah itu datang untuk membangunkan dan menaiktaraf kawasan setinggan di salah sebuah daerah di Selatan tanah air..mengubah landskap hidup kami buat selamanya.
Memori itu menyelinap masuk dan membawa aku kembali ke masa lalu yang penuh nostalgia.
Sejurus pintu dibuka, kelihatan seorang wanita yang memiliki rupa paras yang begitu memukau dan mempesona.
Wajahnya yang berkulit putih cerah tanpa sebarang cacat cela terlihat begitu senyuman manis terukir di sepasang bibir ranum yang menggoda.
Sepasang matanya yang tajam dan menawan memandang tepat ke arah tetamunya yang hadir, dan telah dijemputnya juga penuh dengan debaran di hati menunggu saat pertemuan ini.
Wanita itu tampil anggun dengan tudung shawl berwarna biru gelap yang melilit leher jinjangnya..mengalir lembut hingga menutupi bahagian dada dengan penuh kesopanan.
Penampilannya semakin menarik dengan t-shirt putih berlengan panjang dan skirt labuh kembang berwarna hitam yang membentuk lekuk tubuhnya dengan sempurna.
Tubuh yang sederhana dan tidak terlalu ramping mahupun berisi memberikan kesan yang sangat menggoda..menenangkan mata yang memandang, membangkitkan keinginan untuk mendekati lantas memeluknya.
Sumber:Internet