. Sejurus mencuci tangan selepas makan, aku terus bangun dan berjalan perlahan menuju ke ruang tamu.
Dengan perut yang masih termengah-mengah, aku menghempaskan daging punggung di atas sofa, merehatkan badan sambil menunggu kehadiran ustazah Nur Zaleena yang akan membawa semangkuk 'cocktail' buah-buahan ke ruang tamu untuk dijamu kepada tetamunya sebagai santapan pencuci mulut.
Seperti yang dikatakannya tadi, sebelum itu dia akan mengerjakan kewajipannya terlebih da Zuhur dan mengemas di dapur.
Sambil duduk di atas sofa mataku mula melilau di setiap sudut ruang dalaman rumahnya yang tersusun rapi dan aku tak dapat menahan diri daripada berfikir tentang betapa bertuahnya cik suaminya.
Yela suami bekerja di Singapura takkanlah beli barang-barang murah macam kat kedai 'serbaneka' atau kedai 'dua ringgit' kan? Paling tidak beli dekat 'Ikea', 'Sogo', atau 'Jusco'.
Hiasan dalaman rumah sememangnya tersusun ra penuh gaya, tapi yang paling menawan perhatian aku..bukan hiasan rumahnya, tetapi kecantikan dan pesona ustazah Nur Zaleena sendiri.
Dengan keanggunan yang dimiliki aku tak dapat nafikan, setiap kali melihat waja seolah-olah dunia sejenak terhenti.
Aura yang dimilikinya itu macam lain dari yang lain, mala perlu nak berusaha keras untuk memikat, cukup dengan senyuman manisnya yang bersahaja.
Khairul Annuar: Leena..boleh abang 'On'kan TV tak? (kataku sambil menoleh ke arah dapur, tepat ketika aku melihatnya baru sahaja keluar dari bilik selepas bersolat.
Dia mula mengemas-ngemas di meja makan dengan wajahnya yang tenang dan ber lagi daya tarikannya.
Suara aku agak perlahan tak mahu mengganggu tugasnya, tapi dalam hati tak sabar jugak nak tengok TV sambil mata sesekali mencuri pandang ke arahnya).
Ustazah Nur Zaleena: Abang nak tengok jee, remote ada kat atas rak.
(suara lembut dari arah dapur menyahut dan tanpa berlengah aku bangun menuju ke rak bersebelahan TV.
Aku capai 'remote control' yang disebutkannya tadi.
Di hadapan aku sebuah 'smartTV' LED berukuran 65 inci jenama Hisense yang melekat kemas di dinding batu ruang tamu.
Saiznya yang besar dan kualiti gambarnya yang tajam memang cukup memukau, seolah-olah membawa aku terus ke dalam dunia nyata yang dipaparkannya.
Dalam hati aku tersenyum sambil memikirkan betapa seronoknya dapat menonton apa saja cerita di TV sebesar ini).
Khairul Annuar: Ow Netflix yee? (saja aku bertanya sambil tersenyum selepas TV di'On'kan.
Sebenarnya aku dah tahu, sebab sebelum ni aku dah perasan itu sebuah 'smartTV' LED jenama Hisense yang boleh disambungkan ke rangkaian internet.
Lagi jauh dari situ, aku dah nampak 'router' WiFi yang terletak di atas rak..berkelip-kelip macam mengiyakan tekaanku.
Dalam hati aku dah mula terbayang betapa bestnya nanti nak melayan filem atau siri kegemaran di skrin sebesar ini).
Ustazah Nur Zaleena: Ada bang.
Kalau abang nak bukak..bukak laa, kod password 0525 (wa password sama macam nombor unit rumahnya pula.
Bolehlah aku 'ciplak'.
Netflix kat rumah aku pun dah kena potong bulan lepas disebabkan terlepas 'due-date' membayarnya.
Yelaa..dah jarang-jarang tengok, macam membazir pulak dibayar setiap bulan rm10.
Bukan sebab nak berkira atau kedekut, tapi terlupa nak bayar laa senang kata.
Pogram Netflix yang dilanggan itupun aku share dengan kawan-kawan..seramai 4 orang dalam satu account.
Selepas 'log-out' aku panggil ustazah Nur Zaleena datang ke ruang email address yang didaftar.
Setelah mendapat emailnya, aku gunakan kamera telefon bimbit dan 'snap' tanpa pengetahuan ustazah Nur Zaleena semasa dia berjalan ke dapur semula.
Namun..sehingga ke hari ini aku tidak pernah meng'access' account tersebut walaupun dia sudah memberi 'green-light'.
Sebenarnya aku terasa seolah meng'anaiya' orang pula apabila mendapat tahu Netflix yang dilanggannya itu dibayar RM50 setiap bulan dalam satu account.
Fuh! macam kaya sangat, tapi membazir laa sebab dia dan cik suaminya pun jarang-jarang menontonnya).
Justeru, setelah 'remote control' berada di tangan, aku terus menghempaskan semula punggung di atas sofa panjang yang kelihatan mewah dan pastinya mahal berbeza dengan sofa yang aku beli murah di kedai perabot biasa.
Sofa yang panjangnya lebih kurang lapan kaki dan lebarnya tiga kaki ini memberikan keselesaan yang luar biasa.
Ruang tamu rumah ustazah Nur Zaleena hanya memiliki satu sofa untuk memenuhi ruang pangsapuri yang kami duduki dengan keluasan 850 kaki persegi setiap unit.
Memang tak sebesar 'Banglo', 'Double Story' atau rumah mewah, tapi tetap terasa nyaman dan selesa.
Sumber:Internet